awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dua beranak ditahan menyamar polis, samun warga asing
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, bercampur-campur berbanding mata wang lain
Pendekatan 'humanistic AI' perkasa kemampuan manusia, bukan teknologi ganti tenaga kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PM bincang teroka potensi Micron tambah pelaburan di Malaysia

Bernama
Bernama
31/05/2022
14:36 MYT
PM bincang teroka potensi Micron tambah pelaburan di Malaysia
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (kanan) hari ini mengadakan perbincangan bagi meneroka potensi syarikat Micron menambah lagi pelaburan di Malaysia khususnya untuk segmen yang lebih maju dalam rantaian nilai semikonduktor. - Foto FB/Ismail Sabri
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob hari ini mengadakan perbincangan bagi meneroka potensi syarikat Micron menambah lagi pelaburan di Malaysia khususnya untuk segmen yang lebih maju dalam rantaian nilai semikonduktor.
Perbincangan itu dibuat ketika kunjungan delegasi Micron, yang diketuai Naib Presiden Eksekutif Operasi Globalnya iaitu Manish Bhatia, ke Putrajaya susulan lawatan kerja Ismail Sabri ke Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.
"Alhamdulillah, pelabur-pelabur asing semakin yakin untuk terus melabur di Malaysia.
"Saya yakin lebih banyak syarikat asing akan terus menanam modal di Malaysia kerana iklim pelaburan yang masih dianggap salah satu terbaik di rantau ini," menurutnya dalam kenyataan di laman Facebook.
Perdana Menteri berkata Micron kini beroperasi di Malaysia dengan menggaji hampir 4,000 anak tempatan.
Dalam lawatan kerja beliau ke AS sebelum ini, Ismail Sabri bertemu pegawai-pegawai kanan syarikat utama Amerika termasuk Microsoft, Google, Tesla, Boeing, IBM, Texas Instruments, GE Aviation, Conoco Phillips, Ford, National Instruments, Infineon, Micron dan Insule.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Micron
#pelaburan
#Perdana Menteri
#ismail sabri yaakob
#Manish Bhatia
#Amerika Syarikat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan