awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Cabaran ekstrem Malatra Ultra, Pirate Backyard Ultra 2026 tarik lebih 400 penyertaan
Anak Muammar Gaddafi dikebumikan di selatan Tripoli
Potret syiling Ratu Elizabeth II undang kritikan di Australia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas bertegas semua sumber petroleum Malaysia miliknya

Bernama
Bernama
02/07/2018
14:28 MYT
Petronas bertegas semua sumber petroleum Malaysia miliknya
Petronas menyatakan demikian sebagai respons terhadap kenyataan berkaitan industri minyak dan gas yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 1 Julai, 2018. - EPA
Syarikat minyak dan gas nasional, Petronas menegaskan ia mempunyai pemilikan eksklusif terhadap sumber petroleum di Malaysia dan merupakan pengawal selia tunggal bagi sektor huluan di negara ini.
Syarikat tersebut dalam satu kenyataan hari ini berkata, pengumuman itu dibuat sebagai responsnya terhadap kenyataan berkaitan industri minyak dan gas yang dikeluarkan oleh Pejabat Ketua Menteri Sarawak pada 1 Julai, 2018.
Dilaporkan bahawa kerajaan negeri itu berhasrat untuk menjalankan kuasanya mengikut undang-undang negeri berkaitan aktiviti minyak dan gas di Sarawak, termasuk Ordinan Pengedaran Gas 2016, yang berkuat kuasa 1 Julai, 2018.
"Peraturan di bawah ordinan berkaitan pelesenan telah diluluskan kerajaan negeri dan proses pelaksanaannya akan bermula serta-merta," demikian menurut kenyataan Pejabat Ketua Menteri Sarawak itu.
Pada masa hadapan, Petronas berkata, dalam melaksanakan tanggungjawabnya, ia akan memantau dengan rapat isu tersebut termasuk mendapatkan pandangan dan bimbingan daripada kerajaan yang merupakan pemegang saham tunggal syarikat itu.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bisnes
#ekonomi
#minyak dan gas
#pemilikan eksklusif
#Petronas
#Sarawak
#sumber petroleum
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan