awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Remaja lelaki ditemukan lemas terjatuh dalam sungai di Jeli
Penjenamaan semula Hospital Pakar Pusrawi perkukuh perkhidmatan kesihatan patuh syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas buat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang

Bernama
Bernama
14/11/2024
22:00 MYT
Petronas buat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang
Onn Hafiz (enam, kiri) bergambar ramai selepas perjumpaan dengan pengurusan Petronas bagi membincangkan mengenai kemajuan terkini di Kompleks Bersepadu Pengerang. - Facebook Onn Hafiz
JOHOR BAHRU: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) membuat pelaburan baharu bernilai RM7.5 bilion di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), Kota Tinggi, Johor.
Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata pelaburan berkenaan termasuk melaksanakan projek tenaga solar 40 megawatt iaitu kerjasama di antara Petronas Chemicals Group Bhd (PCG) dengan LG Chemical bagi pengeluaran lateks nitril butadiena (NBL) dan loji kitar semula bahan kimia tercanggih untuk plastik.
Selain itu, kata Onn Hafiz Petronas turut merancang pembinaan kilang penapisan bio yang dijangka beroperasi pada 2028.
Beliau berkata pelbagai perancangan pembangunan dirangka di Kompleks Petroleum Bersepadu Pengerang (PIPC) yang berkeluasan kira-kira 9,268.9 hektar dan ia akan dibangunkan dalam empat fasa untuk mewujudkan rantaian minyak dan gas hiliran di Johor iaitu sejak tahun 2012 sehingga 2037.
"Syukur alhamdulillah, saya berpeluang berjumpa dengan pengurusan Petronas bagi membincangkan mengenai kemajuan terkini di PIC. Saya juga dimaklumkan PIC menyelesaikan Ujian Prestasi Terpadu (PTR) untuk 54 loji mereka.
"Semoga segala pembangunan ini memberi limpahan ekonomi serta menarik pelabur-pelabur baharu, supaya hasrat menjadikan Johor sebuah negeri maju menjelang 2030 tercapai. Insya-Allah," katanya menerusi hantaran di Facebooknya pada Khamis.
PIC terletak di dalam PIPC, sebuah pembangunan perindustrian di bawah bidang kuasa Johor Petroleum Development Corporation Bhd (JPDC) iaitu sebuah agensi kerajaan yang diberi mandat untuk menyelaras, memudahkan dan menggalakkan pembangunan minyak dan gas hiliran industri di Johor.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petronas
#pelaburan
#onn hafiz ghazi
#pengerang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan