Petroliam Nasional Bhd (Petronas) berjaya memasang dua relau modular untuk kompleks penapisannya yang kini dalam pembinaan di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC) di Johor.
Dalam kenyataan pada Ahad, Naib Presiden Kanannya, Ir Dr Colin Wong Hee Huing, berkata relau itu, yang biasanya dikenali sebagai pemanas minyak mentah, merupakan komponen penting dalam unit penyulingan mentah dan dalam menyediakan saluran bagi unit pemprosesan lain di kompleks penapisan.
"Kejayaan pemasangan dua pemanas minyak mentah yang sama ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam keseluruhan pembangunan PIC," katanya.
Wong, yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Refinery and Petrochemical Corp Sdn Bhd, berkata pemanas minyak mentah itu, dengan nama kod F-001 A dan B, dibina di kemudahan Liantong di Ningbo, China.
"Masing-masing dengan berat kira-kira 1,000 tan dan mempunyai kapasiti pemprosesan 150,000 tong sehari (bpd)," katanya.
Beliau berkata dua pemanas minyak mentah ini juga merupakan pemanas yang terbesar di Malaysia.
"Apabila siap, kompleks penapisan PIC akan mempunyai kapasiti penapisan sebanyak 300,000 bpd," katanya. -- Bernama
Bernama
Sun Jan 22 2017
Menurut PIC, kejayaan pemasangan dua pemanas minyak mentah yang sama ini menandakan satu lagi pencapaian penting dalam keseluruhan pembangunan PIC. - Gambar fail
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Paip penyambung di Kompleks Bersepadu Pengerang meletup
Letupan dan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), Kota Tinggi, pada hari ini, melibatkan penyambungan saluran paip bagi projek N-OSBL di dalam kawasan Rapid Pengerang itu.
Penyelia di Kompleks Bersepadu Pengerang dihukum penjara tiga tahun, denda RM16,000
Tertuduh didapati menipu rakan sekerja dengan memperdaya mengatakan bahawa ahli keluarganya telah meninggal dunia akibat COVID-19.
Bedah siasat mangsa rentung kebakaran di Pengerang bermula petang ini
Proses bedah siasat bagi membantu proses pengecaman identiti akan dilakukan ke atas kelima-lima mangsa tragedi kebakaran Unit Diesel Hydro Treating di Kompleks Bersepadu Pengerang, bermula petang ini.
Mangsa hilang ditemui rentung dalam kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang
Mangsa terakhir kebakaran Diesel Hydro Treater unit di Kompleks Bersepadu Pengerang (PIC), dekat Kota Tinggi, yang dilaporkan hilang sebelum ini, ditemui dalam keadaan rentung, tengah hari ini.
PETCHEM sasar AS$12 bilion pelaburan produk khusus kimia sehingga 2037
Pihaknya telah menyenaraikan 20 projek berpotensi dibangunkan di Pembangunan Bersepadu Penapisan Minyak dan Petrokimia (RAPID) di Pengerang, Kerteh, Terengganu atau di luar negara.
Tragedi Pengerang: Cadangan penduduk dibawa ke Mesyuarat Exco
Kerajaan negeri mengambil maklum akan semua kebimbangan dan cadangan penduduk yang terkesan dengan insiden itu termasuk yang menyuarakan hasrat untuk berpindah.
Kebakaran di Pengerang tidak ada risiko kesihatan kepada orang ramai - Petronas
Pihak Petronas mengambil langkah produktif bekerjasama dengan pihak berkuasa bagi mendapatkan punca sebenar kejadian itu berlaku.
Bertenang, tiada kebocoran gas dalam insiden kebakaran PIC - Puah
Jimmy Puah berkata, malahan letupan yang berlaku hanya melibatkan paip dan bukanlah tangki dan pihak Petronas juga telah mengesahkan bahawa bacaan kualiti udara adalah stabil.
Menggeletar kaki dengar letupan, bumbung rumah pun bergegar! - Netizen
Bunyi letupan boleh terdengar sehingga ka Stulang Laut. Ingatkan Guruh.!
Dua cedera dalam letupan, kebakaran Kompleks Bersepadu Pengerang
Dua warga tempatan mengalami kecederaan dalam insiden letupan kebakaran di Kompleks Bersepadu Pengerang, Johor.