KUALA LUMPUR: Proton Holdings Bhd (Proton) berjaya mencatat jualan sebanyak 126,682 unit setakat tahun ini iaitu 10.4 peratus lebih tinggi berbanding 114,708 unit jualan bagi keseluruhan 2021.
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Roslan Abdullah berkata November terbukti menjadi bulan penuh peristiwa bagi Proton apabila pengeluar kereta nasional itu mengalami isu bekalan sementara yang menyebabkan jualan susut sebanyak 13.1 peratus kepada 11,316 unit berbanding Oktober.
"Kami yakin dapat memperbetulkan semula keadaan pada Disember dan mengakhiri 2022 dengan pertumbuhan jualan bagi tahun keempat berturut-turut," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Proton telah menetapkan sasaran jualan sebanyak 150,000 unit bagi 2022.
Roslan berkata sejajar dengan pengenalan model baharu yang dirancang untuk 2023, Proton berharap dapat meningkatkan sumbangannya kepada ekonomi Malaysia dengan mencatat lebih banyak pelaburan tempatan, menjual lebih banyak kenderaan dan mengembangkan lagi pasaran eksport.
Dalam pada itu, Proton baru-baru ini meraikan pengeluaran enjin 1.5 TGDI ke-10,000 di barisan pemasangan enjin Tanjung Malim baharunya pada 1 Disember lepas.
Pencapaian tersebut hanya mengambil masa selama tujuh bulan selepas pengeluaran unit pertama pada April tahun ini.
"Barisan enjin baharu Proton ini menjadi bukti ketabahan dan keazaman pekerja kami untuk mengatasi halangan dan mencapai matlamat.
"Pada 2023, kami menyasarkan pengeluaran sebanyak 60,000 enjin yang akan digunakan dan merentasi beberapa model Proton," kata Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Li Chunrong.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Dec 06 2022
Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Roslan Abdullah berkata November terbukti menjadi bulan penuh peristiwa bagi Proton. - Gambar fail
Air penstabil dan pemangkin pembangunan negara - Fadillah Yusof
Air merupakan komponen penting yang bertindak sebagai penstabil dan pemangkin untuk pembangunan negara yang mampan.
Pelaburan RM2.4 bilion dibawa masuk ke Terengganu - MB
Sebanyak RM2.4 bilion nilai pelaburan yang berpotensi sedang dibawa masuk ke Terengganu setakat bulan April ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Kelayakan akademik bukan isu calon PN - Pas
Kempen PN sempena PRK Kuala Kubu Baharu tidak akan terjejas berikutan isu yang mengaitkan kelayakan akademik calonnya, Khairul Azhari Saut.
Peniaga nasi kukus raih jualan RM14,000 sebulan
Inisiatif Pendapatan Rakyat (IPR) mampu merubah graf pendapatan bulanan peserta apabila meningkatkan hasil jualan.
Piala Uber: Malaysia tewas kepada Taiwan
Malaysia memulakan kempen Kumpulan B Piala Uber 2024 mereka dengan langkah kiri apabila tewas 1-4 kepada Taiwan, di sini hari ini.
Imigresen tahan dalang warga Indonesia, jual produk kosmetik tanpa kelulusan KKM
Jabatan Imigresen menahan seorang wanita warga Indonesia berusia 50 tahun disyaki menjadi dalang penjualan produk kosmetik dan kecantikan yang tidak mendapat kelulusan KKM.
Sheriff: 9 hari tayangan, kaut RM28 juta!
Filem arahan Syafiq Yusof, Sheriff: Narko Intergriti kini meraih kutipan sebanyak RM28 juta dalam 9 hari tayangan.
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
Jaheaik sudah panggil artis wanita tular buat persembahan - Exco
KidDin bergabung jawab segala isu Konsert Search 'Gemuruh'
KONSERT Search 'Gemuruh' nampaknya semakin diperkatakan disebabkan beberapa isu yang ditimbulkan sehari dua ini.
Penunjuk perasaan Palestin tempelak wartawan AS
Mereka menuduh wartawan A.S sembunyikan dan berikan gambaran salah mengenai perang di Gaza.
Proton pelbagaikan operasi, pendapatan melangkaui ekosistem automotif
Dalam satu kenyataan, pembuat kereta nasional itu berkata peneraju usaha itu ialah Proton Global Services (PGS), anak syarikat milik penuh Proton Edar.
CEO Proton beri bayangan bakal lancar model baharu NEV
Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) hari ini memberi bayangan mengenai pelancaran beberapa model baharu kenderaan tenaga baharu (NEV) tidak lama lagi.
Proton sasar jual lebih 1,000 unit kenderaan di Brunei pada 2024
Proton menyasarkan untuk melepasi paras 1,000 unit kenderaan yang dijual di Brunei menjelang akhir tahun ini, dengan minat yang berterusan terhadap Proton X50 dan model-model lain.
Proton rekod jualan 12,882 unit Jan 2024, permulaan terbaik tahun baharu
Menurut Proton, jumlah jualan yang dicatatkan itu merupakan peningkatan sebanyak 10.3% berbanding bulan Januari tahun lalu.
Proton akan buka lebih banyak pusat operasi 3S, 4S
Sekurang-kurangnya lima pusat operasi akan dinaik taraf kepada 3S dan 4S bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Proton teroka potensi kereta guna bahan api hidrogen
Roslan berkata penggunaan hidrogen sudah pasti akan membawa manfaat kepada negara dan orang ramai.
Proton kekal momentum jualan kukuh pada November
Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd menjual sebanyak 12,296 unit kenderaan pada November.
Proton lancar sedan S70, sasar jualan bulanan lebih 3,000 unit
Proton Holdings Bhd telah melancarkan model sedan kompak S70 dan menyasarkan penjualan lebih 3,000 unit sebulan bagi tahun pertama.
Tengku Zafrul cabar PROTON tembusi pasaran EV Asia Tenggara
PROTON perlu memberi tumpuan bukan hanya kepada aktiviti pemasangan EV tetapi juga dari aspek pembuatan komponen pengecasan.
Proton sasar jual model S70 2,000 unit sebulan - Timbalan Ketua Eksekutif
Proton Holdings Bhd (Proton) menyasar menjual model sedan terbaharunya, S70, sebanyak kira-kira 2,000 unit sebulan.