KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini dengan para pelabur masih menantikan keputusan kadar faedah oleh bank pusat utama minggu ini, kata seorang pakar ekonomi.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6890/6940 berbanding dolar AS daripada penutup semalam pada 4.6870/6915.
Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata peserta pasaran akan memantau mesyuarat dua hari Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan Amerika Syarikat bermula hari ini untuk mendapatkan hala tuju persekitaran makroekonomi.
"Bank of England juga akan mengadakan mesyuarat dasar monetarinya pada 21 Sept dan dijangka mengumumkan kenaikan 25 mata asas lagi, menjadikan kadar bank kepada 5.50 peratus.
"Bank of Japan pula akan bermesyuarat pada 22 Sept dengan tiada perubahan dijangka dalam pendirian dasar mereka," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniaga kebanyakannya rendah berbanding sekumpulan mata wang utama pada sesi awal.
Ringgit menyusut nilai berbanding yen Jepun kepada 3.1755/1791 daripada 3.1750/1783 pada penutup Isnin dan turun berbanding euro pada 5.0116/0169 daripada 5.0020/0068 semalam, tetapi meningkat berbanding pound Britain kepada 5.8059/8121 daripada 5.8128/8184 sebelumnya.
Pada masa sama, mata wang tempatan diniaga rendah berbanding mata wang Asean yang lain.
Nilai ringgit lemah berbanding dolar Singapura pada 3.4387/4429 daripada 3.4347/4383 pada penutup semalam dan menyusut berbanding peso Filipina kepada 8.27/8.29 daripada 8.24/8.25 sebelumnya.
Mata wang turut menguncup nilainya berbanding rupiah Indonesia kepada 305.0/305.5 daripada 304.8/305.3 pada dan susut berbanding baht Thailand kepada 13.1407/1595 daripada 13.1156/1337 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Sep 19 2023

Pada 9 pagi, mata wang tempatan menyusut nilai kepada 4.6890/6940 berbanding dolar AS. - Gambar hiasan

Sembilan individu didakwa ceroboh hutan simpan di Sik
Seramai sembilan individu didakwa atas pertuduhan menceroboh Hutan Simpan Rimba Teloi di Sik pada 14 September lalu.

Muktamar Pas tumpu usaha kekal sokongan anak muda - Mohd Amar
Muktamar Pas ke-69 bulan depan dijangka memberi tumpuan terhadap usaha untuk memastikan sokongan pengundi muda terhadap parti itu kekal hingga ke pilihan raya seterusnya.

Kebakaran: Sesi persekolahan SK Permatang To' Kandu berjalan seperti biasa
Sesi persekolahan di Sekolah Kebangsaan (SK) Permatang To' Kandu, Permatang Pauh diteruskan walaupun lima bilik darjah di sekolah berkenaan musnah dalam kebakaran pada Jumaat lalu.

Pusat Multidimensi Farm Fresh bantu murid miskin dalam akademik
Kementerian Pendidikan bekerjasama dengan Farm Fresh untuk mewujudkan Pusat Multidimensi bagi mencegah tekanan kemiskinan multidimensi dalam kalangan murid sekolah.

Radzi mahu penyebar fitnah tampil mohon maaf
Datuk Mohd Radzi Md Jidin mahu penyebar fitnah yang mendakwa beliau terlibat dengan rasuah dalam satu projek rundingan terus bernilai RM80 juta untuk tampil memohon maaf.

AS 'dalam peperangan secara langsung' dengan Rusia- Menteri Luar Sergey Lavrov
Amerika Syarikat "secara langsung dalam peperangan" dengan Moscow, kata Menteri Luar Rusia Sergey Lavrov selepas penutupan minggu peringkat tertinggi Pehimpunan Agung PBB ke-78.

Sukan Asia Hangzhou: Nur Suryani, Alia terlepas final 10m air rifle
Penembak veteran Nur Suryani Mohamed Taibi terlepas peluang untuk mara ke final acara 10m air rifle individu wanita.

Sukan Asia: Speedy Tigers laung amaran awal dengan belasah Thailand 9-0
Skuad hoki lelaki kebangsaan melaungkan amaran awal dalam pemburuan pingat emas Sukan Asia Hangzhou 2022, selepas membelasah Thailand 9-0 pada aksi sulung.
Larian amal RimbaKita, platform promosi kelestarian alam
Program anjuran Astro Malaysia Holdings Bhd dan World Wildlife Fund (WWF) Malaysia yang bersifat santai itu menyaksikan kehadiran peserta daripada pelbagai peringkat usia.

KPM sedia hadapi musim tengkujuh - Fadhlina
Kementerian Pendidikan (KPM) telah membuat persiapan untuk semua sekolah dalam menghadapi musim banjir menjelang hujung tahun ini.

Ringgit dibuka tinggi sedikit susulan permintaan sederhana
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pada pagi ini berikutan permintaan sederhana terhadap unit tempatan itu.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu naik kepada 4.6840/6880 berbanding dolar AS 4.6940/6980 ketika ditutup pada Selasa.

Ringgit teruskan aliran menurun berbanding dolar AS
Pada 6 petang, unit tempatan susut kepada 4.6940/6980 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.6870/6915 pada Isnin.

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS menjelang mesyuarat Fed
Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS dalam sentimen berhati-hati menjelang mesyuarat Fed akhir minggu ini.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan merosot kepada 4.6755/6805 berbanding dolar AS daripada 4.6725/6760 pada Isnin.

Ringgit ditutup hampir mendatar berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu berada pada paras 4.6745/6795 berbanding dolar AS daripada 4.6755/6795 pada penutup semalam.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan itu susut kepada 4.6535/6575 berbanding dolar AS 4.6445/6485 ketika ditutup pada Jumaat.

Sentimen berwaspada punca ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup lebih tinggi berbanding dolar US hari ini berikutan selera risiko dalam pasaran terjejas oleh sentimen berwaspada.

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang mata wang tempatan itu merosot kepada 4.6575/6610 berbanding dolar AS 4.6465/6495 ketika ditutup semalam.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, mata wang tempatan meningkat kepada 4.6465/6510 berbanding dolar AS daripada 4.6535/6550 pada Khamis.