Perbadanan minyak nasional, Petronas, berada dalam kedudukan kukuh memasuki 2017 selepas transformasi yang dilaksanakan tahun lepas bagi memastikan kemampanan dan daya tahan kumpulan pada masa depan.
Presiden merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin berkata dengan prasyarat utama yang dilaksanakan bagi mentransformasikan Petronas dan dengan jangkaan pemulihan dalam pasaran, kumpulan itu berada dalam kedudukan kukuh untuk berdepan dengan cabaran pada masa hadapan.
"Usaha berturutan dan penuh teliti kami bagi menyusun semula Petronas, mengurangkan kos dan menambah baik prestasi mula membuahkan hasil dalam menambah baik prestasi kami, seperti yang ditunjukkan menerusi keputusan yang kami catatkan.
"Kami yakin transformasi itu akan memastikan kemampanan dan daya tahan Petronas pada masa depan," katanya pada sidang media selepas mengumumkan prestasi Petronas bagi tahun kewangan yang berakhir pada 31 Dis, 2016 (tahun kewangan 2016), di sini, hari ini.
Keuntungan sebelum cukai Petronas bagi tahun kewangan 2016 turun lapan peratus kepada RM33.7 bilion daripada RM36.7 bilion dalam tahun kewangan 2015 susulan penurunan 17 peratus perolehan kepada RM204.9 bilion daripada RM247.7 bilion sebelumnya, sejajar dengan purata harga minyak mentah yang rendah pada tahun lepas.
Keuntungan bersih, bagaimanapun, meningkat 12 peratus kepada RM23.5 bilion daripada RM20.9 bilion pada tahun kewangan 2015, berikutan terutamanya perbelanjaan operasi dan perbelanjaan cukai rendah diimbangi sebahagiannya oleh purata harga rendah.
Kumpulan itu mengakhiri tahun kewangan 2016 dengan penarafan kredit kukuh, tahap kadar hutang rendah pada 17 peratus dan baki tunai kukuh yang direalisasikan daripada disiplin kewangan dan inisiatif kawalan kos.
Wan Zulkiflee berkata meskipun pasaran minyak mencatatkan pengimbangan semula, prospeknya masih kekal tidak menentu, justeru kumpulan akan terus berusaha mencatatkan produktiviti tinggi dan kecemerlangan operasi bagi tahun kewangan yang berakhir 31 Dis, 2017 (tahun kewangan 2017).
Dalam tahun kewangan 2016, kumpulan itu berjaya mengurangkan kos boleh dikawal sebanyak lapan peratus, atau RM4.1 bilion, berbanding tahun kewangan 2015.
Pengoptimuman operasi menerusi program seluruh organisasi Petronas dan Perikatan Pengurangan Kos 2.0, atau lebih dikenali sebagai Coral 2.0, dijangka terus menghasilkan penjimatan kos, kata Wan Zulkiflee.
Meskipun Petronas terpaksa mengurangkan kakitangannya seramai 2,300 orang tahun lepas dalam usaha untuk mengukuhkan akauntabiliti dan mengurangkan pertindihan tugas, Wan Zulkiflee berkata beliau tidak menjangkakan penstrukturan semula besar-besaran tenaga kerjanya dalam tahun kewangan 2017.
"Pada 2017, kami menyasar untuk meneruskan momentum mengekang kos dan meningkatkan kecekapan dan memastikan perubahan minda yang menumpukan kepada 'menjadi lebih produktif dengan sumber yang kurang' akan terus menjadi sebahagian penting daripada 'budaya kerja' Petronas," katanya.
Sementara itu, bagi projek Gas Asli Cecair Pacific Northwest, Wan Zulkiflee berkata kumpulan itu masih sedang mengkaji syarat-syarat yang digariskan oleh Canadian Environmental Assessment Agency dalam kelulusan bersyaratnya yang diperoleh tahun lepas sebelum mengumumkan rancangan Petronas pada masa hadapan.
Mengenai Kompleks Bersepadu Pengerang, beliau berkata, kemajuan projek itu mendahului jadual pada 54 peratus pada akhir tahun kewangan 2016 dan kemajuannya hampir 60 peratus pada Feb 2017.
Petronas memiliki perbelanjaan modal sehingga RM60 bilion bagi tahun kewangan 2017 berbanding RM50.4 bilion pada tahun kewangan 2016.
--BERNAMA
Bernama
Tue Mar 14 2017
Wan Zulkiflee berkata meskipun pasaran minyak mencatatkan pengimbangan semula, prospeknya masih kekal tidak menentu. - Gambar fail
Polis tahan dua lelaki, rampas ekstasi bernilai lebih RM1 juta
Polis menumpaskan kegiatan pengedaran dadah yang dipercayai beroperasi dari rumah selepas menahan dua lelaki dan merampas serbuk ekstasi bernilai RM1.1 juta di Taman Permata di sini pada Selasa lepas.
Perlu mohon permit khas bagi pembelian minyak diesel melebihi had - KPDN
Armizan berkata permit khas itu hanya untuk kegunaan yang dibenarkan selain daripada tujuan jualan semula.
Jelajah Dunia Akhir BWF: Zii Jia, Aaron-Wooi Yik tempah slot separuh akhir
Lee Zii Jia mengesahkan tempat ke aksi separuh akhir selepas melakar kemenangan kedua peringkat Kumpulan A, Jelajah Dunia Akhir BWF 2024 di Hangzhou, China hari ini.
318 stesen pemancar telekomunikasi terkesan banjir telah mula beroperasi - Fahmi
Fahmi berkata terdapat lima lagi stesen pemancar terkesan dengan bencana alam itu yang masih belum beroperasi.
Tumpuan Jumaat – 13 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
PBS lebih holistik, sesuai untuk pembangunan murid - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) akan terus memperkasakan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang menggantikan peperiksaan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) dan Pentaksiran Tingkatan Tiga (PT3).
Pencuri elektrik guna sambungan haram bawah tanah elak dikesan - Sarawak Energy
Pencuri elektrik di Sarawak kini dikesan menggunakan taktik melakukan sambungan haram secara terus dengan kabel bawah tanah bagi mengelak dikesan pihak berkuasa.
Tiga premis makanan di Pulau Pinang diarah tutup kerana kotor
Tiga premis makanan diarah tutup berikutan keadaan kebersihan terutamanya di bahagian dapur kurang memuaskan dan tidak mencapai piawaian ditetapkan.
Pengurus dan penyelia kilang ditahan kes pencemaran sungai di Pasir Gudang
Jabatan Alam Sekitar (JAS) menahan pengurus dan penyelia sebuah kilang oleokimia di Kawasan Perindustrian Pasir Gudang semalam, bagi membantu siasatan kes pencemaran Sungai Buloh.
Dewan Rakyat ditangguh selepas bersidang 35 hari
Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 35 hari bermula 14 Okt, menyaksikan 26 rang undang-undang diluluskan dan tiga usul substantif.
Petronas jangka prestasi kukuh tahun ini
Dengan prasyarat utama yang dilaksanakan bagi mentransformasikan Petronas dan dengan jangkaan pemulihan dalam pasaran, kumpulan itu berada dalam kedudukan kukuh untuk berdepan dengan cabaran.