KUALA LUMPUR: Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) yang dijangka dibentangkan di Dewan Rakyat tidak lama lagi, akan menetapkan hala tuju ekonomi negara untuk jangka sederhana dan jangka panjang, kata Datuk Seri Mustapa Mohamed.
Beliau berkongsi penekanan mengenai RMKe-12 tersebut selepas pelantikan beliau bagi menyandang semula tugas sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Ekonomi) dalam barisan Kabinet baharu yang diumumkan semalam.
"Saya percaya kombinasi barisan Kabinet yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mampu untuk melaksanakan Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan efisien demi kesejahteraan rakyat serta membebaskan Keluarga Malaysia daripada pandemik COVID-19," kata beliau dalam kenyataan media di sini, pada Jumaat.
Mustapa juga menyifatkan pelan tersebut sebagai kesinambungan terhadap asas yang dibina oleh Perdana Menteri Kelapan Tan Sri Muhyiddin Yassin.
BACA: [LAPOR LANGSUNG] Ini kabinet baharu Ismail Sabri
"Insya Allah, barisan jemaah menteri dan timbalan menteri ini akan berganding bahu untuk memastikan agenda budaya kerja prestasi tinggi yang dibawa oleh Perdana Menteri dapat dijayakan," kata beliau.
Pada masa sama, Ahli Parlimen Jeli itu juga mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada Ismail Sabri kerana memberi kepercayaan kepada beliau untuk terus melaksanakan tugas sebagai menteri dalam portfolio itu.
"Sesungguhnya ini adalah satu amanah besar untuk menjayakan usaha kerajaan memulihkan ekonomi negara yang terjejas akibat pandemik COVID-19," kata beliau.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Aug 27 2021
Mustapa berkongsi penekanan mengenai RMKe-12 tersebut selepas pelantikan beliau bagi menyandang semula tugas sebagai Menteri di Jabatan Perdana Menteri. - Foto fail/BERNAMA
Cef ternama Singapura, Tariq Helou meninggal dunia pada usia 29 tahun
Pemergian cef Helou mengejutkan seluruh komuniti kulinari di Singapura.
EPL: Man United sama hebat dengan skuad tercorot liga
Penjaga gol Manchester United, Andre Onana menjadi punca buat pasukannya kehilangan kemenangan menentang Burnley.
Pedofilia MRSM Tumpat: Polis selesai panggil 14 individu
Polis selesai memanggil 14 individu untuk dirakam keterangan berhubung kes pedofilia melibatkan seorang guru di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) di Tumpat.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pengundi tentukan kemenangan, bukan Tun M - Azmin
Kemenangan DAP dalam PRK Kuala Kubu Baharu hanya akan ditentukan oleh pengundi dan bukannya bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN sah miliki Sarjana Eksekutif UMPSA
Calon Perikatan Nasional (PN), Khairul Azhari Saut, 54, disahkan memiliki Sarjana Eksekutif Pengurusan Perniagaan dari Universiti Malaysia Pahang Al-Sultan Abdullah (UMPSA).
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PN tunjuk bukti kelayakan akademik
Calon Perikatan Nasional (PN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Kuala Kubu Baharu, Khairul Azhari Saut menunjukkan bukti berkaitan kelayakan akademiknya bagi menjawab isu berkenaan.
Enakmen kawalan hiburan baharu, Kelantan yakin tidak bercanggah
Kerajaan Kelantan yakin proses penggubalan Enakmen Kawalan Hiburan baharu Kelantan yang akan dibentang pada sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) selepas ini tidak bercanggah dengan aturan sedia ada.
Misi teroka peluang ekonomi, tarik pelaburan baharu di WEF - PM
Delegasi Malaysia akan berkongsi dasar dan hala tuju negara di samping mempertegas pendirian negara dalam isu geopolitik serantau di hadapan pemimpin dunia.
JBPM Terengganu berdepan kesukaran padam kebakaran
JBPM Terengganu menghadapi kesukaran memadamkan kebakaran di Kampung Sungai Ikan Kuala Nerus yang melibatkan lebih 75% tapak pelupusan sampah
Polis jangka laporan baharu selepas berkas guru tahfiz
Polis Kelantan menjangkakan lebih banyak laporan polis berkenaan pencabulan di sebuah pusat tahfiz di Machang selepas penahanan seorang guru.
RMK12: Projek yang lama lulus tetapi belum mula, akan dibatalkan - PM Anwar
Kerajaan akan membatalkan projek-projek yang telah lama diluluskan tetapi belum dapat dimulakan dalam tempoh masa yang munasabah.
RMK12: Hasil kerajaan pada 2023-2025 diunjurkan sebanyak RM904.83 bilion
Hasil Kerajaan Persekutuan diunjurkan sebanyak RM904.83 bilion untuk baki Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) iaitu dari 2023 hingga 2025.
Kajian Separuh Penggal RMKe-12 merangkumi 17 anjakan radikal - Rafizi
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata anjakan-anjakan tersebut akan memberikan cara keluar daripada masalah yang sudah timbul dalam Rancangan Malaysia sebelum ini.
1.2 juta pertubuhan diliputi Banci Ekonomi 2023 - Rafizi
Sebanyak 1.2 juta pertubuhan perniagaan dan pertubuhan bukan berasaskan keuntungan di Malaysia akan diliputi dalam Banci Ekonomi 2023.
Eksport Malaysia pada 2022 lepasi unjuran RMK12, tiga tahun lebih awal - Matrade
Malaysia mengekalkan prestasi cemerlangnya pada 2022 dari segi perdagangan, eksport, import dan lebihan dagangan, dengan eksport mencapai sasaran Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Kerajaan semak semula keutamaan projek pembangunan RMKe-12 bagi 2022 - Mustapa
Projek-projek pembangunan di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12) bagi 2022 akan dikaji semula pelaksanaannya selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan Kementerian Kewangan (MOF).
RM2.13 bilion untuk atasi banjir, pulihara sungai dan hakisan pantai di Pahang
Sebanyak 12 projek mengurangkan risiko banjir, mengawal hakisan pantai dan pemuliharaan muara serta pembangunan sungai di Pahang telah diluluskan dan sedang dilaksanakan dengan kos RM2.13 billion.
Daya tahan dan kemampuan PMKS bumiputera akan dipertingkat - Muhyiddin
Ini berikutan kumpulan itu turut memainkan peranan penting dalam memacu pertumbuhan ekonomi di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12).
Satu lagi bajet dengan peruntukan besar dijangka bantu Malaysia hadapi cabaran COVID-19 pada 2022
Bajet 2022 dijangka terus bercirikan pengembangan dan menjadi pemangkin kepada pelaksanaan RMK12 yang akan memacu pertumbuhan.
Syor berkaitan undang-undang keselamatan siber sedang disiapkan - Abdul Latiff
Kerajaan sedang dalam proses menyiapkan syor berkaitan undang-undang keselamatan siber, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas) Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad.