KUALA LUMPUR: Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) mencatatkan peningkatan perdagangan dan aktiviti eksport apabila model Saga berjaya dikeluarkan oleh barisan pengeluaran yang dikendalikan Al-Haj Automotive, pengedar eksklusif Proton di Pakistan, pada 13 Okt, 2021.
Menurut Proton, Saga, model pertama Proton yang dipasang oleh Al-Haj Automotive telah dilancarkan oleh Presiden Pakistan, Dr Arif Alvi dalam satu majlis.
Pemasangan Saga oleh Al-Haj Automotive itu dilakukan di kilang pengeluaran baharunya di Karachi yang bernilai AS$20 juta, tambah Proton.
"Berdasarkan kapasiti tahunan permulaan sebanyak 25,000 unit, potensi jualan di pasaran Pakistan menjadi aspek penting bagi rancangan Proton untuk melonjakkan eksport pada masa depan," menurut Proton dalam kenyataan pada Rabu.
Bercakap pada majlis pelancaran itu, Ketua Pegawai Eksekutif, Al-Haj Automotive, Hilal Khan Alfridi berkata kejayaan pemasangan Saga di Pakistan merupakan kemuncak kerja keras dan usaha yang tidak kenal penat lelah oleh Proton, keseluruhan pasukan Al-Haj dan pembekalnya.
Beliau berkata dengan segala kesukaran dalam penguatkuasaan berkaitan COVID-19, pihaknya terus berusaha membina kilang baharu.
"Susulan itu, kami yakin ia akan mencatatkan standard industri baharu dan membolehkan kami untuk memperkenalkan lebih banyak produk yang menepati piawaian kualiti antarabangsa yang ditentukan oleh pihak Proton," katanya.
Proton juga menjelaskan, Proton X70 akan menjadi model kedua dipasang di negara tersebut selepas penghantaran terakhir 154 unit import sepenuhnya (CBU) pada 17 Okt lepas.
"Proton X70 mendapat liputan meluas di Pakistan kerana kombinasi reka bentuk, teknologi dan ciri keselamatannya. Pelancaran kenderaan utiliti sukan (SUV) segmen C pada Disember ini," jelasnya.
Ia menambah, dengan penghantaran 154 unit terakhir Proton X70 pada pertengahan Oktober lepas, jumlah eksport model CBU ke negara tersebut adalah 602 unit.
Ketua Pegawai Eksekutif, Proton Edar, Roslan Abdullah berkata pihak Al-Haj telah menerima 2,500 unit tempahan bagi Saga dan lebih 2,000 unit tempahan bagi X70.
"Susulan penghantaran terakhir unit CBU yang dalam perjalanan, selain pemasangan tempatan telah bermula bagi Saga, manakala X70 akan dihasilkan sebelum akhir tahun ini, kami akhirnya dapat mengorak langkah ke hadapan untuk memenuhi permintaan pasaran.
"Ini akan memberikan ruang bagi Al-Haj Automotive dan Proton untuk mewujudkan keberadaan yang kuat di pasaran negara tersebut demi faedah pertumbuhan jualan masa hadapan," katanya.
Menurut Proton, dengan jualan eksport menjadi pengukuh untuk mencapai hasrat jangka panjang, komitmennya terhadap pasaran Pakistan menjangkau penghantaran unit pemasangan tempatan (CKD) dan alat ganti yang lain.
Ia turut meliputi sokongan sumber manusia dan pada masa ini, sebanyak 20 kakitangan Proton yang mempunyai pelbagai kepakaran dalam bidang berkaitan pengilangan telah ditempatkan di Karachi untuk membantu dalam proses pemasangan, jelasnya.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Oct 27 2021
Pemasangan Saga oleh Al-Haj Automotive itu dilakukan di kilang pengeluaran baharunya di Karachi yang bernilai AS$20 juta, tambah Proton. - Foto Facebook @Proton Pakistan
Freedom Flotilla to Gaza: Sekumpulan pakar PBB gesa laluan selamat bagi misi penghantaran bantuan
Sekumpulan pakar dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) menggesa agar laluan selamat bagi misi Break The Siege Freedom Flotilla to Gaza pada Jumaat.
Sabah FC berdepan tunggakan sebulan gaji pemain - Pengarah
Sabah FC kini hanya berdepan tunggakan gaji pemain untuk satu bulan setelah usaha dilakukan secara tuntas untuk menyelesaikan masalah pembayaran tunggakan sejak tahun lepas.
Tumpuan Jumaat - 26 April 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
MYAirline akan terus kekalkan barisan pemegang jawatan, dapatkan pelbagai pelabur
MYAirline Sdn Bhd akan terus mengekalkan barisan pemegang jawatan yang dilantik dan pengurusan utama selain memastikan dokumentasi Sijil Perakuan Pengendali Udaranya (AOC) kekal dalam keadaan terkini.
China sokong Malaysia untuk dapatkan pembangunan yang sesuai dan mainkan peranan dalam arena antarabangsa
China akan memberikan sokongan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mempromosikan prinsip Malaysia MADANI dalam tadbir urus.
Perasuah semakin licik, perlu sokongan semua pihak terutama media - Azam Baki
Rasuah merupakan jenayah yang unik sifatnya pada masa kini dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) memerlukan sokongan daripada semua pihak khususnya media untuk membanterasnya.
KJ tak terfikir untuk kembali ke FAM
Khairy berkata terdapat calon-calon lain yang lebih layak untuk menerajui badan induk itu berbanding beliau.
Dakwa kerajaan ambil tindakan terhadap kritikan, Syed Saddiq diminta tidak hipokrit - Fahmi
Fahmi berkata kerajaan tidak menghalang rakyat untuk mengkritik, khususnya melibatkan dasar yang dilaksanakan kerajaan.
Dua anak Tun M sekali lagi diberi tempoh lanjutan 30 hari bagi isytihar harta
Maklumat harta serta aset Mirzan dan Tan Sri Mokhzani sejak empat dekad lalu perlu dikemukakan dalam tempoh 30 hari kepada SPRM.
AWANI Ringkas: Kes saman fitnah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Proton pelbagaikan operasi, pendapatan melangkaui ekosistem automotif
Dalam satu kenyataan, pembuat kereta nasional itu berkata peneraju usaha itu ialah Proton Global Services (PGS), anak syarikat milik penuh Proton Edar.
CEO Proton beri bayangan bakal lancar model baharu NEV
Pengeluar kereta nasional, Perusahaan Otomobil Nasional Sdn Bhd (Proton) hari ini memberi bayangan mengenai pelancaran beberapa model baharu kenderaan tenaga baharu (NEV) tidak lama lagi.
Proton sasar jual lebih 1,000 unit kenderaan di Brunei pada 2024
Proton menyasarkan untuk melepasi paras 1,000 unit kenderaan yang dijual di Brunei menjelang akhir tahun ini, dengan minat yang berterusan terhadap Proton X50 dan model-model lain.
Proton rekod jualan 12,882 unit Jan 2024, permulaan terbaik tahun baharu
Menurut Proton, jumlah jualan yang dicatatkan itu merupakan peningkatan sebanyak 10.3% berbanding bulan Januari tahun lalu.
Proton akan buka lebih banyak pusat operasi 3S, 4S
Sekurang-kurangnya lima pusat operasi akan dinaik taraf kepada 3S dan 4S bagi memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada pelanggan.
Proton teroka potensi kereta guna bahan api hidrogen
Roslan berkata penggunaan hidrogen sudah pasti akan membawa manfaat kepada negara dan orang ramai.
Proton kekal momentum jualan kukuh pada November
Pengeluar kereta nasional Proton Holdings Bhd menjual sebanyak 12,296 unit kenderaan pada November.
Proton lancar sedan S70, sasar jualan bulanan lebih 3,000 unit
Proton Holdings Bhd telah melancarkan model sedan kompak S70 dan menyasarkan penjualan lebih 3,000 unit sebulan bagi tahun pertama.
Tengku Zafrul cabar PROTON tembusi pasaran EV Asia Tenggara
PROTON perlu memberi tumpuan bukan hanya kepada aktiviti pemasangan EV tetapi juga dari aspek pembuatan komponen pengecasan.
Proton sasar jual model S70 2,000 unit sebulan - Timbalan Ketua Eksekutif
Proton Holdings Bhd (Proton) menyasar menjual model sedan terbaharunya, S70, sebanyak kira-kira 2,000 unit sebulan.