awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pharmaniaga bakal hasilkan vaksin halal dengan harga berpatutan

Israr Khalid
Israr Khalid
05/12/2017
10:25 MYT
Pharmaniaga bakal hasilkan vaksin halal dengan harga berpatutan
Pharmaniaga akan membangunkan fasiliti penghasilan vaksin halal di Malaysia, pada masa sama bertanggungjawab untuk mengendalikan ujian klinikal, hal ehwal undang-undang serta aktiviti komersial produk. - Foto Bernama
Penolakan sebahagian kecil masyarat terhadap vaksin adalah atas beberapa faktor, antara yang utama adalah keraguan terhadap status halalnya terutama bagi yang beragama Islam.
Justeru syarikat farmaseutikal, Pharmaniaga Berhad (Pharmaniaga) bakal menghasilkan vaksin halal dengan harga yang berpatutan yang boleh digunakan dalam Program Imunisasi Kebangsaan (NIP) untuk manfaat seluruh rakyat Malaysia.
Ia akan dilaksanakan dengan kerjasama organisasi penyelidikan dan pembangunan farmaseutikal dari India, Hilleman Laboratories (Hilleman Labs) dan Technology Depository Agency (TGA), sebuah agensi di bawah Kementerian Kewangan.
Kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. S.Subramaniam, ia sebuah kerjasama yang memanfaatkan semua pihak, khususnya Malaysia yang berhasrat menjadi hab vaksin halal terbaik di rantau ini.
“Walaupun sejak sekian lama kita telah berusaha membangunkan syarikat yang boleh membuat dan mengedar vaksin dan akhirnya berdepan cabaran getir, saya harap kerjasama ini akan berjaya.
Ini akan memudahkan kita membangunkan vaksin mampu milik untuk NIP dan penyakit lain yang boleh diubati dengan vaksin,” katanya.
Jelas Dr Subramaniam lagi, Pharmaniaga juga akan bekerjasama rapat dengan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dalam proses pengesahan status halal bagi vaksin-vaksin yang akan dihasilkan.
Beliau hadir bagi menyaksikan Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama antara tiga syarikat tersebut di sini hari ini.
Menerusi pemeteraian ini, Pharmaniaga akan membangunkan fasiliti penghasilan vaksin halal di Malaysia, pada masa sama bertanggungjawab untuk mengendalikan ujian klinikal, hal ehwal undang-undang serta aktiviti komersial produk.
“Usaha ini melibatkan pelaburan sekitar RM100 juta bagi tempoh lima tahun di mana kita akan memulakan dengan fasa pertama iaitu pembangunan fasiliti di Puchong, Selangor dalam dua hingga tiga tahun pertama ini.
“Penyelidikan dan pembangunan juga sebenarnya telah dimulakan sejak dua tahun yang lepas, dan apabila fasiliti siap, kita menjangkakan produk vaksin dapat mula dihasilkan dalam masa tiga atau empat tahun dari sekarang,” kata Pengarah Urusan Pharmaniaga, Datuk Farshila Emran.
Ia akan dibantu Hilleman Labs dengan kepakarannya untuk pemindahan teknologi penghasilan vaksin, sementara TDA akan berperanan dalam pengumpulan dana untuk membiayai inisiatif ini melalui Program Kerjasama Industri (ICP).
Topic Berkaitan
#Halal
#Hilleman Labs
#Kementerian Kesihatan
#Pharmaniaga
#subramaniam
#TGA
#vaksin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan