awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
[TERKINI] Rombakan besar-besaran di Kementerian Pertahanan, semak semula tender, perolehan
Ketua PBB gesa Iran tahan diri semaksimum mungkin susulan protes
Mangsa banjir di Sarawak meningkat, Sabah kekal setakat pagi ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS ekoran tekanan DXY

Bernama
Bernama
12/01/2026
01:20 MYT
Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS ekoran tekanan DXY
Menurut Mohd Sedek, hala tuju ringgit akan ditentukan oleh laporan terkini pekerjaan bukan perladangan AS yang dapat mempengaruhi jangkaan terhadap tindakan Rizab Persekutuan AS. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka sedikit rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Isnin ekoran tekanan daripada Indeks Dolar AS (DXY) yang lebih kukuh apabila pasaran menilai semula dasar monetari AS susulan data pekerjaan yang lemah, kata ahli ekonomi.

Ringkasan AI
  • Ringgit dibuka sedikit rendah berbanding dolar AS pada Isnin, dipengaruhi oleh tekanan daripada Indeks Dolar AS yang lebih kukuh susulan data pekerjaan AS yang lemah.
  • Data guna tenaga bukan ladang AS yang kurang memuaskan telah menguatkan jangkaan bahawa Fed akan mengekalkan kadar faedah bulan ini, memberi tekanan jangka masa pendek kepada ringgit.
  • Pada awal dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang utama, namun turun berbanding pound British, rupiah Indonesia, dolar Singapura, dan baht Thailand.

Pada 8 pagi, mata wang tempatan susut kepada 4.0750/0850 berbanding dolar AS daripada 4.0700/0765 ketika ditutup Jumaat lepas.
Pengarah dan Penganalisis Strategi Pelaburan dan Ekonomi IPPFA Sdn Bhd, Mohd Sedek Jantan berkata data guna tenaga bukan ladang AS yang kurang memberangsangkan telah mengukuhkan jangkaan bahawa Rizab Persekutuan AS (Fed) akan mengekalkan kadar faedah bulan ini.
Guna tenaga bukan ladang AS mencecah 50,000 pekerjaan pada Disember 2025, turun daripada 56,000 pada November, dan angka itu tidak menepati jangkaan pasaran sebanyak 60,000 pekerjaan.
"Bagi ringgit, keadaan itu menimbulkan tekanan jangka masa pendek susulan kelebihan kadar faedah AS yang tinggi buat sementara waktu, walaupun asas domestik dan luaran Malaysia kekal utuh. Pergerakan ini mencerminkan dinamik kadar global dan bukannya sebarang tekanan tempatan," katanya kepada Bernama.
Pada awal dagangan, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding sekumpulan mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5768/5833 daripada 2.5805/5848 ketika ditutup Jumaat lepas, dan naik berbanding euro kepada 4.7376/7492 daripada 4.7383/7459.
Bagaimanapun, mata wang domestik turun berbanding pound British kepada 5.4581/4714 daripada 5.4579/4666.
Ringgit diniagakan rendah kebanyakannya berbanding mata wang negara ASEAN.
Unit domestik susut berbanding rupiah Indonesia kepada 242.2/242.9 daripada 241.9/242.4 ketika ditutup Jumaat lepas, dan turun berbanding dolar Singapura kepada 3.1650/1731 daripada 3.1629/1682.
Ringgit juga rendah berbanding baht Thailand kepada 12.9992/13.0382 daripada 12.9474/9738 namun hampir tidak berubah berbanding peso Filipina kepada 6.87/6.90 daripada 6.87/6.88
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#Mohd Sedek Jantan
#rizab persekutuan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan