awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pihak Berkuasa Koridor catat pelaburan komited RM101.43 bilion bagi tahun 2021-2022 - Rafizi

Bernama
Bernama
20/02/2023
21:45 MYT
Pihak Berkuasa Koridor catat pelaburan komited RM101.43 bilion bagi tahun 2021-2022 - Rafizi
Rafizi berkata Pihak Berkuasa Koridor juga berjaya menarik sebanyak 206,339 peluang pekerjaan dan 15,071 peluang keusahawanan di koridor ekonomi wilayah walaupun berdepan cabaran pasca pandemik COVID-19. - Gambar fail BERNAMA
KUALA LUMPUR: Pihak Berkuasa Koridor telah mencatatkan jumlah pelaburan komited sebanyak RM101.43 bilion dengan jumlah pelaburan direalisasi sebanyak RM64.07 bilion bagi tahun 2021-2022 dalam tempoh Rancangan Malaysia Kedua Belas (RMKe-12), kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Beliau berkata Pihak Berkuasa Koridor juga berjaya menarik sebanyak 206,339 peluang pekerjaan dan 15,071 peluang keusahawanan di koridor ekonomi wilayah walaupun berdepan dengan cabaran pasca pandemik COVID-19.
"Pembangunan di Koridor Ekonomi Wilayah akan terus diberi perhatian apabila potensi sedia ada di wilayah akan terus dimanfaatkan bagi merangsang pertumbuhan ekonomi dan menangani ketidakseimbangan wilayah.
"Selaras dengan strategi yang digariskan di bawah RMKe-12, usaha untuk menarik pelaburan berkualiti melalui pelaksanaan projek-projek yang mempunyai nilai ditambah yang tinggi dengan pendekatan teknologi, automasi dan inovasi akan terus dipergiat di wilayah," katanya dalam jawapan yang disiarkan di laman sesawang Parlimen, semalam.
Dalam tempoh Rancangan Malaysia Kesebelas (RMKe-11), Rafizi berkata Pihak Berkuasa Koridor di lima koridor ekonomi wilayah telah merekodkan jumlah pelaburan komited sebanyak RM343.06 bilion dengan sejumlah RM263.79 bilion pelaburan, dan turut menjana sebanyak 297,480 peluang pekerjaan dan 27,602 peluang keusahawanan di seluruh koridor ekonomi wilayah.
Dalam tempoh RMKe-12, terdapat beberapa program yang menggalakkan penggunaan teknologi dan inovasi telah dilaksanakan, katanya.
Beliau menjawab pertanyaan lisan daripada Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) mengenai prestasi kelima-lima buah koridor wilayah ekonomi dari segi penciptaan ekonomi baharu dan peningkatan pendapatan masyarakat tempatan terutamanya dalam bidang perkhidmatan digital dan industri berasaskan teknologi tinggi.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#koridor ekonomi
#Rafizi Ramli
#Parlimen
#RMK12
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan