awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Pulau Pinang kekal pengeksport utama Malaysia pada September - Jabatan Perangkaan

Bernama
Bernama
27/10/2023
23:00 MYT
Pulau Pinang kekal pengeksport utama Malaysia pada September - Jabatan Perangkaan
Empat negeri lain yang turut mencatatkan eksport tertinggi ialah Johor (19.3 peratus), Selangor (17.1 peratus), Sarawak (6.8 peratus) dan Kedah (5.0 peratus). - Gambar hiasan/DagangNews
GEORGE TOWN: Pulau Pinang kekal sebagai pengeksport utama Malaysia pada September 2023, menyumbang 34.6 peratus daripada jumlah eksport negara, kata Jabatan Perangkaan Malaysia.
Ketua Perangkawan Malaysia Datuk Seri Mohd Uzir Mahidin dalam satu kenyataan pada Jumaat berkata empat negeri lain yang turut mencatatkan eksport tertinggi ialah Johor (19.3 peratus), Selangor (17.1 peratus), Sarawak (6.8 peratus) dan Kedah (5.0 peratus).
Beliau berkata kelima-lima negeri itu menyumbang 82.8 peratus daripada eksport negara.
Semasa bulan tersebut, eksport dari Pulau Pinang turun 10.1 peratus tahun ke tahun kepada RM43 bilion, manakala import susut 15.2 peratus tahun ke tahun kepada RM20.9 bilion.
Keseluruhannya, jumlah perdagangan Malaysia bagi September 2023 berjumlah RM224.4 bilion, dengan eksport dan import masing-masing sebanyak RM124.5 bilion dan RM100.0 bilion.
Mohd Uzir berkata eksport susut 13.7 peratus tahun ke tahun manakala import jatuh 11.1 peratus tahun ke tahun berikutan penurunan keseluruhan di kebanyakan negeri.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Jabatan Perangkaan Malaysia
#pengeksport
#lima negeri
#Malaysia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan