Pembuat kereta Perancis, Peugeot, kini mengadakan perbincangan serius dengan syarikat Malaysia, Proton Holdings Bhd mengenai kemungkinan mewujudkan jalinan perkongsian, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
"Ia belum dimuktamadkan lagi namun boleh menjadi satu kemungkinan," katanya semasa sidang media bersama dengan Presiden Perancis, Francois Hollande di Perdana Putra di sini, hari ini.
Hollande tiba di Malaysia semalam bagi lawatan negara, yang merupakan sebahagian lawatan pertamanya ke ASEAN, selain ke Singapura dan Indonesia.
Pada Februari, dilaporkan Peugeot telah menyerahkan bidaan untuk membeli pegangan dalam Proton.
Najib, yang juga Menteri Kewangan berkata, kedua-dua pemimpin turut berbincang mengenai pelaburan perdagangan dua hala antara Malaysia dan Perancis, yang bernilai RM15.2 bilion dan Perancis merupakan rakan dagang ke-18 terbesar bagi Malaysia.
"Perdagangan lebih berpihak kepada Perancis memandangkan Malaysia membeli sejumlah besar kelengkapan modal setiap tahun seperti kelengkapan kapal terbang, kapal dan berkaitan pertahanan dan keselamatan," katanya.
Najib berkata Malaysia mengakui syarikat Perancis memainkan peranan dan mempunyai sumbangan besar, dengan 60,000 rakyat Malaysia bekerja dengan syarikat berpangkalan di Perancis seperti STMicroelectronics, Lafarge dan Technip di Malaysia.
Mengenai kepentingan industri minyak sawit, Najib mengucapkan terima kasih kepada Hollande yang tidak bersetuju terhadap Rang Undang-undang untuk mengenakan cukai ke atas minyak sawit Malaysia.
Beliau berkata, ia merupakan galakan kepada Malaysia.
Najib berkata, beliau dan Hollande turut berbincang mengenai kepentingan industri minyak sawit, memandangkan lebih 600,000 individu bergantung dengan industri itu, dan minyak sawit dibangunkan secara lestari di Malaysia.
"Kami (Malaysia) akan memastikan ia mesra alam dan menjamin pembangunan seimbang di negara ini memandangkan ramai yang bergantung kepada minyak sawit sebagai sumber kehidupan.
"Kami turut membangunkan piawaian Malaysia, dan berharap ia akan diterima oleh Kesatuan Eropah, atau Perancis...dan ia sudah tentu satu sokongan yang besar kepada kami," katanya.
Tahun lepas, Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong mengatakan bahawa Malaysia, pengeluar minyak sawit utama, akan berusaha menyakinkan Perancis supaya tidak menaikkan duti ke atas minyak sawit Malaysia yang ketika ini dikenakan cukai import 21 peratus.
Najib berkata, mesyuarat dua hala itu juga membincangkan kerjasama dalam bidang pelancongan dan pembangunan modal insan selain isu antarabangsa dan serantau.
"Keseluruhannya, mesyuarat dengan Hollande merupakan satu perbincangan yang berhasil dan saya yakin lawatan beliau sudah pasti akan mengeratkan dan mengukuhkan lagi hubungan rapat sedia ada kedua-dua negara," katanya. -- Bernama
Bernama
Tue Mar 28 2017
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa sidang media bersama dengan Presiden Perancis, Francois Hollande di Perdana Putra hari ini. - Foto Astro AWANI / Shahir Omar
Puluhan pokok tumbang di 10 kawasan sekitar George Town
Sejak pukul 11 malam hingga 1 pagi, sebanyak 10 lokasi pokok tumbang dan dahan patah dilaporkan kepada petugas aduan hotline MBPP.
PRK KKB: Calon PH puas hati proses undi awal berjalan lancar
Menurut Sock Tao, dengan proses yang lancar itu secara langsung dapat memastikan ramai keluar mengundi.
Tarmimi pasti merindui gurauan Hail Amir
Allahyarham Hail Amir yang dikenali sejak zaman bujang seorang yang disayangi ramai sahabat, kongsi Ahmad Tarmimi.
Prestasi ringgit setakat 7 Mei 2024
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kadar dolar AS/ringgit bermula rendah pada RM4.7330 semasa awal sesi dagangan hari ini namun kemudiannya susut secara beransur-ansur ke arah RM4.7413 pada sesi petang.
Cef maut motosikal langgar kerbau
Muhammad Firdaus Mohamad, beralamat di Sungai Panching Timur disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.
Prestasi Bursa Malaysia setakat 7 Mei 2024
Jumlah dagangan meningkat kepada 4.48 bilion unit bernilai RM3.12 bilion daripada 3.87 bilion unit bernilai RM3.15 bilion pada minggu lepas.
Pekerjaan masa depan: 3 hari seminggu ke pejabat, rangsang produktiviti pekerja, syarikat?
Tinjauan Workmonitor 2024 di Malaysia yang dilakukan Randstad Malaysia mendapati dua daripada lima rakyat negara ini sanggup berhenti sekiranya diminta bekerja lebih kerap di pejabat. Trend ini amat kuat dalam kalangan generasi muda, dengan hampir separuh daripada Gen Z (49 peratus) dan Milenium (47 peratus) menentang pengaturan kerja yang tidak fleksibel.
Bagaimana untuk memahami hubungan antara struktur lanskap dan budaya pekerjaan ketika ini? Bersama Perunding Sumber Manusia, Faizal Ridzuan.
Bagaimana untuk memahami hubungan antara struktur lanskap dan budaya pekerjaan ketika ini? Bersama Perunding Sumber Manusia, Faizal Ridzuan.
Landskap ekonomi negara lebih baik jika penjawat awam cekap, pantas laksana tugas - PM
Sekiranya semua penjawat awam mengamalkan cekap dan pantas dalam tugas seharian, Malaysia akan jadi perhatian dunia, kata Perdana Menteri.
Keupayaan merancang, melaksanakan reformasi dasar negara
Bagaimana dinamika ekonomi, sosial dan budaya semasa dalam mempengaruhi pembangunan dan transformasi negara seperti Malaysia? Kupasa bersama Ketua Ekonomi Buruh, Kementerian Sumber Manusia dan Emiratis, UAE, Prof Madya Dr. Mohd Yusof Saari.
OPR: Pengaruh keputusan bank pusat Asia lain
Pakar Ekonomi, Prof Emeritus Dr Barjoyai Bardai berkongsi pandangan berkenaan unjuran kadar dasar semalaman (OPR) yang dijadualkan pada 8-9 Mei 2024.
Presiden Perancis akhiri lawatan negara dua hari ke Malaysia
Dalam lawatannya, Hollande diiringi oleh menteri-menterinya, anggota parlimen, pegawai-pegawai dan delegasi perniagaan.
Michelle Yeoh dianugerah Legion D'Honneur, Perancis
Beliau dianugerahi darjah 'the Commander of the Legion d'Honneur' oleh presiden Francois Hollande dalam satu majlis di kediaman duta besar Perancis di sini pada Selasa.
Songket Malaysia bakal diketengahkan di muzium Perancis
MoU akan mengukuhkan lagi hubungan antara kedua-dua kerajaan dan mencipta lebih peluang untuk pertukaran budaya.
Lawatan Hollande akan lonjakkan pelaburan syarikat Perancis di Malaysia - Mustapa
Kini terdapat sekurang-kurangnya 270 syarikat Perancis beroperasi di sini dengan nilai pelaburan RM15 bilion, dalam sektor seperti pembuatan, perkhidmatan dan kewangan.
Peugeot, Proton bincang kemungkinan jalin perkongsian - PM Najib
Pembuat kereta Perancis, Peugeot, kini mengadakan perbincangan serius dengan Proton Holdings Bhd mengenai kemungkinan mewujudkan jalinan perkongsian.
Malaysia, Perancis terus komited perkukuhkan hubungan
Perancis ingin terus memastikan hubungan rapat antara dengan Malaysia dikekalkan.
Francois Hollande terima sambutan negara
Presiden Perancis Francois Hollande yang tiba untuk lawatan negara dua hari ke Malaysia, diberi sambutan negara di Dataran Parlimen di sini, hari ini.
Hollande tiba di Malaysia untuk lawatan negara dua hari
Presiden Perancis Francois Hollande tiba di Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa KL di sini, hari ini untuk memulakan lawatan negara dua hari di Malaysia.
Sekatan imigresen Trump bersifat diskriminasi
Sekatan imigresen Presiden Amerika Syarikat Donald Trump kepada warga Islam dari tujuh negara disifatkan tidak wajar dan bersifat diskriminasi.
Sekatan kemasukan AS: Presiden Perancis beri amaran kepada Trump
"Dalam dunia yang tidak stabil dan tidak menentu ini, bertindak secara 'inward' merupakan satu jalan buntu," kata Hollande kepada Trump dalam perbualan telefon rasmi pertama antara mereka.