awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis Perancis serbu pejabat X di Paris ketika Elon Musk berdepan saman
Presiden Persatuan Sepak Takraw Thailand letak jawatan
Sepanyol bakal haramkan remaja bawah 16 tahun guna media sosial
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas umum penemuan gas di luar pesisir pantai Sarawak

Astro Awani
Astro Awani
30/11/2021
03:11 MYT
Petronas umum penemuan gas di luar pesisir pantai Sarawak
Petronas mengumumkan penemuan gas di telaga cari gali Nangka-1 di blok SK417, di perairan cetek Wilayah Baram, kira-kira 180 km di luar pesisir pantai Sarawak. -Gambar fail
KUALA LUMPUR: Syarikat minyak negara, Petronas mengumumkan penemuan gas di telaga cari gali Nangka-1 di blok SK417, di perairan cetek Wilayah Baram, kira-kira 180 kilometer (km) di luar pesisir pantai Sarawak.
Gas tersebut ditemui di Takungan Klastik Miocene Kitaran 6 tengah hingga akhir, sekali gus membuktikan potensi kewujudan hidrokarbon di kawasan sekitar.
Sebelum ini carigali di Nangka-1 berjaya mencapai kedalaman 3,758 meter pada September lepas.
Blok SK417 dioperasikan PTTEP HK Offshore Limited dengan 80 peratus pegangan manakala Petronas Carigali Sdn Bhd memegang 20 peratus kepentingan.
Blok itu dianugerahkan pada Mac 2018.
Menurut Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum Malaysia, Mohamed Firouz Asnan, kejayaan penemuan gas itu menjadikan ia yang kedua di Wilayah Baram untuk tahun ini.
“Penemuan gas kedua ini mencergaskan lagi Wilayah Baram, yang merupakan sebahagian daripada wilayah Delta Baram yang ditubuhkan, menandakan potensi untuk lebih banyak penemuan di kawasan berhampiran.
"Ketersediaan kemudahan sedia ada di rantau ini akan membolehkan Kontraktor Pengaturan Petroleum (PAC) mengewangkan penemuan mereka dengan lebih cepat dan lebih murah melalui penyelesaian ikatan,” katanya dalam satu kenyataan.
Pada Februari lalu, Petronas mengumumkan penemuan gas di Dokong -1, di blok sama.
Topic Berkaitan
#Petronas
#Mohamed Firouz Asnan
#Penemuan gas
#telaga cari gali Nangka-1
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan