KUALA LUMPUR: Rang Undang-Undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020 bukan sahaja untuk menambah baik aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja tetapi juga melindungi seseorang terhadap risiko keselamatan dan kesihatan berkaitan aktiviti orang yang sedang bekerja.
Menteri Sumber Manusia Datuk Seri M. Saravanan ketika membentangkan rang undang-undang itu untuk bacaan kali kedua di Dewan Rakyat hari ini berkata, ia turut bertujuan memastikan undang-undang buruh dalam negara termasuk berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan selaras dengan kehendak instrumen sejagat khususnya Konvensyen Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1981 (C155).
Rang Undang-Undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020 untuk meminda Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 (Akta 514) mengandungi 55 fasal merangkumi penambahan 27 seksyen baharu, pemotongan dua seksyen dan pindaan terhadap 35 seksyen sedia ada.
"Dalam menggubal pindaan kepada Akta 514 ini, pihak kementerian telah mengadakan pelbagai sesi libat urus sejak 2011 bersama agensi kerajaan, pemegang taruh, pihak industri serta pihak berkepentingan yang lain.
"Cadangan pindaan ini juga turut dibincangkan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Teknikal Pindaan Undang-Undang Perburuhan di bawah Majlis Penasihat Buruh Kebangsaan dan juga Majlis Negara bagi Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan yang dianggotai oleh wakil-wakil daripada pihak kesatuan majikan dan pekerja," katanya.
Pada masa sama, Saravanan berkata terdapat satu lagi akta berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) iaitu Akta Kilang dan Jentera 1967 (Akta 139).
Menurutnya, Akta 139 yang telah dikuatkuasakan sejak 1967 menggunakan pendekatan preskriptif yang tidak lagi sesuai dengan teknologi yang sentiasa berkembang pada masa ini.
Sehubungan itu, selaras dengan cadangan pindaan Akta 514, Kementerian Sumber Manusia memutuskan untuk memansuhkan Akta 139 dan memasukkan peruntukan berkaitan pemeriksaan jentera yang terdapat dalam Akta 139 ke dalam cadangan pindaan Akta 514 berkenaan.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 27 2021
Ini bagi memastikan undang-undang buruh dalam negara termasuk berkaitan keselamatan dan kesihatan pekerjaan selaras dengan kehendak instrumen sejagat khususnya Konvensyen Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan 1981 (C155). - Gambar fail
Ahli perniagaan China didakwa pengintip dijemput ke Istana Buckingham oleh Duke
Lelaki itu dilaporkan telah melawat Istana Buckingham sebanyak dua kali atas jemputan Putera Andrew.
Vincente kekal optimis walaupun tewas 0-1 kepada Thailand
Pengendali kelahiran Sepanyol itu menyatakan rasa bangga terhadap prestasi pemainnya, terutama sekali menentang juara bertahan kejohanan itu.
Mesir, pegawai AS bincang usaha gencatan senjata di Gaza
Presiden Sisi menekankan keperluan segera untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan ke Gaza.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Semakan rekod lampau mendapati ketiga-tiga suspek mempunyai rekod berkaitan jenayah narkotik.
Banjir: Jumlah mangsa kekal 47 orang di dua negeri
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) masih dibuka melibatkan dua negeri.
Malaysia pilih jalan sukar, tewas 0-1 kepada Thailand
Malaysia wajib menang menentang Singapura pada 20 Dis ini di Stadium Nasional Bukit Jalil.
Simposium Legenda Puteri Santubong dianjur tahun depan - Nancy
Datuk Seri Nancy Shukri berkata simposium itu bakal dianjurkan dengan kerjasama Arkib Negara Malaysia.
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Pindaan Akta 514 beri perlindungan terhadap risiko kerja
Rang Undang-Undang Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2020 bukan sahaja untuk menambah baik aspek keselamatan, kesihatan dan kebajikan pekerja namun melindungi seseorang terhadap risiko.