KUALA LUMPUR: SEMPENA bulan mulia Ramadan ini, mari kita sama-sama berusaha meningkatkan kesejahteraan bersama dengan melakukan pelbagai amalan kebaikan dan inisiatif kemakmuran untuk semua.

Ini merupakan masa terbaik untuk kita berkongsi rezeki dan kenikmatan yang ada dengan komuniti di sekeliling. Malah terdapat pelbagai inisiatif yang ada bagi memudahkan usaha dalam melipatgandakan usaha murni tersebut.

Prihatin terhadap perkara itu, Maybank turut melaksanakan inisiatif-inisiatif dalam membuka peluang untuk kita sama-sama berkongsi kebaikan.

Berikan Sokongan Kepada Peniaga Tempatan

Lakukan kebaikan bagi melapangkan jiwa. Memberi makan orang berpuasa antara amalan yang terbaik ketika Ramadan, apa kata kita cuba pelbagai hidangan termasuk Menu Rahmah yang ditawarkan oleh peniaga-peniaga Sama-Sama Lokal Maybank.

Eratkan silaturrahim dengan cara belanja keluarga dan rakan-rakan makanan bagi menu berbuka puasa yang menjimatkan.

Inisiatif ini merupakan kerjasama peniaga-peniaga tempatan Sama-Sama Lokal bertujuan untuk kemudahan semua. Inisiatif ini sekali gus memanfaatkan ekosistem keseluruhan termasuk, pembeli, pedagang dan pembekal.

Anda boleh memesan menu iftar hari ini melalui Sama-Sama Lokal dari aplikasi MAE.

Kempen dilaksanakan adalah selaras dengan tujuan Menginsankan Perkhidmatan Kewangan sebagai usaha mencapai potensi terbaik dalam pertumbuhan ekonomi.

Anda Simpan & Sokong, Kami Derma #UntukMu

Maybank percaya, perancangan dan simpanan demi masa depan adalah keutamaan semua individu. Namun, bagaimana anda boleh menyimpan dan dalam masa sama membantu golongan memerlukan dalam membina komuniti yang lebih baik?

Sempena bulan mulia ini, jadikan simpanan atau pelaburan anda lebih bermakna. Maybank akan menderma sebanyak RM100,000 apabila mencapai sasaran jumlah 20,000 ikrar dan sumbangan akan disalurkan kepada pemanfaat terpilih yang disokong oleh MaybankHeart.

MaybankHeart merupakan platform sumbangan online berasaskan pendanaan awam (crowdfunding). Jom sama-sama sertai untuk memberi manfaat lebih besar kepada mereka yang memerlukan.

Membeli-belah sambil beramal dengan Kad Maybank Ikhwan

Anda suka berbelanja secara online? Rebut peluang untuk melakukan amal kebaikan sambil berbelanja dengan menggunakan Kad Kredit Ikhwan. Kempen Add Good to Card Maybank Islamic memberi inspirasi kepada pengguna dalam menderma secara rutin atau kebiasaan.

Ia turut meningkatkan kesedaran pengguna dalam menyumbang kepada dana kecemasan. Dengan kerjasama MERCY Malaysia, dana dikumpul menerusi inisiatif ini akan dijadikan sebagai dana kepada pembangunan bencana melibatkan kemanusiaan dan kesihatan.

Imbas dan bayar untuk amalan sedekah

Mudah dan lancar, kini pembayaran zakat dapat ditunaikan secara online menerusi fungsi sedia ada di aplikasi MAE dan M2U.

Anda kerap ke masjid untuk menunaikan solat tarawih? Berita baik kerana anda sekarang boleh memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan dengan hanya mengimbas kod QR dan bayar di masjid dan surau berdekatan.

Bersama, kita mampu mengubah nasib mereka yang memerlukan. Ketahui lokasi terpilih di sini. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk kita berbuat kebaikan di bulan yang mulia ni.

Bantuan Ramadan Serantau, Maybank Islamic

Dalam semangat ‘menyumbang semula kepada komuniti’, sepanjang Ramadan ini, Maybank Islamic akan menghulurkan bantuan bekalan makanan kepada lebih 7,000 komuniti di 11 buah negara bagi memenuhi keperluan asas pemakanan mereka di bulan ini.

Jom bersama-sama kita menyokong serta mencontohi nilai murni dan usaha ditunjukkan oleh Maybank Islamic dengan membuat kebaikan dalam usaha menyumbang kembali kepada komuniti. Meskipun bantuan anda berikan dianggap kecil, namun ia sangat bermakna kepada mereka yang menerima.

Tautan Kasih Ikatan Disyukuri

Keriangan ketika iftar bersama sahabat handai mampu memupuk semangat ukhwah sesama insan.

Dalam usaha mengeratkan silaturrahim dengan masyarakat setempat, Maybank dan Maybank Islamic akan menganjurkan Majlis Berbuka Puasa dan program agihan kurma di  cawangan-cawangan Maybank yang terpilih.

Ia melibatkan masjid angkat Maybank dan komuniti lain termasuk anak yatim dan pelajar tahfiz. Ia selari dan memenuhi hasrat Kongsi Kebaikan Bersama Maybank serta kempen Ramadan Kumpulan Maybank.

Peranan anda sangat bermakna dalam mengimarahkan lagi usaha kempen Kongsi Kebaikan Bersama Maybank, bagaimana untuk turut sama sertai? Layari laman web rasmi Maybank bagi mengetahui lebih lanjut mengenai kempen ini di sini.


*Artikel ini adalah kandungan berbayar