Permodalan Nasional Bhd (PNB) menjangkakan kos keseluruhan pembinaan Menara Merdeka PNB118 di bawah projek Warisan Merdeka, bakal menelan belanja kira-kira RM7 bilion.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutifnya Datuk Abdul Rahman Ahmad berkata bagaimanapun, buat masa ini PNB akan menumpukan perhatian terhadap pembinaan fasa pertama yang menelan belanja RM5 bilion.
"Projek ini mengandungi tiga fasa di mana fasa pertama terdiri daripada pembinaan menara dan pusat membeli-belah, fasa kedua untuk pembinaan kediaman manakala fasa ketiga untuk pembinaan bangunan komersial yang lain.
"Kos (pembinaan) masih tetap pada RM5 billion bagi fasa pertama dan kami amat yakin kos ini di bawah rangkuman yang telah kita buat dahulu," katanya kepada pemberita pada majlis penuangan konkrit pembinaan asas menara Merdeka PNB118, di sini, hari ini.
Terdahulu dalam ucapan beliau, Abdul Rahman berkata selepas siap kelak menara itu akan setinggi 630 meter, termasuk puncak menara, dan akan menjadi bangunan tertinggi di Malaysia dan Asia Tenggara.
"Projek mega dan berimpak tinggi ini dijangka mewujudkan 10,000 peluang pekerjaan, dan lebih-lebih lagi selepas fasa tersebut siap kelak apabila perniagaan dan aktiviti ekonomi lain mula beroperasi.
"Jangkaan kehadiran syarikat multinasional sebagai penyewa di menara ikonik ini juga mewujudkan pekerjaan pendapatan tinggi bagi pelbagai kemahiran dan kepakaran untuk rakyat Malaysia," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Merdeka Ventures Sdn Bhd Tengku Datuk Ab. Aziz Tengku Mahmud berkata 10,000 peluang pekerjaan itu dijangka diisi oleh tenaga kerja tempatan.
"Kita jangkakan penghuni menara ini kebanyakannya terdiri daripada syarikat tempatan tetapi sudah tentunya apabila kita membina sesuatu yang ikonik seperti menara ini, akan ada pertanyaan daripada syarikat antarabangsa (untuk penghunian).
"Kami menjangkakan 20 tingkat akan dihuni syarikat antarabangsa manakala bakinya diisi syarikat tempatan," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sat Oct 15 2016
Buat masa ini PNB akan menumpukan perhatian terhadap pembinaan fasa pertama yang menelan belanja RM5 bilion. - Foto Facebook - @KL118Tower
Patuh, jangan naikkan harga sesuka hati
Para peniaga diingatkan patuh kepada harga maksimum dan tidak sesekali menaikkan harga barangan ketika musim perayaan Krismas.
Dua ditahan disyaki samun bersenjata, menyamar anggota polis
Suspek bersenjatakan pistol datang ke rumah seorang wanita warga Indonesia kononnya untuk tujuan pemeriksaan selain memperkenalkan diri sebagai anggota polis.
Penduduk Samarahan dinasihat tidak terburu-buru jual tanah
ADUN Asajaya, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah berkata, beliau yakin harga hartanah di Samarahan akan meningkat berkali-kali ganda pada masa akan datang.
Kerjasama strategik PETRONAS, institusi pendidikan di Sabah
Kerjasama strategik antara PETRONAS dan institusi pendidikan di Sabah penting dalam memperkasa pendidikan Teknik Dan Vokasional (TVET) serta membuka peluang pekerjaan kepada belia negeri ini.
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
menteri Sains, Teknologi Dan Inovasi Sabah, Datuk Mohd Arifin Mohd Arif berkata, usaha PETRONAS melalui pelbagai usaha telah memberi manfaat besar kepada pelajar dan graduan institusi seperti Institut Latihan Teknik Dan Perdagangan Papar (ILTP) serta Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS).
Tangkap layar perbualan WhatsApp bermotifkan poitik - Jeffrey
Jeffrey Kitingan, menafikan tuduhan bahawa terlibat dalam konspirasi terhadap Ketua Menteri Sabah, Hajiji Noor, susulan penyebaran video kontroversi memaparkan tangkap layar perbualan WhatsApp di media sosial.
Impian tolak dakwaan ditaja Musa Aman, Anifah Aman
Parti Impian Sabah (Impian) yang baru ditubuhkan menafikan dakwaan ia ditaja oleh bekas ketua menteri, Musa Aman atau adiknya Anifah Aman.
Tan Sri Musa Aman bakal TYT Sabah yang baharu?
Berita mengenai perkara itu mula tersebar di media sosial sejak semalam selepas dakwaan nama Musa telah dipersembahkan kepada Yang Dipertuan Agong.
Banjir kilat di beberapa kawasan di Saratok pulih
Banjir kilat yang melanda beberapa kawasan di Saratok beransur surut dan laluan utama ke Sekolah Kebangsaan (SK) Nanga Budu, Ulu Kerian dan Rumah Panjang (RH) Rossita, Ulu Budu kembali dibuka kepada kenderaan.
Muhyiddin kaya, tiada justifikasi tangguh bayar RM1.402 juta - Guan Eng
Guan Eng memfailkan bantahan di Mahkamah Tinggi berhubung permohonan Muhyiddin untuk menangguhkan bayaran RM1.402 juta kerana memfitnah.
Pantau Agenda Reformasi: NAIO | Ke arah Malaysia sebagai negara AI
Apa yang perlu dilakukan Malaysia bagi memastikan ekosistem digital dimanfaat secara berkesan dan menyeluruh susulan penubuhan Pejabat Kecerdasan Buatan Kebangsaan (NAIO)?
CIMB lantik Abdul Rahman Ahmad sebagai Ketua Pegawai Eksekutif
Datuk Abdul Rahman Ahmad menggantikan Senator Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, yang melepaskan jawatannya untuk menyertai kerajaan.