awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perunding perjanjian plastik global berkumpul lantik pengerusi baharu
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Diaspora India berperanan dalam pembangunan Malaysia - PM Modi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas rai 1,000 golongan kurang bernasib sempena Ramadan

Bernama
Bernama
28/06/2015
05:07 MYT
Petronas rai 1,000 golongan kurang bernasib sempena Ramadan
Program 'Sentuhan Kasih' Petronas diadakan setiap tahun sebagai pendekatan Petronas untuk berkongsi kegembiraan bersama-sama golongan kurang bernasib baik.
Sebanyak 1,000 golongan kurang bernasib baik diraikan dalam majlis berbuka puasa dalam program tahunan 'Sentuhan Kasih' anjuran Petronas, di sini.
Naib Presiden Kanan Strategi Korporat dan Risik Adif Zulkifli berkata acara berkenaan merupakan sebahagian daripada tanggungjawab sosial syarikat minyak dan gas negara itu.
"Program 'Sentuhan Kasih' Petronas diadakan setiap tahun sebagai pendekatan kami untuk berkongsi kegembiraan bersama-sama golongan kurang bernasib baik sempena Ramadan yang mulia ini," katanya dalam kenyataan pada majlis berbuka puasa di Masjid Salahuddin Al-Ayubi di Taman Melati, Gombak malam tadi.
Katanya, program 'Sentuhan Kasih' Petronas turut diadakan di tiga lokasi lain iaitu di Masjid Al Muhtadin di Damansara Damai; Masjid Kampung Sungai Merab, Bangi; dan Masjid Al-l'tisam di TTDI Jaya.
Sempena program itu, sebanyak 160 petugas Petronas secara sukarela bergotong-royong menjalankan pelbagai aktiviti di masjid-masjid berkenaan.
Petronas turut menyampaikan bantuan kewangan berjumlah RM120,000 sempena program berkenaan.
Topic Berkaitan
#buka puasa
#Petronas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan