awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RHB kesan kesilapan e-penyata akaun semasa

Bernama
Bernama
18/06/2021
20:00 MYT
RHB kesan kesilapan e-penyata akaun semasa
Menurut RHB, kesilapan itu membabitkan kurang 0.50 peratus daripada jumlah pelanggan runcitnya di Malaysia.
KUALA LUMPUR: RHB Banking Group telah mengesan kesilapan dalam e-penyata akaun semasa yang dihantar menerusi e-mel kepada segelintir pelanggannya berikutan masalah teknikal dialami rakan penyedia khidmat luar tersebut.
Dalam kenyataan pada Jumaat, ia berkata kesilapan itu membabitkan kurang 0.50 peratus daripada jumlah pelanggan runcitnya di Malaysia.
Bagaimanapun, Pengarah Urusan Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Khairussaleh Ramli berkata kesilapan itu dapat diatasi sejurus dikesan manakala pelanggan terbabit telah dimaklumkan menerusi e-mel dan sistem pesanan ringkas (SMS) pada hari sama.
"Kami memohon maaf kepada pelanggan terbabit di atas kesilapan e-penyata yang tidak disengajakan ini.
"Berikutan itu, e-penyata baharu kini dalam proses dihantar kepada mereka," katanya.
Beliau berkata, siasatan berkaitan juga sedang dijalankan bagi mengenal pasti punca kejadian.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#RHB
#e-penyata
#kesilapan
#masalah teknikal
#Khairussaleh Ramli
#pelanggan runcit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan