awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tuntung mati tersangkut di rawai di Sungai Kemaman
KPT, MQA adakan perbincangan teliti aspek teknikal pengiktirafan kelulusan pendidikan
The Voice of Hind Rajab: Penonton Malaysia tiga tertinggi di dunia - Teo
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Prinsip BNM kekal, keputusan OPR ditentukan oleh keadaan domestik - Amir Hamzah

Bernama
Bernama
16/10/2024
04:20 MYT
Prinsip BNM kekal, keputusan OPR ditentukan oleh keadaan domestik - Amir Hamzah
AMIR HAMZAH: Ekonomi Malaysia pada masa ini berada pada tahap yang menggalakkan dan tekanan harga juga masih terkawal. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: Prinsip Bank Negara Malaysia (BNM) masih kekal pada masa ini dalam menentukan Kadar Dasar Semalaman (OPR) yang akan terus didorong oleh prospek pertumbuhan serta inflasi negara, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Ketika menegaskan pendirian itu, beliau berkata paras semasa OPR pada 3.00 peratus juga adalah kondusif dalam menyokong pertumbuhan ekonomi Malaysia.
"Prinsipnya (masih) tetap sama untuk situasi sekarang. Pertimbangan BNM berbeza daripada bank pusat lain dan lebih bergantung kepada keadaan kita sendiri.
"Ekonomi Malaysia pada masa ini berada pada tahap yang menggalakkan dan tekanan harga juga masih terkawal," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat di sini, hari ini.
Beliau menjawab soalan tambahan yang dikemukakan oleh Chong Zhemin (PH-Kampar) mengenai pendirian BNM, termasuk kemungkinan mengikut langkah bank-bank pusat Amerika Syarikat (AS) dan United Kingdom (UK) yang bertindak menurunkan kadar faedah masing-masing.
Teks jawapan Amir Hamzah telah dibacakan oleh Timbalan Menteri Kerja Raya Datuk Seri Ahmad Maslan.
BNM sebelum ini mengekalkan OPR pada paras sama walaupun bank pusat AS bertindak menaikkan kadar dasarnya secara mendadak kepada lingkungan 5.00 peratus.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bank Negara Malaysia
#pertumbuhan ekonomi Malaysia
#OPR
#Amir Hamzah Azizan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan