awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pos Malaysia terima anugerah 'A-Star' di Istanbul

Bernama
Bernama
05/10/2016
04:37 MYT
Pos Malaysia terima anugerah 'A-Star' di Istanbul
Penganugerahan ini mengukuhkan kedudukan Pos Malaysia sebagai teraju operasi pos bereputasi di dunia, kata Pos Malaysia. - Foto Bernama
Pos Malaysia menerima anugerah 'A-Star' bagi Persijilan Pengurusan Kualiti di kongres Universal Postal Union (UPU) ke-26 di Istanbul, Turki pada Isnin lalu.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan Pos Malaysia, anugerah tersebut merupakan satu pengiktirafan bertaraf global kepada mereka di atas kualiti pengurusan dalam memproses dan memberikan servis penghantaran terbaik di peringkat antarabangsa.
Anugerah itu diterima Pegawai Ketua Operasi Kumpulan Pos Malaysia, Datuk Mohd Shukri Mohd Salleh dan disaksikan Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Jailani Johari.
"Penganugerahan ini mengukuhkan kedudukan Pos Malaysia sebagai teraju operasi pos bereputasi di dunia," menurut kenyataan tersebut selain menambah kejayaan ini adalah hasil kerjasama dan komitmen para pekerja Pos Malaysia sendiri.
"Ia juga merupakan bukti kebolehan Pos Malaysia dalam kesinambungan menambah baik kualiti servis bagi memenuhi keperluan pelanggan," tambah kenyataan itu lagi.
Anugerah A-Star merupakan anugerah tertinggi daripada UPU, iaitu sebuah agensi di bawah Pertubuhan Bangsa Bersatu kepada syarikat operasi pos yang mencapai tahap kualiti terbaik dalam operasi mel antarabangsa. -- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jailani Johari
#Persijilan Pengurusan Kualiti
#pos malaysia
#Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan