awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

RHB sasar pertumbuhan dua digit bagi pinjaman PKS untuk 2016

Pritha Manivannan
Pritha Manivannan
09/03/2016
11:18 MYT
RHB sasar pertumbuhan dua digit bagi pinjaman PKS untuk 2016
(Dari kiri) Amy Ooi Swee Lin, Datuk Khairussaleh Ramli, Mohd Zamree Mohd Ishak dan Abdul Talib Dewa semasa menandatangani MoU FSCPG di Kuala Lumpur hari ini - Foto Astro AWANI/Pritha Manivannan
RHB Banking Group (RHB) menyasarkan pertumbuhan dua digit bagi segmen pinjaman Perniagaan Kecil Sederhana (PKS) untuk tahun ini.
Menurut Naib Presiden Eksekutif dan Pengarah Perbankan Perniagaan dan Perbankan Transaksi RHB, Amy Ooi Swee Lian, ini berbanding pertumbuhan 12 peratus tahun lepas.
Amy berkata walaupun dalam persekitaran ekonomi yang mencabar beliau kekal optimis dengan pertumbuhan ini.
"RHB sudahpun mempunyai beberapa inisiatif termasuk inisiatif terbaru kami iaitu jaminan pembiayaan portfolio rantaian bekalan RHB (FSCPG), yang dijangka mendorong pertumbuhan tahun ini," kata Amy.
Tambah beliau pengukuhan PKS di negara ini yang menyumbang 35 peratus kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dan 60 peratus tenaga kerja, turut dijangka mendorong pertumbuhan yang positif ini.
Beliau berkata demikian selepas majlis menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) dengan Credit Guarantee Corporation (CGC) bagi FSCPG.
Melalui FSCPG, RHB akan bekerjasama dengan CGC untuk menyediakan pembiayaan modal kerja bagi PKS yang tidak mempunyai sokongan cagaran yang secukupnya.
RHB memperuntukkan sejumlah RM200 juta bagi pembiayaan PKS melalui FSCPG.
Sementara itu, CGC menyasarkan 8,650 pinjaman bernilai RM4 bilion diluluskan bagi PKS tahun ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif CGC, Mohd Zamree Mohd Ishak berkata pada 2015 CGC meluluskan 8,252 pinjaman bernilai RM3.4 bilion.
Topic Berkaitan
#Amy Ooi Swee Lian
#CGC
#Credit Gurantee Corporation
#FSCPG
#Jaminan pembiayaan portfolio rantaian bekalan RHB
#Mohd Zamree Mohd Ishak
#PKS
#RHB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan