KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pada Selasa, didorong oleh data ekonomi yang lebih baik daripada jangkaan seperti yang dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), kata peniaga.
Pada 9.03 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1955/2005 berbanding dolar AS daripada 4.1990/2020 ketika ditutup pada Isnin.
DOSM semalam mengumumkan Indeks Pengeluaran Perindustrian (IPP) Malaysia meningkat 9.4 peratus tahun ke tahun pada November 2021 dipacu peningkatan dalam indeks pembuatan, elektrik dan perlombongan.
Peniaga ActivTrades, Dyogenes Rodrigues Diniz berkata data ekonomi yang baru dikeluarkan mungkin menjadi pemacu utama kenaikan ringgit berbanding dolar AS.
"Dari sudut teknikal, kemungkinan ringgit berbanding dolar AS akan menguji paras 4.2450 dalam beberapa hari akan datang, dengan dijangka menghadapi rintangan sementara," katanya kepada Bernama.
Semasa dibuka, ringgit diniagakan tinggi kebanyakannya berbanding dengan mata wang utama lain.
Unit tempatan susut berbanding yen kepada 3.6391/6434 daripada 3.6302/6331 ketika ditutup semalam dan naik berbanding dolar Singapura kepada 3.0959/0998 daripada 3.0987/1013.
Ringgit stabil berbanding pound Britain kepada 5.7004/7072 daripada 5.7018/7059, dan meningkat berbanding euro kepada 4.7552/7608 daripada 4.7554/7588.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 11 2022

Pada 9.03 pagi, mata wang tempatan diniagakan pada 4.1955/2005 berbanding dolar AS.

Ambil kira impak kepada murid-murid - Radzi Jidin
"Kadang-kadang orang marah Menteri orang Kelantan, nak masuk Kelantan tak boleh. Kita kena adil kepada murid,'' kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin. Katanya, waran negeri ada maksimum.

Pertukaran guru boleh mohon bila-bila masa saja tetapi ... - Radzi Jidin
Permohonan boleh dibuat bila-bila masa tetapi prosesnya adalah empat kali setahun, kata Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Radzi Jidin mengenai pertukaran guru.

Kes dera: Adik mangsa disyaki turut terima nasib sama
Mangsa diselamatkan dari sebuah rumah di Desa Pengkalan Bandaraya, Ipoh, malam tadi.

COVID-19: Kes harian menurun kepada 2,239 pada Ahad
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4.47 juta kes.

Keluar wang dari mesin ATM tanpa perlu guna kad, tawaran baharu buat pelanggan Maybank
Bagi mengaktifkan pilihan tersebut, pengguna perlu menekan ATM cash-out di aplikasi MAE.

Sambutan Hari Guru peringkat nasional diadakan di Kelantan buat kali pertama
Sambutan Hari Guru yang diadakan di Bachok ini dihadiri oleh sebahagian warga pendidik dari seluruh negara.

COVID-19: Singapura lapor tiga kes tempatan varian Omicron BA.4, BA.5
Ini adalah kes komuniti pertama yang disahkan membabitkan varian BA.4 dan BA.5

Aktres Tamil ditemui mati pada hari lahir
Sahana ditemui mati tergantung di tingkap tandas di kediamannya pada malam hari kelahirannya ke 22.

Kes dera: Pasangan suami isteri direman tujuh hari
Perintah reman bermula Isnin itu dikeluarkan Majistret Anis Hanini Abdullah selepas mendapat permohonan daripada pihak polis.

Penghantar makanan maut dilanggar bas
Mangsa meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah di bahagian kepala.

Ringgit dijangka menurun berikutan kekurangan pemangkin minggu hadapan
Penganalisis itu berkata terdapat pelbagai faktor yang dilihat memberi kesan negatif kepada momentum pemulihan ekonomi.

Ringgit tak stabil kerana nilai tidak ditetap, dijamin kerajaan - Tun Mahathir
Ahli Parlimen Langkawi itu berkata, ketika ini ringgit tidak stabil kerana nilainya tidak ditetapkan dan dijamin pihak kerajaan.

Kenaikan bahan mentah punca harga kenderaan dijangka meningkat
Masalah kekurangan bekalan cip komputer turut memberi kesan kepada harga kenderaan di negara ini.

Mata wang ringgit jatuh? Tidak hanya eksklusif kepada Malaysia - Pakar
Antara mata wang lain yang turut terkesan seperti yen, yuan, euro, pound sterling dan Swiss franc.

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar dalam sesi awal dagangan
Pada jam 9.03 pagi, mata wang tempatan berada pada paras 4.3635/3695 berbanding dolar AS daripada penutup Khamis pada 4.3465/3515.

Ringgit melonjak berbanding dolar AS selepas jangkaan kenaikan mata asas tidak menjadi
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mengumumkan bahawa ia tidak akan mempertimbangkan kenaikan 75 mata asas pada masa hadapan.

Nilai ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS
Nilai ringgit meningkat lebih tinggi berbanding dolar AS apabila dibuka untuk urus niaga pagi ini.

BNM giat urus risiko ringgit daripada perkembangan luaran - Gabenor
Ringgit yang rendah berbanding dolar AS dan dolar Singapura pada tahun ini sebahagian besarnya didorong oleh faktor luaran.

Ringgit susut sedikit berbanding dolar AS pagi ini
Nilai ringgit menyusut sedikit berbanding dolar AS ketika memulakan urus niaga pagi ini.

Nilai ringgit rendah sedikit berbanding dolar AS
Ringgit yang mencatatkan kenaikan semalam memulakan urus niaga pagi ini rendah sedikit berbanding dolar AS.