Skip to main content

Bisnes

“Potensi 2026” sasar bantu usahawan hadapi tekanan ekonomi

ichWorks, Potensi 2026 -- credit: RichWorks Group Holdings Bhd
"Potensi 2026" meneruskan legasi RichWorks sejak 18 tahun lalu dalam membantu ribuan individu membina hala tuju hidup dan perniagaan yang lebih jelas. - RichWorks Group Holdings Berhad

KUALA LUMPUR: Dalam suasana ekonomi global yang semakin mencabar akibat inflasi, kenaikan kos sara hidup serta ketidaktentuan pasaran, ramai individu dan usahawan kini mencari hala tuju baharu untuk menstabilkan kewangan serta perniagaan mereka.

Menyedari keadaan itu, Mentor Usahawan, Datuk Azizan Osman bersama RichWorks melancarkan program pembangunan diri terbaharu, “Potensi 2026: Kenali & Kuasai Potensi Diri, Wang dan Bisnes” yang dijadualkan berlangsung pada Mei ini.

Advertisement

Program ini merupakan kesinambungan inisiatif pembangunan diri yang telah diperkenalkan sejak 2008, termasuk Workshop Rahsia Tarikh Lahir, Seminar Kenali Potensi Diri (SKPD) dan Rahsia Kuasa Minda Jutawan.

Menurut Azizan yang juga Pengerusi & Pengasas RichWorks Group Holdings Berhad, dalam keadaan krisis ekonomi, masih wujud ruang dan peluang yang boleh dimanfaatkan jika individu memahami kekuatan diri, pasaran dan strategi kewangan.

“Okey, saya melihat dalam fasa-fasa ekonomi dan krisis ekonomi, mesti ada peluang.

“Dalam keadaan yang banyak masalah, mesti ada potensi peluang untuk seorang usahawan boleh ambil kalau dia faham potensi diri, perniagaan dan potensi pasaran yang ada.

“Jadi, pada keadaan krisis ini, saya melihat apa yang ada dalam pasaran adalah sesuatu yang memerlukan seseorang faham bagaimana dia nak ambil peluang tersebut.

“Itu sebab kenapa kita lancarkan program potensi ini untuk membantu mereka untuk melihat potensi diri, perniagaan dan bagaimana mereka nak ambil peluang kewangan di dalam situasi yang ada, di dalam cabaran yang ada untuk mereka dapat bertahan serta kembangkan lagi perniagaan mereka,” katanya ketika ditemu bual Astro AWANI.

Beliau menjelaskan, program ini dibangunkan untuk membantu peserta memahami dua kerangka utama iaitu kekuatan diri dan analisis pasaran bagi membolehkan keputusan dijana dengan lebih tepat dalam perniagaan dan kehidupan.

“Yang pertama adalah mereka kena faham apa yang ada pada diri mereka dari segi kemampuan, pengalaman, kemahiran dan kebolehan yang mereka ada.

“Kedua adalah memahami pasaran dan bagaimana mereka akan lebih laser focus (tumpuan tajam) dengan pasaran mana yang mereka akan kuasai dan apa strategi yang perlu digunakan untuk bina dan menang dalam pasaran tersebut,” jelasnya.

Potensi 2026 dijangka menarik penyertaan usahawan-usahawan yang sedang berdepan cabaran dan mencari jalan untuk memastikan bisnes bukan saja bertahan bahkan berkembang pada tempoh mencabar ini. 

Program ini juga meneruskan legasi RichWorks sejak 18 tahun lalu dalam membantu ribuan individu membina hala tuju hidup dan perniagaan yang lebih jelas.

Pendaftaran bagi Potensi 2026 kini dibuka dan orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di www.potensidiri.com/awani

Must Watch Video