awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PRK Kinabatangan, Lamag: SPR guna helikopter hantar peti undi ke pedalaman
Trump kata aspirin punca lebam di tangan, nafi kecederaan
Thaipusam: Keputusan hentikan muzik pada 11 malam dibuat atas sebab keselamatan - LWHPP
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka naik kepada 4.6 peratus pada 2024

Bernama
Bernama
20/01/2024
08:00 MYT
Pertumbuhan KDNK Malaysia dijangka naik kepada 4.6 peratus pada 2024
Menurut RHBIB, momentum pertumbuhan itu dijangka meningkat pada tahun ini, didorong oleh permintaan luar yang lebih baik. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: RHB Investment Bank (RHBIB) mengekalkan unjurannya bahawa Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia akan berkembang sebanyak 4.6 peratus pada 2024.
Menurut RHBIB, momentum pertumbuhan itu dijangka meningkat pada tahun ini, didorong oleh permintaan luar yang lebih baik.
"Pertumbuhan eksport yang nominal diunjurkan meningkat semula sebanyak 4.3 peratus tahun ke tahun pada 2024 berbanding penurunan sebanyak lapan peratus pada 2023.
"Peningkatan semula ini didorong oleh prospek pertumbuhan ekonomi global dan serantau yang berdaya tahan, selain kitaran teknologi global yang pulih," katanya dalam nota penyelidikan.
Di peringkat domestik, bank pelaburan itu mengekalkan prospek positif terhadap pertumbuhan penggunaan swasta di Malaysia, disokong oleh keadaan permintaan pasaran buruh yang kukuh.
RHBIB turut menyatakan potensi risiko positif terhadap unjuran pertumbuhan KDNK pada 2024.
"(Risiko ini) adalah daripada projek-projek infrastruktur utama yang diteruskan selain dasar mesra perniagaan dan insentif yang memfokuskan kepada sektor utama seperti teknologi, pelancongan dan pertanian serta sektor yang mempunyai kapasiti eksport.
"Projek berkaitan pengangkutan yang diteruskan dijangka memberi impak positif kepada ekonomi melalui perbelanjaan pelaburan yang tinggi," katanya.
Sementara itu, RHBIB menyemak semula unjuran pertumbuhan KDNK pada 2023 kepada 3.8 peratus tahun ke tahun daripada 4.1 peratus sebelum ini berdasarkan anggaran pertumbuhan suku keempat terkininya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RHBIB
#KDNK
#Malaysia
#ekonomi malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan