KUALA LUMPUR: Program Transformasi Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) telah berjaya meningkatkan permodalan pasaran bagi 20 GLC terpilih sebanyak 2.9 kali kepada RM386 bilion dalam tempoh 10 tahun, kata Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Beliau berkata program itu turut berjaya meningkatkan hasil bersih GLC kepada RM26.2 bilion setahun, selain menambah pulangan pemegang saham kepada 11.1 peratus setahun.
Tengku Zafrul berkata, melihat kepada saiz dan pengaruh ekosistem GLC dalam pembangunan sosioekonomi negara, adalah wajar bagi Syarikat Pelaburan berkaitan Kerajaan (GLIC) dan GLC untuk terus distruktur dan ditambah baik.
"Dalam perkara ini, kerajaan kini giat berusaha untuk menajamkan lagi fokus GLIC, terutamanya dalam menceburi industri baru seperti yang berteraskan Revolusi Industri 4.0.
"Usaha menambah baik ini juga akan dilaksanakan oleh GLC tersenarai melalui Program Transformasi Syarikat Senaraian Awam yang saya lancarkan pada 2 Mac lepas," katanya pada majlis pelancaran Hari Terbuka GLC di sini, semalam.
Hari terbuka GLC yang bermula semalam hingga 13 Mac, 2022 dilancarkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.
BACA: Rangkaian Tindak Balas Bencana GLC/GLIC kini dijenamakan
Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkata kemasukan Malaysia sebagai ahli Perkongsian Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) mulai 18 Mac ini dijangka meningkatkan hasil eskport negara sebanyak RM44 bilion setahun.
Beliau berkata ia merupakan antara petanda yang mencerminkan potensi perkembangan yang memberangsangkan bagi 2022 selain peralihan negara ke fasa endemik bermula 1 April ini.
Katanya kadar pengangguran juga menunjukkan pemulihan kepada 4.2 peratus pada Januari 2022, penurunan 1.1 peratus kepada 680,400 berbanding 687,600 pada Disember 2021.
"Malah, petanda lain adalah minat berterusan daripada pelabur asing yang secara bersih, telah melabur RM3.5 bilion dalam pasaran bon tempatan pada Januari lepas dan RM3.6 bilion ringgit dalam pasaran ekuiti tempatan sehingga kini," katanya.
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam kenyataan bersama yang dikeluarkan sempena Hari Terbuka GLC berkata, kumpulan itu terus menyokong pembangunan negara melalui pelaburan strategik dalam infrastruktur serta pelaksanaan inisiatif yang memberi impak sosial untuk ahlinya.
"Di samping menyokong pembangunan ekonomi Malaysia, KWSP tetap fokus pada mandat utamanya untuk membantu rakyat Malaysia mencapai simpanan persaraan yang mencukupi dengan memberikan pulangan optimum melalui pengagihan dividen tahunan dan sentiasa berinovasi dalam menawarkan produk dan perkhidmatan," katanya.
Presiden dan Ketua Eksekutif Kumpulan, Permodalan Nasional Bhd (PNB) Ahmad Zulqarnain Onn berkata, PNB komited untuk terus mendukung mandat institusi sejak ditubuhkan lebih empat dekad lepas dan kekal sebagai penyumbang utama kepada pembangunan negara seiring pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12.
TONTON: Pelancaran Hari Terbuka GLC 2022
Dalam pada itu, CEO Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) Nik Amlizan Mohamed berkata, ia telah memperhalusi strategi pelaburannya supaya lebih tangkas dan proaktif bagi mencapai pulangan yang optimum serta mampan dan seterusnya membentuk dana persaraan yang lebih teguh.
"Portfolio pelaburan KWAP kekal dengan dominasi 80 peratus pelaburan tempatan dan kami turut memainkan peranan aktif sebagai pelabur utama di Malaysia," katanya dalam kenyataan yang sama.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Mar 11 2022
Tengku Zafrul Aziz berucap pada Pelancaran Hari Terbuka GLC 2022 di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, 11 Mac 2022. -- fotoBERNAMA
Permintaan meningkat, ringgit mengukuh berbanding dolar AS pada sesi awal
Ringgit memulakan urus niaga Jumaat dengan lebih positif apabila diniagakan mengukuh berbanding dolar Amerika Syarikat (AS).
Malaysia kini tarikan utama profesional asing berkemahiran tinggi
Malaysia kini menjadi tarikan utama kepada para profesional asing yang berkemahiran tinggi, dengan jumlah ekspatriat yang masuk ke negara ini melepasi paras sebelum pandemik.
Pengekalan OPR pada 3% gambarkan BNM tidak risau ringgit lemah - Pakar ekonomi
Pakar Ekonomi Sumitomo Mitsui Bank berkata, semalam BNM menyatakan -Ringgit pada masa ini tidak menggambarkan asas ekonomi Malaysia".
Perasmian Program Malaysia Artificial Intelligence (AI) Nexus 2024
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ke majlis perasmian Program Malaysia Artificial Intelligence (AI) Nexus 2024.
Garis panduan baharu tangani pokok berusia dan berisiko siap Julai ini - DBKL
DBKL akan terus jalankan kerja-kerja pemantauan dengan mengambil kira aspek pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.
9 maut dalam letupan kilang bunga api di selatan India
Letupan berlaku berhampiran Sivakasi di daerah Virudhunagar, kira-kira 550 km dari ibu negeri Chennai.
[KOLUMNIS] PRK KKB: Perang naratif di Kuala Kubu Baharu
PILIHAN RAYA KECIL (PRK) Kuala Kubu Baharu telah menjadi pusat tumpuan bagi pemerhati dan penganalisis politik, termasuk pakar strategi Kerajaan Perpaduan dan Perikatan Nasional (PN).
MCA minta KDN siasat DJ Korea cuba menyamar sami
Tular video yang memaparkan penampilan sulung DJ tersebut membuat persembahan dengan memakai jubah sami berwarna putih di kelab malam.
Deftech, UPNM tingkat R&D berkaitan sistem pesawat tanpa pemandu, sektor automotif
Kerjasama akan menyaksikan kedua-dua pihak meningkatkan inisiatif R&D bersama untuk teknologi sistem tanpa pemandu.
Kilang pau terkemuka diserbu, sijil halal tamat tempoh sejak dua tahun lalu
KPDN telah menahan seorang lelaki tempatan berusia 50-an yang dipercayai pemilik kilang serta merakam keterangan.
Kerajaan komited pastikan nilai ringgit mengukuh - Amir Hamzah
Kerajaan komited dalam memastikan prestasi nilai ringgit di tahap yang lebih baik dan mengukuh, kata Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Langkah GLC, GLIC bawa pulang pendapatan pelaburan asing beri kesan positif terhadap ringgit - Gabenor BNM
Abdul Rasheed berkata ringgit telah meningkat kira-kira 1.8 peratus berbanding dolar AS bagi tempoh dari Januari hingga Februari.
Ringgit berada pada kedudukan pertama selepas langkah koordinasi kerajaan, BNM dilaksana - Amir Hamzah
Ringgit berada pada kedudukan pertama berbanding sembilan negara serantau selepas langkah-langkah koordinasi antara kerajaan, BNM, GLIC serta GLC.
GLC, pelabur baharu wajib sedia peluang pekerjaan kepada golongan miskin tegar - Hajiji
Ketua Menteri Datuk seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri telah mengeluarkan arahan tersebut.
Tubuh GLC untuk teroka, kawal selia industri REE negara
Kerajaan disyorkan menubuhkan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) untuk meneroka industri berkaitan unsur nadir bumi (REE) di negara ini.
Kes tipu guna nama MB Inc, siasatan dalaman dijalankan
MB Inc tidak akan sekali-kali melindungi mana-mana petugasnya jika didapati bersalah dan akan mengambil tindakan dalaman yang tegas.
Majikan perlu tingkatkan usaha jaga kebajikan pekerja selari keuntungan - PM Anwar
Majikan di negara ini termasuk syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan swasta, perlu meningkatkan usaha menjaga kebajikan pekerja selari dengan keuntungan yang diperolehi.
Guna kedudukan lantik syarikat suami, bekas ketua operasi GLC direman
Bekas ketua operasi GLC direman tiga hari kerana disyaki menggunakan kedudukan bagi melantik syarikat suaminya untuk melaksanakan kerja-kerja pengangkutan.
GLC, GLIC disaran kurangkan pelaburan di luar negara - Anwar
Perdana Menteri meminta syarikat pelaburan berkaitan kerajaan (GLIC) dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) mengurangkan pelaburan di luar negara.
Lembaga Air Perak terima Anugerah Zakat Kebangsaan 2023 kategori GLC
LAP pembayar zakat tertinggi bagi kategori syarikat di Perak, dengan rekod jumlah bayaran terkumpul sebanyak RM86,457,140.14 sejak 2007.