awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Proton Iriz masuki pasaran Indonesia

Bernama
Bernama
18/02/2017
23:55 MYT
Proton Iriz masuki pasaran Indonesia
Sejak diperkenalkan, Proton Iriz telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan daripada industri automotif di Malaysia. - Gambar fail
Proton Holdings Bhd, menerusi unitnya di Indonesia, PT PROTON Edar Indonesia (PEI), melancarkan model hatchback kompak terbaharunya, Proton Iriz, di beberapa bandar di republik itu.
Ketua Pegawai Eksekutif Proton, Datuk Ahmad Fuaad Kenali dalam satu kenyataan berkata, Indonesia adalah pasaran penting bagi pengeluar kereta nasional itu.
"Bukan sahaja kita dapat mengekalkan hubungan erat kerajaan kepada kerajaan sebagai ahli-ahli yang mengasaskan pertubuhan ASEAN, tetapi juga kita berkongsi pelbagai persamaan dari segi budaya, rakyat, bahasa dan keadaan cuaca," katanya.
Ahmad Fuaad berkata Indonesia merupakan negara kedua selepas Brunei mengimport kereta tersebut.
Beliau berkata dua varian berbeza disediakan untuk pasaran Indonesia, iaitu 1.3L MT Standard dan 1.3L CVT Standard, masing-masing berharga IDR 175,250,000 dan IDR185,283,000 (RM1=IDR 2996.52).
PEI mempunyai sejumlah 25 rangkaian jualan dan perkhidmatan selepas jualan di Indonesia, dan para pelanggan boleh datang dan melihat sendiri Proton Iriz di kesemua bilik pameran bermula 20 Feb.
Sejak diperkenalkan, Proton Iriz telah menerima pelbagai anugerah dan penghargaan daripada industri automotif di Malaysia. Antaranya, penarafan lima bintang daripada ASEAN New Car Assessment Programme.
Pelanggan yang berminat boleh mengunjungi mana-mana pengedar di setiap bilik pameran di seluruh Indonesia atau melayari laman web PEI di www.proton-edar.co.id.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Ahmad Fuaad Kenali
#ASEAN
#Indonesia
#Iriz
#PEI
#Proton
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan