KUALA LUMPUR:Proton Holdings Bhd menyasar untuk menggandakan jualan eksportnya dalam tempoh 12 bulan dengan mengandaikan aktiviti eksport tidak terjejas oleh sekatan untuk mengawal pandemik COVID-19 di seluruh dunia.
Syarikat itu berkata sasaran tersebut ditetapkan selepas aktiviti besar-besaran pada Disember 2020, termasuk bermulanya operasi pemasangan tempatan di Kenya dan pelancaran Proton X70 di Pakistan yang menyaksikan sumbangan pertumbuhan jualan eksport sebanyak 50 peratus berbanding jualan tempatan hanya sebanyak 8.8 peratus.
"Model yang akan menerajui pertambahan jualan adalah model Proton paling popular, Proton Saga, diikuti Proton X70 dan Proton X50 yang akan diperkenalkan ke pasaran antarabangsa secara beransur-ansur," katanya dalam satu kenyataan pada Jumaat.
Pengarah bahagian antarabangsanya Steven Xu berkata Proton perlu meningkatkan jumlah pelanggannya dan mencari peluang jualan di negara lain dalam usaha untuk berkembang pada masa depan, walaupun pada masa sama menerajui jualan di pasaran tempatan adalah matlamat utama.
"Pasaran eksport adalah penting bagi mencapai matlamat jangka panjang Proton untuk menjadi jenama automotif ketiga terlaris di ASEAN menjelang 2027," katanya.
Beliau berkata syarikat automotif itu telah berjaya meningkatkan jumlah eksportnya, memasuki pasaran baharu seperti Kenya dan melancarkan Proton X50 di Brunei hampir dua bulan setelah pelancarannya di Malaysia, oleh itu terdapat banyak perkara positif yang harus diambil kira pada tahun ini.
"Proton Saga kekal menjadi model popular di kebanyakan negara kerana ketahananya, lebih praktikal dan lebih nilai untuk wang, justeru untuk menaik taraf imej jenama kami, adalah penting untuk model baharu kami dieksport," katanya.
Mengenai kerjasama dengan rakan niaga asing, Ketua Pegawai Eksekutif Proton Edar Roslan Abdullah berkata rangkaian produk terbaharunya dan yang dikembangkan bersama dengan Geely memberikan peluang dengan membuka pemilikan ke lebih banyak negara dan mencari pasaran siap di banyak negara.
"Dengan bekerja sama dengan rakan kongsi asing, kami berhasrat untuk menyampaikan mesej secara konsisten di semua pasaran eksport kami dan akhrinya, ini akan menjadikan jenama ini lebih mudah untuk berdiri di lebih banyak negara," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Jan 29 2021

Proton Holdings Bhd menyasar untuk menggandakan jualan eksportnya dalam tempoh 12 bulan.

Bekas kerani bank mengaku palsu dokumen, tipu pelanggan
Tertuduh mengaku salah membabitkan 55 pertuduhan menipu dan memalsukan dokumen di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu.

Kereta, rumah dihempap pokok tumbang
Seorang wanita serta lima anaknya diselamatkan ketika pokok tumbang menghempap sebuah rumah di Jalan Perkasa Taman Maluri.

MBI tidak batalkan operasi bazar Ramadan - Datuk Bandar
Setakat ini tiada sebarang perubahan dibuat memandangkan kes COVID-19 masih lagi terkawal walaupun daerah Kinta berada dalam zon merah.

Malaysia, New Zealand komited dalam kerjasama pertahanan - Ismail Sabri
Malaysia dan New Zealand mengesahkan komitmen bersama dalam hubungan pertahanan di bawah FPDA dan ADMM serta ADMM-Plus.

Sistem e-wages pastikan pekerja terima gaji tepat pada masanya - MEF
Sistem e-wages yang dijangka dilancarkan kerajaan tidak lama lagi akan memastikan para pekerja termasuk pekerja asing dibayar upah tepat pada masanya.

Negara berdepan kepupusan Harimau Belang Malaya jika tidak dipelihara
Tindakan pembiakan, pemuliharaan dan pembelajaran mengenai Harimau Belang Malaya diperlukan bagi mengelakkan kepupusan populasi berkenaan di negara ini.

Denda tinggi ke atas pemburu haram pastikan harimau Malaya tidak pupus
Enam pelan kodusif bersama agensi berkaitan diharapkan dapat menangani krisis kepupusan Harimau Malaya.

'Flying Sikh' kembali beraksi, janji kembalikan kegemilangan rali
Legenda sukan permotoran negara, Karamjit Singh berjanji untuk mengembalikan semula kegemilangan rali Malaysia dalam tempoh beberapa tahun akan datang.

Asing Diri Dalam Gua | Kaji kehidupan dalam kegelapan
Ketika dunia sedang menjalani perintah berkurung, kuarantin dan pengasingan kendiri, sekumpulan saintis dan penjelajah dari Perancis dengan suka rela mengasingkan diri di sebuah gua di Pirenis. Matlamatnya adalah untuk lebih memahami kesan pengasingan diri dan kekurangan cahaya pada waktu siang.

Kerjasama Altimet, pengurus tubuhkan syarikat pengurusan sendiri
Pengalaman hampir 35 tahun berada dalam industri membuatkan mereka bersedia untuk mengorak langkah lebih jauh.

Proton X50, Taman Tasik Putrajaya dan Putrajaya 2020 dalam video Tun Mahathir
Yayasan Kepimpinan Perdana, Taman Tasik Putrajaya Proton X50, Putrajaya 2020, antara dilihat dalam video aktiviti berbasikal Dr Mahathir.

Proton Saga kini dijual di Pakistan
Pelancaran di Pakistan secara dalam talian itu telah disempurnakan oleh Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke negara itu, Ikram Mohammad Ibrahim.

Ambulans bawa pesakit disyaki positif COVID-19 terbalik
Sebuah ambulans yang membawa seorang pesakit disyaki positif COVID-19 terbalik dalam kemalangan.

Jualan bulanan Proton cecah paras tertinggi dalam tempoh 7 tahun
Proton Holdings Bhd telah menjual sebanyak 14,989 unit kenderaan di pasaran tempatan dan eksport pada bulan Mac 2021.

Kenderaan hilang kawalan, petugas politeknik maut kemalangan
Seorang pembantu tadbir maut selepas kereta yang dipandu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.

Kereta terjunam ke tasik: Hanya dua mayat dalam kereta - Polis
Selepas kereta berjaya dinaikkan ke tebing tasik, pihaknya hanya menemui dua mangsa di dalam kenderaan terbabit bukannya tiga sepertimana maklumat yang diterima sebelum ini.

Pasangan warga emas maut dalam kemalangan di Mersing
Pasangan suami isteri warga emas maut selepas kereta dinaiki mereka bertembung dengan sebuah treler membawa muatan pasir.

Berita tempatan pilihan sepanjang Selasa
Antara pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Penguasaan Proton cecah tahap tertinggi dalam tujuh tahun pada 27.1 peratus
Proton Holdings Bhd telah menyampaikan 11,873 kereta pada Februari (domestik dan eksport) untuk mencapai tahap pasaran tertinggi dalam tempoh tujuh tahun.

Dua beradik antara tiga maut kemalangan di Jalan Kuching
Kemalangan berlaku apabila kereta Satria Neo dari arah Kepong menghala ke Bulatan Segambut hilang kawalan lalu melanggar batu penghadang di tengah jalan.