awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
KKR laksana tiga kaedah penyenggaraan tangani isu jalan rosak, berlubang
NG MERS999 rangkul anugerah global 'Social PPP Project of the Year' di Istanbul
Maritim Malaysia perkasa infrastruktur dan aset, pastikan kedaulatan perairan terpelihara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RAM League Awards 2016 iktiraf kecemerlangan pasaran modal hutang Malaysia

Pritha Manivannan
Pritha Manivannan
19/05/2016
09:31 MYT
RAM League Awards 2016 iktiraf kecemerlangan pasaran modal hutang Malaysia
RAM League Awards mengiktiraf pasaran modal hutang Malaysia yang cemerlang bagi 2015 - Foto Astro AWANI
Malam anugerah RAM League Awards 2016 yang berlangsung di Kuala Lumpur pada malam tadi mengiktiraf pasaran modal hutang Malaysia yang cemerlang sepanjang tahun lalu.
Kali ini anugerah berprestij yang memasuki pengiktirafan kali ke-13 itu menampilkan empat kategori utama.
Penganjur , RAM Rating Services Berhad, pengiktirafan ini penting memandangkan pertumbuhan pantas pasaran modal bon dan sukuk Malaysia.
Antara anugerah yang diberikan ialah anugerah Malaysian Innovation Deal of the Year 2015 yang diberikan kepada Khazanah Nasional Berhad bagi program Sukuk Ihsan bernilai RM1 bilion.
Program ini dilihat sebagai satu penawaran luar biasa terutamanya dari segi inovasi dan merupakan yang pertama seumpamanya dalam pasaran di negara ini.
Menurut Pengarah Bahagian Kewangan Khazanah Nasional Berhad, Hafizuddin Sulaiman, persekitaran yang kondusif serta minat menceburi segmen baru pelaburan mendorong Khazanah melaksanakan terbitan tersebut.
"Persekitarannya kondusif, juga wujud platform yang sesuai dan kita hendak menceburi segmen baru pelaburan.
"Oleh itu, bagi kami melalui SRI Sukuk kami boleh menceburi pasaran dengan cemerlang," kata Hafizuddin.
Menurut RAM Rating anugerah Malaysian Innovation Deal of the Year ini hanya diberikan jika wujud calon yang bersesuaian.
Sementara itu, CIMB Investment Bank Berhad memenangi 8 daripada 26 anugerah yang diberikan. "Saya hendak mengucapkan terima kasih kepada pelanggan kami yang sentiasa menyokong kami dan juga kerjasama yang diamalkan di CIMB. "Kami di CIMB mengamalkan usahasama dalam aktiviti harian dan sentiasa memberikan motivasi kepada satu sama lain untuk meneruskan kerja yang baik. "Amalan baik ini kini dilaksanakan oleh seluruh organisasi kami dan ini membantu kejayaan kami," kata Ketua Pegawai Eksekutif CIMB Investment Sdn. Bhd., Datuk Kong Sooi Lin. Antara anugerah yang dimenangi CIMB ialah kesemua anugerah Pengurus Utama Terbaik dan Anugerah merit.
Topic Berkaitan
#CIMB Investment Bank Berhad
#Hafizuddin Sulaiman
#Khazanah Nasional Berhad
#Pengarah Bahagian Kewangan
#RAM League Awards
#RAM Rating Services Berhad
#SRI Sukuk
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan