awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertumbuhan ekonomi Malaysia 2025 mungkin capai paras tinggi julat sasaran - Gabenor BNM

Nabilah Khaleeda
Nabilah Khaleeda
14/11/2025
05:20 MYT
Pertumbuhan ekonomi Malaysia 2025 mungkin capai paras tinggi julat sasaran - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata, BNM optimis gabungan permintaan domestik yang kukuh, sokongan dasar kerajaan dan prospek pelaburan yang berdaya tahan akan membolehkan pertumbuhan ekonomi dan kewangan negara kekal mampan. - Foto Astro AWANI/SHAHIR OMAR
KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia berada pada landasan kukuh untuk mencapai paras tertinggi dalam julat pertumbuhan 2025.

Ringkasan AI
  • Pertumbuhan ekonomi Malaysia mencapai 4.7 peratus bagi sembilan bulan pertama tahun ini, menunjukkan kestabilan dan potensi mencapai sasaran pertumbuhan pada 2025.
  • Perbelanjaan isi rumah menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi, disertai pasaran buruh positif, langkah dasar berkaitan pendapatan, serta bantuan tunai tambahan kerajaan.
  • Aktiviti pelaburan dijangka stabil dengan kemajuan projek infrastruktur, realisasi pelaburan yang diluluskan, dan pelan-pelan induk ekonomi negara, memberi keyakinan kepada Bank Negara Malaysia bahawa pertumbuhan ekonomi dan kewangan negara akan kekal mampan.

Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datuk Seri Abdul Rasheed Ghaffour berkata, pertumbuhan ekonomi negara sebanyak 4.7 peratus bagi sembilan bulan pertama tahun ini menjadi petunjuk jelas bahawa unjuran rasmi antara 4.0 dan 4.8 peratus bukan sahaja mampu dicapai, malah dijangka berterusan sehingga memasuki tahun 2026.
"Perbelanjaan isi rumah akan terus menjadi pemacu utama pertumbuhan, disokong oleh pasaran buruh yang positif melalui pertumbuhan pekerjaan dan upah, pelaksanaan langkah-langkah dasar berkaitan pendapatan, serta bantuan tunai tambahan daripada kerajaan.
"Kedudukan kewangan isi rumah yang sihat turut dijangka membantu mengekalkan daya tahan perbelanjaan pengguna, terutamanya dalam sektor-sektor berorientasikan domestik.
"Aktiviti pelaburan pula dijangka kekal stabil, didorong oleh kemajuan berterusan projek infrastruktur, realisasi pelaburan yang telah diluluskan, dan pelaksanaan pelan-pelan induk ekonomi negara," katanya.
Abdul Rasheed berkata demikian pada sidang media mengumumkan prestasi Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) bagi suku ketiga 2025 di sini, hari ini.
Dalam masa sama, prospek sektor luar dijangka sederhana tetapi stabil, apabila tekanan tarif dan permintaan global yang perlahan diimbangi oleh permintaan berterusan terhadap barangan elektrik dan elektronik (E&E), peningkatan ketibaan pelancong, serta pemulihan dalam eksport berkaitan perlombongan.
Secara keseluruhan, Abdul Rasheed berkata, BNM optimis bahawa gabungan permintaan domestik yang kukuh, sokongan dasar kerajaan dan prospek pelaburan yang berdaya tahan akan membolehkan pertumbuhan ekonomi dan kewangan ini kekal mampan.
Topic Berkaitan
#KDNK
#BNM
#pertumbuhan ekonomi Malaysia
#Abdul Rasheed Ghaffour
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan