RHB Bank Berhad hari ini mengumumkan penetapan sejumlah RM31 bilion sebagai pembiayaan khusus bagi industri Perniagaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Angka RM31 bilion ini mulai sekarang sehingga akhir tahun 2021, menurut Pengarah Urusan Kumpulan, RHB Bank Berhad, Datuk Khairussaleh Ramli.


Pengarah Urusan RHB umum pembiayaan PKS

"Kami telah meluluskan sejumlah RM7.2 bilion pada tahun 2018 untuk menyokong pertumbuhan lebih 4,000 syarikat PKS di Malaysia," kata Khairussaleh.

"Dalam tiga tahun akan datang, kami mensasarkan pembiayaan baharu dan tambahan sejumlah RM31 bilion yang akan memberi manfaat kepada kira-kira 18,000 PKS," tambahnya.

Sehingga kini, RHB telah menghubungkan lebih daripada 100,000 PKS melalui penyelesaian Pengurusan Tunai dan e-Penyelesaian PKS yang merangkumi penyelesaian gaji dan perakaunan.

Melalui ekosistem PKS, RHB bersedia untuk memberikan pembiayaan kepada 15,000 PKS baharu pada tahun 2019.

Ekosistem PKS RHB menawarkan penyelesaian perniagaan berasaskan awan bertujuan memperkasa PKS dengan penyelesaian serba boleh.

Dalam menjana pertumbuhan PKS, ekosistem PKS RHB merangkumi perkara berikut: