awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
Mogok seluruh negara lumpuhkan pengangkutan awam di Jerman
Pelantikan Malek Razak sebagai PAT langkah strategik pacu pembaharuan - ATM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka rendah, sentimen tukaran asing dijangka tumpu konflik Rusia-Ukraine

Bernama
Bernama
22/02/2022
03:22 MYT
Ringgit dibuka rendah, sentimen tukaran asing dijangka tumpu konflik Rusia-Ukraine
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.1830/1850 berbanding dolar AS.
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada Selasa, berikutan sentimen pasaran pertukaran asing dijangka menumpukan sekitar konflik Rusia-Ukraine memandangkan petandanya semakin bercampur-campur, kata pakar ekonomi.
Pada 9 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.1830/1850 berbanding dolar AS daripada 4.1780/1815 ketika ditutup pada Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata bagaimanapun, harga minyak mentah yang lebih tinggi boleh memberikan sedikit sokongan kepada unit tempatan susulan minyak mentah Brent terus meningkat kepada US$97 setong.
Beliau berkata ini menunjukkan ringgit akan meraih manfaat kerana keadaan itu boleh meningkatkan ruang fiskal kerajaan.
"Di tengah-tengah keadaan pasaran yang tidak menentu, dolar-ringgit boleh bergerak dalam julat kecil hari ini, iaitu 4.17 hingga 4.18 berbanding dolar," katanya kepada Bernama.
Sementara itu, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan meningkat berbanding euro kepada 4.7326/7349 daripada 4.7466/7506 ketika ditutup pada Isnin dan naik berbanding pound British kepada 5.6864/6891 daripada 5.6959/7006.
Ringgit susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1063/1083 daripada 3.1047/1075 semalam dan rendah berbanding yen kepada 3.6463/6483 daripada 3.6384/6418.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dolar AS
#dagangan
#mata wang asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan