KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan pengukuhannya berbandIng dolar Amerika Syarikat (AS) pada pagi Jumaat yang juga hari dagangan terakhir bagi 2021 biarpun mata wang negara maju itu mendapat permintaan lebih baik susulan peningkatan Indeks Dolar AS (DXY) sebanyak 0.06 peratus kepada 95.989 mata, kata penganalisis.
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.1720/1760 berbanding 4.1750/1785 pada akhir urus niaga semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata penanda aras ekuiti seperti Dow Jones Industrial Average (DJIA) telah mencatat penurunan berbanding peningkatan sebelum ini manakala hasil Perbendaharaan 10 Tahun AS pula susut kira-kira empat mata asas kepada 1.51 peratus malam tadi.
"Perkembangan ini berlaku ketika pihak Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS memberi amaran bahawa kapal-kapal persiaran perlu dielak bagi membendung risiko penularan COVID-19," katanya kepada Bernama.
Menurutnya, berdasarkan senario semasa, ringgit berkemungkinan berdepan pembetulan teknikal lewat hari ini berikutan pergerakan di Wall Street semalam.
Ringgit bagaimanapun diniagakan rendah berbanding mata wang utama lain.
Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0851/0888 daripada 3.0835/0865 semalam dan rendah berbanding yen kepada 3.6259/6294 daripada 3.6248/6281.
Unit tempatan itu juga turun berbanding euro kepada 4.7256/7302 daripada 4.7178/7217 dan susut berbanding pound Britain kepada 5.6322/6376 daripada 5.6187/6234 sebelum ini.
-- BERNAMA
Bernama
Fri Dec 31 2021
Pada 9 pagi, ringgit naik kepada 4.1720/1760 berbanding 4.1750/1785 pada akhir urus niaga semalam. -Gambar fail/Bernama
PM Vietnam cadang ASEAN jadi model transformasi digital global
Perdana Menteri Vietnam mencadangkan orientasi kejayaan untuk menjadikan ASEAN sebagai model dalam transformasi digital di peringkat global.
Proses bedah siasat selesai, penghormatan terakhir mengikut tradisi tentera laut
Ridauddin Daud membawakan perkembangan terkini penghomatan terakhir kepada 10 mangsa insiden helikopter TLDM yang terhempas di Lumut.
[TERKINI] Anak menteri besar antara enam direman bersabit kes tuntutan palsu
Anak seorang menteri besar, Pegawai kanan Pejabat MB antara enam yang direman bagi bantu siasatan pemalsuan dokumen dan tuntutan palsu berjumlah RM600,000.
Agong berkenan meriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidilfitri Kementerian Perpaduan
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim hari ini berkenan memeriahkan Majlis Sulaman Kasih Aidifitri Kementerian Perpaduan Negara.
[KOLUMNIS] Kawalan kendiri dapat perkukuh penguatkuasaan undang-undang AI
Tanpa kawalan kendiri, undang-undang mungkin menjadi tidak berkesan termasuklah dalam persoalan impak AI terhadap masyarakat.
Nahas helikopter Lumut: Proses bedah siasat 10 mangsa selesai - TLDM
Proses bedah siasat melibatkan 10 mangsa nahas helikopter terhempas di Lumut yang dijalankan di Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) selesai pada jam 2.20 petang Rabu.
AWANI Ringkas: Suspek kes tembak KLIA didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Jamaica secara rasmi iktiraf Palestin sebagai sebuah negara
Jamaica memutuskan untuk mengiktiraf secara rasmi Negara Palestin pada Selasa berikutan perbincangan dalam Kabinet pada hari sebelumnya.
Nahas helikopter Lumut: Van jenazah tiba di HRPB, bawa jenazah ke 23 RAMD
Sebanyak 10 van jenazah Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilihat memasuki perkarangan Jabatan Forensik Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB), Ipoh pada jam 2.20 petang Rabu.
Nahas helikopter Lumut: Kesemua mangsa diberikan penghormatan terakhir ikut istiadat TLDM
Kesemua mangsa tragedi helikopter terhempas di Pangkalan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Lumut, semalam akan diberi penghormatan terakhir mengikut istiadat rasmi TLDM.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.