KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka didagangkan pada paras semasa minggu hadapan dan mungkin mencapai tahap 4.30 berbanding dolar AS, sekiranya sentimen selera risiko kekal dan harga minyak terus menurun, kata seorang peniaga.
Kekurangan pemangkin positif tempatan termasuk angka kes COVID-19 yang tinggi akan menjejaskan keyakinan para pelabur dan mereka mungkin lebih berminat untuk mengambil sikap tunggu dan lihat.
Pada hari Jumaat, Kementerian Kesihatan melaporkan kes COVID-19 baharu menurun kepada 12,541 berbanding dengan 13,215 jangkitan sehari sebelumnya, menjadikan jumlah kes domestik terkumpul kepada 893,323.
Sementara itu, Pakar Ekonomi Penyelidikan Malaysian Industrial Development Finance Bhd, Abdul Mui'zz Norhalim berkata ringgit dijangka dipengaruhi oleh kebimbangan pertumbuhan kerana pasaran dilihat akan memberi tumpuan kepada situasi COVID-19 di Malaysia.
"Selanjutnya, kami menjangkakan perbincangan yang sedang berlangsung mengenai pelonggaran kuantitatif oleh Rizab Persekutuan Amerika Syarikat juga boleh mempengaruhi prestasi mata wang pasaran baru muncul termasuk ringgit.
"Buat masa ini, kami yakin kesan pergerakan harga minyak terhadap ringgit agak terhad disebabkan pasaran memfokuskan ke atas prospek pertumbuhan jangka pendek dan perubahan dalam pasaran kewangan global," katanya kepada Bernama.
Beliau bagaimanapun menjelaskan pergerakan harga minyak yang melampaui tahap semasa dapat memberikan sokongan positif kepada ringgit, sekurang-kurangnya daripada terus merosot berbanding dolar US.
Secara mingguan, ringgit melemah berbanding dolar US kepada 4.2040/2070 daripada 4.1895 /1940 yang dicatatkan dalam minggu sebelum ini.
Sementara itu, ringgit adalah lebih rendah berbanding mata wang utama yang lain.
Berbanding dolar Singapura, ringgit susut kepada 3.1053/1078 daripada 3.0953 / 0991 dan turun berbanding pound British kepada 5.8129/8170 daripada 5.7798/7860.
Ia juga menyusut berbanding euro kepada 4.9687/9723 daripada 4.9667/9720 dan jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.8180/8207 daripada 3.8076/8120 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 17 2021
Ringgit dijangka didagangkan pada paras semasa minggu hadapan dan mungkin mencapai tahap 4.30 berbanding dolar AS.
Dakwaan terhadap MB Selangor taktik terdesak pihak tertentu - Setiausaha Politik
Dakwaan terhadap Datuk Seri Amirudin Shari kononnya Menteri Besar Selangor itu meluluskan tanah di Dengkil kepada syarikat sendiri disifatkan sebagai episod ulang siar yang tidak jauh berbeza dengan t
Hafizh Syahrin raih kemenangan sulung di Zhuhai
Pelumba negara Hafizh Syahrin Abdullah meraih kejuaraan sulung bersama JDT Racing Team pada Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) 2024 di Litar Antarabangsa Zhuhai, di China hari ini.
AWANI Ringkas: Taktik baharu scammer
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI 7:45 [20/04/2024] - Noktahkan kemiskinan Sabah | Belum tahu jumlah peruntukan pembangkang | Freedom Flotilla to Gaza | Thailand terima 10.72 juta pelancong asing
#AWANI745 malam ini bersama Dzulfitri Yusof;
1. Noktahkan kemiskinan tegar Sabah, kata PM
2. PN masih tunggu butiran MOU, peruntukan pembangkang
3. Freedom Flotilla jalani latihan anti keganasan sebelum ke Gaza
4. 1.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand
1. Noktahkan kemiskinan tegar Sabah, kata PM
2. PN masih tunggu butiran MOU, peruntukan pembangkang
3. Freedom Flotilla jalani latihan anti keganasan sebelum ke Gaza
4. 1.3 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Dua polis BSI ditahan bantu siasatan kes pemerasan
Dua anggota polis yang berkhidmat di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) ditahan semalam, bagi membantu siasatan kes pemerasan melibatkan seorang lelaki tempatan yang bekerja di Singapura.
Malaysia-Thailand tingkat kerjasama atasi jenayah
Malaysia dan Thailand setuju tingkat kerjasama untuk membanteras jenayah rentas sempadan.
#AWANI745
#AWANI745
MCMC lapor polis terhadap Papagomo, Che Gu Bard dan Salim Iskandar
MCMC menegaskan pihaknya melaksanakan tugas dan tanggungjawabnya berpandukan Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, dan kesemua undang-undang subsidiari yang terkandung di dalamnya.
#AWANI745
#AWANI745
Kursus Perdana Haji peringkat Wilayah Persekutuan
Hari ini bermula Kursus Haji Perdana secara berperingkat yang dianjurkan oleh Lembaga Tabung Haji.
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
Ini adalah persediaan terakhir kepada bakal Haji Malaysia untuk mempersiapkan diri sebagai tetamu Allah di tanah suci nanti.
#AWANI745
1.39 juta pelancong Malaysia ke Thailand
Thailand terima ketibaan 10.72 juta pelancong asing termasuk 1.39 juta dari Malaysia.
#AWANI745
#AWANI745
Delegasi Malaysia jalani latihan anti keganasan
Latihan ini bagi mempersiapkan peserta dalam mendepani segala kenungkinan dan provokasi yang mungkin berlaku semasa pelayaran menghantar bantuan ke Gaza berlangsung.
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
Syaff Shukri di Istanbul, Turki ada perinciannya.
#AWANI745
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit diunjur mengukuh tahun ini didorong pembaharuan struktur, prospek positif - BNM
Ringgit berada dalam kedudukan baik untuk mengukuh pada 2024, didorong oleh pembaharuan struktur dan prospek pertumbuhan yang positif.
Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS, mata wang utama lain
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7205/7270 berbanding dolar AS daripada 4.7340/7390 semasa ditutup pada Jumaat.