awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Petronas umum tamatkan operasi di Sudan Selatan

Bernama
Bernama
08/08/2024
03:55 MYT
Petronas umum tamatkan operasi di Sudan Selatan
Maklumat di laman sesawang Petronas menyatakan syarikat minyak dan gas itu menerusi PCNL telah beroperasi di Sudan Selatan sejak 2011.
KUALA LUMPUR: Petroliam Nasional Bhd (Petronas) mengumumkan menamatkan operasinya di Sudan Selatan yang dikendalikan oleh anak syarikatnya, Petronas Carigali Nile Ltd (PCNL).
Dalam kenyataan di laman sesawangnya pada Rabu, syarikat minyak dan gas negara itu berkata keputusan berkenaan susulan daripada pelaksanaan inisiatif dua tahun membabitkan usaha pelupusan sejajar dengan strategi pelaburan jangka panjang Petronas.
"Ini juga seiring persekitaran industri yang berubah serta peralihan tenaga yang dipercepat," katanya.
Sehubungan itu, katanya, PCNL akan terus bekerjasama dengan semua pihak berkepentingan yang berkaitan dalam memastikan proses peralihan berjalan lancar selain mengambil kira hak pekerjanya selaras dengan undang-undang yang digunapakai, perjanjian petroleum serta dasar dan prosedur Petronas.
Kehadiran PCNL dalam industri minyak dan gas di Sudan Selatan adalah berdasarkan model syarikat operasi bersama (JOC) dengan kepentingan dalam tiga JOC iaitu Dar Petroleum Operating Co Ltd, Greater Pioneer Operating Co Ltd dan Sudd Petroleum Operating Co Ltd yang ditubuhkan PCNL bersama kontraktor perjanjian cari gali dan perkongsian pengeluaran lain.
Maklumat di laman sesawang Petronas menyatakan syarikat minyak dan gas itu menerusi PCNL telah beroperasi di Sudan Selatan sejak 2011.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Petronas
#strategi jangka panjang
#sudan selatan
#tamat operasi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan