awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Buruh Myanmar mengaku tidak bersalah miliki senjata api
Peletakan jawatan pemimpin PN bukti kerapuhan parti - AMK Johor
Mujahid, Takiyuddin capai persetujuan tamat saman fitnah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Raja Azmi letak jawatan, Mohd Shukrie dilantik sebagai pemangku CEO Kumpulan MAHB

Astro Awani
Astro Awani
06/01/2020
11:40 MYT
Raja Azmi letak jawatan, Mohd Shukrie dilantik sebagai pemangku CEO Kumpulan MAHB
Raja Azmi menyertai MAHB pada 1 Feb, 2016 sebagai Ketua Pegawai Kewangan sebelum beliau dilantik sebagai GCEO pada 4 Jan, 2019.
Raja Azmi Raja Nazuddin memutuskan untuk meninggalkan Malaysia Airports Holdings Berhad (MAHB) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan (GCEO) berkuat kuasa mulai Isnin.
MAHB dalam satu kenyataan memaklumkan, peletakan jawatan oleh Raja Azmi bertujuan untuk meneruskan peluang lain.
Raja Azmi menyertai MAHB pada 1 Feb, 2016 sebagai Ketua Pegawai Kewangan sebelum beliau dilantik sebagai GCEO pada 4 Jan, 2019.
"Beliau telah memberi sumbangan yang besar kepada syarikat sepanjang tempoh perkhidmatan beliau.
"Lembaga Pengarah ingin mengucapkan terima kasih kepada Raja Azmi atas perkhidmatannya dan ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada beliau.
"Sebagai syarikat senaraian awam, MAHB akan menjalankan proses yang sewajarnya untuk mengenal pasti dan melantik pengganti yang sesuai," menurut MAHB dalam satu kenyataan.
Susulan itu, Lembaga Pengarah melantik Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh sebagai pemangku GCEO berkuat kuasa serta merta.
Susulan itu, Lembaga Pengarah melantik Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh sebagai pemangku GCEO berkuat kuasa serta merta. Foto: Bernama
Susulan itu, Lembaga Pengarah melantik Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh sebagai pemangku GCEO berkuat kuasa serta merta. Foto: Bernama
Topic Berkaitan
#Datuk Mohd Shukrie Mohd Salleh
#Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan
#MAHB
#Malaysia Airports Holdings Berhad
#Raja Azmi Raja Nazuddin
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan