awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Menghampiri usia tujuh dekad, Lim masih teruja hias kampung sempena Tahun Baharu Cina
Singapura naikkan kadar VEP dan GVP bagi kenderaan berdaftar asing mulai 1 Jan 2027
PDRM tumpaskan tiga sindiket, rampas pelbagai jenis dadah bernilai lebih RM200 juta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan penurunan kadar Fed

Bernama
Bernama
08/11/2024
03:45 MYT
Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS berikutan penurunan kadar Fed
Pada 8 pagi Jumaat, ringgit naik kepada 4.3860/4100 berbanding dolar AS daripada 4.4020/4065 semalam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka pada paras 4.38 berbanding dolar AS pada Jumaat selepas Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) menurunkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas (bps) pada mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) semalam.
Pada 8 pagi, ringgit naik kepada 4.3860/4100 berbanding dolar AS daripada 4.4020/4065 semalam.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata Kadar Dana Fed kini berada dalam julat antara 4.50 peratus dan 4.75 peratus.
Sementara itu, hasil Perbendaharaan AS untuk tempoh 10 tahun merosot sebanyak 11 bps kepada 4.31 peratus dan Indeks Dolar AS (DXY) susut 0.55 peratus kepada 104.508 mata.
Beliau menjelaskan keputusan oleh Fed itu walaupun terdapat ketidaktentuan mengenai dasar bakal Presiden AS Donald Trump pada tahun depan, yang dilihat berpotensi menyebabkan inflasi.
"Fed menganggap pendirian dasar monetari semasanya sebagai ketat, memberi ruang kepada kemungkinan penurunan kadar faedah pada masa depan.
"Oleh itu, kita mungkin melihat ringgit mencatatkan aliran meningkat hari ini," katanya kepada Bernama.
Ringgit rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia merosot berbanding pound kepada 5.6943/7255 daripada 5.6821/6879 pada Khamis, susut berbanding yen Jepun kepada 2.8637/8795 daripada 2.8597/8629 dan rendah berbanding euro kepada 4.7347/7606 daripada 4.7317/7365 sebelum ini.
Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang ASEAN.
Ia meningkat berbanding peso Filipina kepada 7.47/7.51 daripada 7.49/7.51 semalam dan naik berbanding rupiah Indonesia kepada 278.6/280.3 daripada 279.6/280.0 sebelum ini.
Bagaimanapun, ringgit rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.3207/3394 daripada 3.3178/3216 semalam dan merosot berbanding baht Thailand kepada 12.8947/12.9767 daripada 12.8290/8492 sebelum ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ringgit
#dibuka tinggi
#rizab persekutuan
#menurunkan kadar faedah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan