UTAMAMALAYSIADUNIAPOLITIKVIDEOHIBURANSUKANGAYA HIDUPBISNESENGLISHPODCASTFOTORANCANGANTEKNOLOGI

PKS harap SST diturunkan ke 4% dalam Bajet 2022, GST diperkenalkan semula 2023

Walaupun keyakinan pengguna penting, keyakinan pelabur (termasuk pelabur domestik) juga sama pentingnya.

Dagang News
Tue Oct 05 2021
PKS harap SST diturunkan ke 4% dalam Bajet 2022, GST diperkenalkan semula 2023
Menurut SAMENTA, pemulihan ekonomi negara bergantung kepada permintaan dari pengguna serta perniagaan. - Foto DagangNews.com

PERUSAHAAN kecil dan sederhana (PKS) sedang menghadapi kekangan kewangan yang amat teruk.

Ini akan melambatkan proses pemulihan perniagaan kerana ramai PKS tidak mempunyai aliran tunai yang mencukupi untuk membayar pembekal serta pekerja.

Pengerusi, Dasar dan Hubungan Kerajaan, Persatuan Perusahaan Kecil dan Sederhana (SAMENTA), Datuk William Ng berkata, pemulihan ekonomi negara bergantung kepada permintaan dari pengguna serta perniagaan.


Menurutnya, walaupun keyakinan pengguna penting, keyakinan pelabur (termasuk pelabur domestik) juga sama pentingnya.

Untuk menyokong pemulihan PKS, SAMENTA mencadangkan inisiatif-inisiatif berikut untuk Bajet 2022:


#Merangsang Perbelanjaan

Golongan M40 adalah segmen dengan kecenderungan untuk berbelanja. Kami mencadangkan agar cukai pendapatan peribadi untuk tahun tafsiran 2021 dikecualikan bagi mereka yang berpendapatan kasar di bawah RM80,000. Ini akan merangsang perbelanjaan dalam kalangan M40 untuk menjana kembali permintaan pasaran.

SAMENTA mencadangkan penurunan SST kepada 4% secara rata untuk merangsang permintaan pengguna dan mengurangkan kerja pentadbiran untuk peniaga dan Jabatan Kastam Diraja. Kami juga mencadangkan supaya GST diperkenalkan semula pada kadar 4% dari tahun 2023.

Baucar makanan bernilai RM1,000 untuk diedarkan selama 5 bulan kepada setiap keluarga B40. Baucar makanan ini hanya boleh ditebus di pasar raya dan kedai runcit untuk menyokong pemulihan sektor peruncitan negara.


#Selamatkan Industri Pelancongan

Pengecualian cukai hiburan sehingga akhir tahun 2022 untuk melegakan kekangan kewangan di dalam sektor pelancongan.

Potongan perbelanjaan dua kali untuk semua acara perniagaan yang diadakan di hotel dan pusat pameran dan persidangan. Ini bukan sahaja akan membantu industri pelancongan, tetapi juga industri acara perniagaan dan hiburan.

Buka semula sempadan antarabangsa secepat mungkin untuk perjalanan perniagaan, dan mengecualikan syarat kuarantin untuk pelawat perniagaan yang telah divaksinasikan sepenuhnya dan diuji negatif untuk COVID-19 di pelabuhan masuk.


#Merangsang Pertumbuhan Perniagaan

Memperuntukkan 30% kuota perolehan kerajaan untuk PKS, untuk bersaing di antara mereka secara terbuka dan telus.

Menggalakkan pihak bank untuk menyediakan kemudahan ‘Bankers Acceptance’ ataupun Surat Penerimaan Bank kepada PKS untuk mendapatkan bahan mentah dan bekalan lain.

Memandangkan pihak bank dapat menentukan secara bersama apa yang akan dibiayai di bawah kemudahan ‘Bankers Acceptance’ ini, Bank Negara Malaysia dan Kementerian Kewangan haruslah menggalakkan bank-bank untuk mengeluarkan dana ini dengan kadar segera supaya PKS-PKS dapat mengatasi kekangan kewangan mereka.

Kadar cukai korporat untuk PKS bagi pendapatan bercukai RM500,000 pertama untuk tahun-tahun tafsiran 2021 dan 2022 haruslah dikurangkan kepada 15%. Ini akan mendorong pelaburan semula dan mempromosikan keusahawanan untuk mengisi kekosongan yang ditinggalkan oleh PKS yang telah menggulung tikar.

Mengecualikan levi PSMB sehingga Jun 2022 dan mengurangkan kadar kutipan kepada 0.5% sehingga Jun 2023. Pada akhir tahun 2019, pihak PSMB mempunyai RM1.35 bilion dalam levi yang dikekalkan.

Oleh itu, PSMB mampu mengecualikan PKS dari membayar levi sehingga Jun 2022 tanpa menjejaskan mandat kita untuk meningkatkan kemahiran pekerja.

Apabila ekonomi kita pulih, secara semulajadinya perniagaan-perniagaan akan mengadakan lebih banyak latihan dan aktiviti peningkatan kemahiran.

Jangan membezakan antara ‘perlu’ dan 'tidak perlu’. Semua perniagaan saling berkaitan, oleh itu SAMENTA mengulangi rayuan kami agar semua sektor ekonomi dibuka semula dengan kadar segera.

Menghentikan semua operasi audit cukai besar-besaran untuk kes-kes yang disyaki sebelum tahun 2019 hingga 2023. Ini adalah untuk membenarkan PKS-PKS untuk menjana kembali aliran tunai mereka pada tahun 2022 dan 2023. Operasi audit dan siasatan boleh disambung apabila ekonomi telah pulih semula.

Meneruskan subsidi upah sebanyak RM600 setiap pekerja sehingga Jun 2022 untuk semua sektor yang dianggap ‘tidak perlu’ (iaitu sektor yang tidak dibenarkan beroperasi dalam Fasa 1 dan 2 Pelan Pemulihan Negara).

Meneruskan insentif pengambilan pekerja baru dengan subsidi upah sebanyak 50% selama 6 bulan sehingga Jun 2022 untuk PKS yang mempunyai kurang daripada 100 pekerja bagi menyokong PKS yang telah memberhentikan pekerja mereka atau yang telah menghentikan pengambilan pekerja baru kerana pandemik.


* Artikel asal disiarkan di DagangNews.com.
 




#PKS#SAMENTA#Bajet 2020#perusahaan kecil dan sederhana
Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat

Freedom Flotilla to Gaza: Misi sekali lagi ditangguhkan, dijangka berlepas pada Jumaat

Ketika ini lokasi kapal memulakan pelayaran akan ditukarkan ke satu lokasi yang akan diumumkan dalam masa terdekat.
Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran

Pihak produksi masih terima Naim Daniel jika ubah fikiran

Ketua saluran Astro Ria, Norzeha Mohd Salleh memberitahu bahawa pihak produksi masih lagi memberi ruang kepada penyanyi tersebut untuk mempertimbangkan semula tawaran yang diberikan.
The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan

The Hardest Singing Show cabar kreativiti penyanyi tempatan

Program The Hardest Singing Show mencari satu juara yang mampu menyahut cabaran kreativiti luar limitasi.
Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China

Pekerja Ahli Parlimen EU disyaki jadi pengintip China

Polis Jerman telah menahan seorang pekerja ahli politik Parlimen Eropah Alternative for Germany (AfD) kerana disyaki menjadi pengintip China.
Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China

Amaran ribut hujan tahap tertinggi dikeluarkan di Guangdong, selatan China

Lebih 100,000 orang sudah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang boleh membawa maut di selatan China.
Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP

Jokowi dan anaknya bukan lagi ahli PDIP

Presiden Indonesia Joko Widodo atau Jokowi dan anaknya, bakal naib presiden Gibran Rakabuming Raka, bukan lagi ahli parti terbesar negara itu selepas mereka menyokong calon pesaing yang juga pemenang pilihan raya Prabowo Subianto.
Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis

Lima migran maut ketika cuba memasuki Perancis

Lima termasuk seorang kanak-kanak, maut dalam cubaan menyeberangi Selat Inggeris dari Perancis pada Selasa.
Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam

Polis New York lakukan penahanan himpunan lewat malam

Polis New York bertindak melakukan penahanan membabitkan peserta yang terlibat dalam himpunan solidariti terhadap Palestin di Universiti New York (NYU) pada lewat malam Isnin. Penahanan itu dibuat selepas mereka didakwa mengingkari arahan amaran pihak universiti untuk bersurai dan mengosongkan plaza yang menjadi tempat mereka berkumpul.
Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar

Break The Siege: Ada kemungkinan lokasi pelepasan kapal ditukar

Jawatankuasa Pemandu Freedom Flotilla Coalition (FFC), Kamarul Zaman Shaharul Anwar memaklumkan, wujud kemungkinan lokasi pelabuhan bagi pelepasan kapal yang terlibat dalam misi Break the Siege of Gaza Freedom Flotilla ditukar.
Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda

Benarkan syarikat milik bukan Islam cetak Al-Quran, pengarah syarikat didenda

Seorang pengarah syarikat percetakan dijatuhi hukuman denda RM8,000 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya pada Selasa selepas mengaku salah tidak mematuhi syarat-syarat lesen untuk mencetak atau menerbitkan Teks al-Quran, bulan lepas.
PKS, syarikat pemula digalak mohon geran LiKES - TalentCorp

PKS, syarikat pemula digalak mohon geran LiKES - TalentCorp

PKS dan syarikat pemula termasuk yang beroperasi di luar bandar digalakkan untuk memohon Geran Padanan Latihan Industri untuk PKS (LiKES).
PKS Malaysia sertai CISMEF, pameran PKS terbesar di China

PKS Malaysia sertai CISMEF, pameran PKS terbesar di China

Malaysia akan menjadi negara hos bersama CISMEF tahun ini dalam usaha mempercepatkan akses pasaran PKS Malaysia di China.
Pematuhan antarabangsa penting untuk PKS Malaysia tembusi pasaran global - Ewon Benedick

Pematuhan antarabangsa penting untuk PKS Malaysia tembusi pasaran global - Ewon Benedick

Ewon berkata pihaknya menyediakan garis panduan untuk pematuhan amalan alam sekitar, sosial dan tadbir urus bagi industri berkaitan.
PM Anwar sampaikan ucaptama di acara PKS terbesar Jerman hari ini

PM Anwar sampaikan ucaptama di acara PKS terbesar Jerman hari ini

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual menyampaikan ucaptama di acara Zukunftsag Mittelstand atau Hari Masa Depan untuk PKS anjuran BVMW.
PKS digalak bekerjasama dengan Mimos guna teknologi terkini

PKS digalak bekerjasama dengan Mimos guna teknologi terkini

PKS digalakkan untuk bekerjasama rapat dengan Mimos menggunakan kepakaran mereka dalam penyelidikan dan pembangunan bagi memanfaatkan teknologi terkini.
KKDW peruntuk RM1.7 bantu 1,200 usahawan desa kuasai pendigitalan

KKDW peruntuk RM1.7 bantu 1,200 usahawan desa kuasai pendigitalan

Peruntukan itu bagi memberi pendedahan secara langsung dan praktikal mengenai pendigitalan perniagaan kepada usahawan luar bandar.
Maybank sasar agih kira-kira RM18 bilion untuk pembiayaan PKS tahun ini

Maybank sasar agih kira-kira RM18 bilion untuk pembiayaan PKS tahun ini

Chong berkata, Maybank menggerakkan hampir RM17 bilion dalam pembiayaan PKS tahun lepas.
SC perkenal pendekatan penilaian skop berfokus kepada pengampang maklumat

SC perkenal pendekatan penilaian skop berfokus kepada pengampang maklumat

Awang Adek berkata, platform pengumpulan dana dan pelaburan melalui pasaran swasta telah melalui pertumbuhan yang stabil.
Dialog MITI 2024: Kerjasama sektor awam-swasta, agenda perindustrian semula

Dialog MITI 2024: Kerjasama sektor awam-swasta, agenda perindustrian semula

Pelaksanaan NIMP adalah penting bagi Malaysia untuk terus meningkatkan daya saing landskap perniagaan dan pelaburan negara.
Kerajaan digesa wajibkan industri ambil pelajar TVET untuk OJT - Sri Ganes

Kerajaan digesa wajibkan industri ambil pelajar TVET untuk OJT - Sri Ganes

Kerajaan digesa untuk mewajibkan setiap pemain industri termasuk PKS mengambil pelajar TVET untuk penempatan latihan industri.