KUALA LUMPUR: Ringgit terus mengalami penyusutan berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) ketika dibuka pada Rabu, berikutan pelabur mengalihkan tumpuan kepada mata wang selamat seperti yen Jepun, kata peniaga.
Beliau berkata ini susulan data inflasi AS bagi Ogos 2021 mencatatkan kadar yang lebih perlahan berbanding jangkaan.
Pada 9.01 pagi, unit tempatan turun kepada 4.1620/1670 berbanding dolar AS daripada 4.1615/1640 ketika ditutup pada Selasa.
Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata Indeks Harga Pengguna (IHP) AS meningkat 5.3 peratus pada Ogos 2021, menunjukkan inflasi yang lebih rendah berbanding jangkaan di dalam ekonomi terbesar dunia itu.
"Ini mungkin menyebabkan Rizab Persekutuan AS (Fed AS) mengambil masa sedikit sebelum memulakan langkah memperlahankan kadar pembelian aset berskala besar, yang boleh mendorong kenaikan dolar AS," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata dari segi teknikal, pergerakan meningkat dolar AS-ringgit pada dua hari lepas boleh menandakan permulaan pergerakan lemah, yang dijangka membawa pasangan mata wang itu kepada paras 4.2400 dalam beberapa hari.
"Bagaimanapun, pelabur akan menumpukan sebarang perincian mengenai dasar monetari dari Fed AS kerana ia boleh mengubah sepenuhnya senario semasa," katanya.
Semasa dagangan dibuka, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding kumpulan mata wang utama.
Ringgit susut berbanding yen Jepun kepada 3.7985/8034 daripada 3.7811/7834 pada penutupan Selasa namun meningkat kepada 3.0974/1014 berbanding dolar Singapura daripada 3.0987/1008.
Unit tempatan naik berbanding pound Britain kepada 5.7444/7513 daripada 5.7687/7721 dan tinggi berbanding euro kepada 4.9132/9191 daripada 4.9164/9193 pada penutupan Selasa.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Sep 15 2021
Pada 9.01 pagi, unit tempatan turun kepada 4.1620/1670 berbanding dolar AS.
Protes diteruskan hingga Suk Yeol dipecat
Para penunjuk perasaan kekal mengadakan protes di bandar Seoul agar Presiden Yoon Suk Yeol dipecat daripada jawatannya.
Cubaan serbu pejabat Presiden Yoon Suk Yeol gagal
Menurut media tempatan, pihak polis tidak dapat memasuki bangunan utama kerana gagal mencapai persetujuan dengan pihak perkhidmatan rahsia mengenai kaedah penggeledahan dan penyitaan.
Bekas Menteri Pertahanan Korea cuba bunuh diri
Menurut Ketua Pesuruhajaya Perkhidmatan Korea, Shin Yong Hae pada Rabu, Kim kini sedang menerima rawatan susulan dan berada dalam keadaan stabil.
Seorang menteri Afghanistan terbunuh dalam letupan
Seorang menteri utama dalam pentadbiran sementara Taliban Afghanistan terbunuh pada Rabu dalam letupan di ibu negara Kabul.
PBB akan undi gencatan senjata segera dilaksanakan
Resolusi itu juga menuntut pembebasan semua tebusan dan akses tanpa halangan untuk bantuan kemanusiaan kepada Gaza.
Fenomena La Nina berkembang lebih 50 peratus hingga Feb 2025
Kemungkinan lebih 50 peratus fenomena La Nina dilaporkan akan berkembang dalam tempoh tiga bulan mendatang.
127 terbunuh dalam dua hari di Sudan
Terbaharu pada Selasa, kumpulan hak asasi manusia, Emergency Lawyers memaklumkan sekurang-kurangnya 20 termasuk 14 orang yang menaiki bas terbunuh di Omdurman, Sudan.
Suspek bunuh CEO bakal mohon esktradisi
Menurut peguam Luigi Mangiyone, Thomas Dickey, pihaknya akan melakukan permohonan itu mengikut peraturan undang-undang perlembagaan.
[TERKINI] Harimau Malaya raih tiga mata berharga, tewaskan Timor Leste
Skuad Harimau Malaya mencatatkan kemenangan pertama kumpulan A dalam saingan Piala ASEAN 2024 selepas menewaskan Timor Leste 3-2.
Astro sambung hak eksklusif EPL hingga 2027/28
Selain siaran langsung, Astro turut akan menerbitkan kandungan istimewa seperti wawancara eksklusif dan siri "From KL to PL" yang akan ditayangkan pada Januari 2025.
Ringgit naik untuk sesi ketiga berturut-turut berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4170/4220 berbanding dolar AS daripada 4.4250/4305 pada Khamis.
Ringgit terus catat kenaikan berikutan keyakinan meningkat terhadap satu lagi penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4250/4305 berbanding dolar AS daripada .4505/4550 pada Rabu.
Ringgit meningkat selepas minit mesyuarat Fed menunjukkan penurunan kadar faedah AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan naik kepada 4.4440/4465 berbanding dolar AS daripada 4.4560/4600 pada Selasa.
Ringgit dibuka rendah susulan pengukuhan dolar AS
Ringgit memulakan urus niaga pada Selasa dengan lebih rendah berbanding dolar AS yang mengukuh.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.4685/4740 berbanding dolar AS, daripada 4.4705/4750 ketika ditutup semalam.
BNM beri jaminan terus pantau, urus ketidaktentuan susulan perkembangan global
BNM berpendapat bahawa asas ekonomi dan prospek pertumbuhan Malaysia yang kukuh dapat menyediakan penampan terhadap kejutan luaran.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu mengukuh pada 4.4705/4750 berbanding dolar AS 4.4765/4820 ketika ditutup pada Isnin.
Usaha kurangkan perbezaan kadar faedah beri impak positif untuk ringgit - Gabenor BNM
Langkah pengurangan perbezaan kadar faedah antara Malaysia dan negara-negara maju adalah positif bagi ringgit, di tengah-tengah ketidaktentuan perkembangan geopolitik, kata Bank Negara Malaysia (BNM).
Ringgit ditutup rendah susulan keputusan Pilihan Raya AS
Pada 6 petang, unit tempatan turun kepada 4.4000/4070 berbanding paras penutup 4.3415/3505 pada Selasa.
Ringgit kekalkan kedudukan kukuh, ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada pukul 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.3415/3505 berbanding dolar AS daripada 4.3715/3765 ketika ditutup semalam.