awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM UK arah siasatan segera skandal bekas duta dengan Epstein
16 maut ketika gelombang cuaca beku berpanjangan di New York
Nilai gabungan SpaceX, xAI milik Elon Musk bakal cecah AS$1.25 trilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

PPZ-MAIWP sasar kutip zakat harta RM430 juta tahun ini

Mohd Sharkawi Mohd Salehuddin
Mohd Sharkawi Mohd Salehuddin
30/07/2013
23:10 MYT
PPZ-MAIWP sasar kutip zakat harta RM430 juta tahun ini
Pusat Pungutan Zakat Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP) mensasarkan kutipan zakat harta berjumlah RM430 juta untuk tahun 2013. Bagi mencapai sasaran tersebut, PPZ-MAIWP memperkenalkan van bergerak zakat menerusi "Program Ustaz Amil @Bazar Ramadhan 2013".
Seramai 65 penjaja didekati Ustaz Amil selaku maskot zakat PPZ-MAIWP untuk program anjuran bersama Persatuan Penduduk Pangsapuri Lumayan, Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur, Isnin.
Antara objektif program dakwah bersifat santai ini ialah menyebarkan risalah zakat kepada para peniaga yang menjaja di Bazar Ramadhan tersebut. Selain daripada itu, PPZ-MAIWP turut mengambil kesempatan memperkenalkan kaunter bergerak yang membolehkan mereka menikmati kemudahan pembayaran zakat.
Menurut Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP, Abdul Hakim Amir Osman, "Pelbagai usaha dan kaedah yang dilakukan oleh PPZ-MAIWP dan program ini salah satunya bertujuan untuk memberi penakanan mengenai zakat perniagaan kerana ada peniaga kecil terlepas pandang sekiranya mencukupi syarat yg ditetapkan."
Bukan hanya peniaga, orang ramai juga berpeluang menunaikan salah satu dari rukun islam itu. Tambah Abdul Hakim Amir, "Mereka boleh menunaikan zakat secara langsung, seperti kebiasaan membayar di kaunter yang ada di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Labuan. Selain daripada memperoleh info dan maklumat mengenai zakat, orang ramai boleh membayar zakat di sini. Selain itu, pengunjung boleh mengisi borang pemotongan gaji dan menunaikan zakat menerusi potong gaji."
PPZ-MAIWP juga giat mengadakan kempen pembayaran zakat menerusi 10 buah kaunter sepanjang Ramadhan yang dibuka 7 hari seminggu. Kaunter PPZ-MAIWP terletak di Shamelin Perkasa, Masjid Negara, Wangsa Maju, Presint 9 Putrajaya dan Masjid At-Taqwa Taman Tun Dr. Ismail. Selain itu, zakat boleh dibayar di Daruzzakah, Masjid al-Imam al-Ghazali di Kepong, Masjid Abd Rahman Auf, Jalan Puchong; UTCKL Pudu Sentral dan Kompleks Ujana Kewangan Labuan.
Sehingga kini, PPZ-MAIWP telah mengumpul sebanyak RM227 juta dari sasaran RM430 juta bagi zakat harta untuk tahun 2013. Manakala Sempena Ramadhan al-Mubarak, dianggarkan 940,000 penduduk Islam di Wilayah Persekutuan menunaikan zakat fitrah dengan sasaran kutipan RM7 juta.
Topic Berkaitan
#PPZ-MAIWP
#zakat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan