Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar AS hari ini walaupun unit negara maju itu susut semalaman dengan tumpuan kembali terarah kepada harga minyak mentah serta mesyuarat kumpulan negara anggota Pertubuhan Negara-Negara Pengeksport Petroleum dan bukan anggota OPEC (OPEC+) pada Khamis ini.
Pada 9.05 pagi, ringgit diniagakan pada 4.3550/3650 berbanding dolar AS daripada 4.3350/3450 sewaktu ditutup pada Selasa.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata perasaan bercampur-baur membabitkan kemungkinan pengeluaran minyak dihadkan, penurunan angka kematian COVID-19 di beberaga negara kuasa besar ekonomi dunia serta kejatuhan ketara indeks utama di Wall Street menyebabkan pasaran pertukaran asing tidak banyak mengalami perubahan.
"Andaian bahawa ekonomi memakan masa untuk kembali pulih walaupun langkah seperti kawalan pergerakan akibat COVID-19 ditamatkan juga menyebabkan sentimen mengelak risiko akan terus berlaku.
"Atas alasan itu, ringgit dijangka kekal lemah berbanding dolar AS dalam lingkungan RM4.35 hingga RM4.37 berikutan tindak-tanduk pelabur yang lebih bertahan dan lebih meminati mata wang selamat," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, Ketua Strategi Pasaran Global AxiCorp Stephen Innes berkata ringgit terus menjadi sasaran dan menerima impak turun naik harga minyak berikutan semua pihak memberi tumpuan terhadap mesyuarat OPEC+ tersebut.
Menerusi satu nota penyelidikan hari ini, beliau berkata unjurannya kekal positif berikutan usaha kerajaan melaksanakan pakej rangsangan dengan tanda-tanda penurunan COVID-19 di beberapa negara yang dijangkiti teruk virus itu sebelum ini.
"Apa lebih penting dalam pandangan itu adalah fakta bahawa China kini bangkit kembali. Oleh itu akan ada pasaran eksport yang baik bagi industri Malaysia apabila rakyat meneruskan semula aktiviti seperti biasa selepas Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir," katanya.
Dalam pada itu, ringgit juga diniagakan rendah berbanding kumpulan mata wang utama.
Ia susut berbanding euro pada 4.7343/7469 daripada 4.7173/7291 sewaktu ditutup pada Selasa dan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.0527/0608 daripada 3.0415/0496.
Ringgit juga rendah berbanding yen Jepun kepada 4.0053/0156 daripada 3.9723/9826 dan susut berbanding pound Britain kepada 5.3654/3794 daripada 5.3376/3526, semalam.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Apr 08 2020
Pada 9.05 pagi, ringgit diniagakan pada 4.3550/3650 berbanding dolar AS daripada 4.3350/3450 sewaktu ditutup pada Selasa. -Gambar fail
AWANI Ringkas: Reformasi gaji di Malaysia
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Piala Thomas: Lee Zii Jia beri mata pertama buat Malaysia!
Kemenangan straight set benarkan Malaysia raih mata pertama dalam aksi peringkat kumpulan saingan Piala Thomas berdepan Hong Kong.
AWANI Pagi: Filem Oppa semai mesej PDRM banteras jenayah scam
Ikuti diskusi bersama Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf akan berkongsi mesej disemai PDRM dalam membanteras jenayah scam yang berleluasa ketika ini.
Pusat penamaan calon PRK Kuala Kubu Baharu dibuka
Pusat penamaan calon bagi PRK DUN Kuala Kubu Baharu (KKB) di Dewan Serbaguna dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor dibuka pada jam 9 pagi ini.
EPL: "Ada sesiapa jangka kami bakal muncul juara?"
Klopp belum sedia nilai musim terakhir bersama Liverpool.
AWANI Pagi: Break the Siege - Pelayaran ditangguhkan, apa seterusnya?
Misi Freedom Flotilla to Gaza, yang sepatutnya memulakan pelayaran minggu lalu, akhirnya ditangguhkan atas pelbagai faktor. Wartawan kami di Istanbul, Syaff Syukri akan kongsi perancangan seterusnya misi ini.
Polis tahan lelaki bersama pil Yaba bernilai lebih RM12,000
Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Rantau Panjang.
PM Anwar ke Riyadh sempena Mesyuarat Khas Forum Ekonomi Sedunia
Mesyuarat Khas bertemakan "Global Collaboration, Growth and Energy Development" akan dihadiri oleh Ketua-ketua Negara dan Kerajaan serta pemimpin industri.
Proses penamaan calon berlangsung 9 pagi ini
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kuala Kubu Baharu (KKB) membuka tirai hari ini dengan bermulanya proses penamaan calon di Dewan Serbaguna Dan Kompleks Sukan Daerah Hulu Selangor.
Penunggang motosikal berkuasa tinggi maut nahas
Mangsa lelaki berusia 34 tahun yang bekerja sebagai pemuzik di DBKL meninggal dunia di tempat kejadian.
Bank Islam berjaya kurangkan impak OPR pada 2023
Bank Islam Malaysia Bhd berjaya mengurangkan impak OPR yang tidak berubah seterusnya membawa kepada NIM yang bertambah baik pada tahun lepas.
Bank Rakyat catat keuntungan RM1.76 bilion bagi tahun kewangan 2023
Kumpulan Bank Rakyat mencatatkan keuntungan sebelum cukai dan zakat (PBTZ) lebih tinggi sebanyak RM1.76 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Dis, 2023.
Bank Islam menjangkakan KDNK Malaysia bagi S3 berkembang 3.2 peratus
Bank Islam menjangkakan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia berkembang 3.2 peratus pada suku ketiga 2023 (S3 TK2023).
Bank Islam lancar Kad Debit-i Visa Be U
Kad Debit-i Visa Be U menyediakan transaksi yang cepat, selamat dan tanpa sentuhan di mana-mana pedagang Visa di seluruh dunia.
Bank Islam umum pelantikan baharu Lembaga Pengarah dan Pengerusi Majlis Pengawasan Syariah
Pelantikan baharu akan mengukuhkan lagi Komposisi Lembaga Pengarah Kumpulan menjelang ulang tahun Bank Islam ke-40 tahun ini.
Bank Islam tawar moratorium hingga enam bulan kepada mangsa banjir
Bagaimanapun, permohonan penangguhan bayaran ansuran bulanan itu tertakluk kepada terma dan syarat ditetapkan.
Keuntungan bersih Bank Islam diseret oleh perbelanjaan cukai yang tinggi
Keuntungan sebelum zakat dan cukai meningkat 6.1 peratus kepada RM746.87 juta, disumbangkan oleh pendapatan bersih yang lebih tinggi.
KDNK Malaysia dijangka catat pertumbuhan tertinggi di ASEAN - Firma penyelidikan
Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia diunjurkan mencecah 8.4 peratus bagi tahun kewangan 2022 berbanding 3.1 peratus pada 2021.
OPR dijangka naik 25 mata asas esok, 25 mata pada Mac - Bank Islam
Ia menjadikan kadar terminal baharu adalah pada 3.25 peratus.
Bank Islam catat untung bersih suku ketiga lebih tinggi kepada RM142.86 juta
Pendapatan bersih kumpulan BIMB turut meningkat sebanyak RM111.2 juta atau 22.2 peratus.