awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Laura Fernandez mendahului keputusan awal pilihan raya presiden Costa Rica
TikTok kenakan caj RM0.50 bagi setiap jualan berjaya mulai 15 Februari 2026
iPhone boleh katup? Apple dilapor uji rekaan mirip Galaxy Z Flip
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS, mata wang utama

Bernama
Bernama
02/12/2025
01:30 MYT
Ringgit dibuka kukuh berbanding dolar AS, mata wang utama
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.1275/1380 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1300/1365 pada Isnin. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS dan sekumpulan mata wang utama hari ini, disokong oleh jangkaan penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS) susulan data ekonomi negara maju itu yang lemah memberi tekanan kepada dolar.
Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.06 peratus kepada 99.401 mata apabila Rizab Persekutuan AS dilihat cenderung untuk menurunkan Kadar Dana Persekutuan minggu depan.
Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.1275/1380 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.1300/1365 pada Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata, Indeks Institute for Supply Management (ISM) bagi sektor pembuatan menunjukkan sentimen perniagaan yang terus lemah pada November.
Beliau berkata, indeks tersebut susut kepada 48.2 peratus pada bulan lepas berbanding anggaran konsensus 49.0 peratus.
"Kebanyakan responden daripada tinjauan menyatakan kebimbangan terhadap kos operasi yang meningkat berikutan tarif import yang lebih tinggi, sekali gus menggesa mereka untuk menilai semula keputusan pengambilan pekerja," katanya kepada Bernama.
Sehubungan itu, Mohd Afzanizam menjangkakan ringgit bergerak dalam jajaran RM4.12-RM4.13 berbanding dolar AS hari ini, dengan peniaga kekal berhati-hati menjelang mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC).
Pada pembukaan, ringgit turut mencatatkan peningkatan berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan itu naik berbanding pound Britain kepada 5.4528/4667 daripada 5.4644/4730 ketika ditutup pada Isnin, mengukuh berbanding euro kepada 4.7916/8038 daripada 4.7995/8070 dan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.6545/6616 daripada 2.6594/6637.
Ringgit juga lebih tinggi berbanding mata wang ASEAN kecuali peso Filipina, berikutan ia kekal mendatar pada 7.05/7.07.
Unit tempatan itu naik berbanding dolar Singapura kepada 3.1836/1919 daripada paras 3.1880/1932 ketika ditutup pada Isnin, mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 247.6/248.4 daripada 247.8/248.3 dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8868/9296 daripada 12.9026/9290 sebelumnya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#Indeks Dolar AS
#Rizab Persekutuan AS
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan