KUALA LUMPUR:Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi Khamis selepas harga minyak mentah yang positif berjaya mengimbangi kebimbangan mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Pada pukul 9 pagi, mata wang tempatan mengukuh kepada 4.0350/0400 berbanding dolar AS daripada 4.0370/0420 ketika ditutup pada Rabu petang.
Ketua Strategi Pasaran Global Axi, Stephen Innes berkata ringgit terhenti daripada mencatatkan kenaikan semalam disebabkan terutamanya oleh lanjutan penguatkuasaan PKP di Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang.
"Pasaran tempatan cenderung memberikan tindak balas negatif kepada pengumuman sekatan pergerakan yang awal tetapi kemudiannya telah mula menerima keadaan itu," katanya kepada Bernama.
Innes menambah harga minyak mentah yang positif turut membantu mengimbangi perolehan tinggi Amerika Syarikat yang mana inilah yang mendorong dolar AS diniagakan tinggi berbanding mata wang utama yang lain semalam.
Sementara itu, pada Selasa kerajaan mengumumkan lanjutan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di Selangor, Kuala Lumpur, Johor dan Pulau Pinang selama dua minggu lagi - mulai 19 Feb sehingga 4 Mac.
Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri berkata negeri-negeri lain yang berada di bawah PKP sebelum ini kini akan berada di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang juga berkuat kuasa mulai 19 Februari hingga 4 Mac; sementara Perlis kini satu-satunya negeri dengan status Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP).
Dalam pada itu, mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.
Ringgit mengukuh berbanding Euro kepada 4.8610/8686 daripada 4.8710/8783 pada petang Rabu dan lebih tinggi berbanding pound Britain kepada 5.5969/6043 daripada 5.6046/6131 sebelumnya.
Unit tempatan itu menyusut berbanding dolar Singapura kepada 3.0402/0449 daripada 3.0388/0432 semalam dan lebih rendah berbanding yen kepada 3.8152/8211 daripada 3.8092/8154 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu Feb 18 2021

Mata wang tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama yang lain.

Kerajaan pertimbang skim kecederaan, tingkat keyakinan terhadap vaksin - Khairy
Skim berkenaan akan memberi perlindungan kepada mereka yang mendapat kesan sampingan yang teruk selepas menerima suntikan vaksin.

Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah antara yang paling menjadi tumpuan sepanjang Ahad, 28 Februari 2021.

Politik | ADUN Amanah keluar parti sertai PKR tidak serius
Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (Amanah), Khalid Samad menyifatkan tindakan tiga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) parti itu bertindak keluar parti dan menyertai PKR adalah tidak serius.

AWANI Ringkas: Tiada calon SPM positif COVID-19 di Kedah | MB Kedah disuntik vaksin COVID-19

Tiada rancangan nafikan hak mereka yang enggan ambil vaksin - Khairy
Tiada perancangan untuk menafikan hak mereka yang enggan mengambil suntikan vaksin COVID-19.

Muhyiddin sertai solat hajat sempena setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional
Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini menyertai solat hajat sempena setahun pentadbiran kerajaan Perikatan Nasional di Masjid Putra di sini.
![AWANI 7:45 [28/02/2021]: Terima wakil rakyat amanah | Sokong Perikatan Nasional AWANI 7:45 [28/02/2021]: Terima wakil rakyat amanah | Sokong Perikatan Nasional](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892927/27199806741614523385256_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [28/02/2021]: Terima wakil rakyat amanah | Sokong Perikatan Nasional
Saksikan #AWANI745 untuk mendapatkan berita terkini dalam dan luar negara bersama penyampai Dzulfitri Yusof dan Nailah Huda Fokus #AWANI745: - Anwar Ibrahim terima serangan, tiga Adun AMANAH sertai PKR. - Lebih sejuta penduduk Malaysia hidap Penyakit Jarang Jumpa. #HapusCOVID19 #MyVaksinCOVID19

Garis Masa: Februari 2021 pun berakhir... antara sorotan berita penting bulan ini
Walaupun hanya 28 hari, tetapi banyak perkara besar yang berlaku di negara ini dalam tempoh tersebut.

Suntikan vaksin: Dakwaan 200 ahli SUK Kelantan cuba 'potong barisan' tidak benar
Dakwaan yang mengatakan bahawa terdapat 200 Ahli Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kelantan cuba 'memotong barisan' untuk menjadi penerima terawal suntikan vaksin COVID-19 adalah fitnah.

Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$108.6 bilion pada akhir Jan 2021 - BNM
Rizab antarabangsa Malaysia berjumlah AS$108.63 bilion pada akhir Januari 2021, mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Ringgit kembali kukuh berbanding dolar AS pagi ini
Penanda aras minyak mentah Brent naik 0.2 peratus kepada US$65.37 setong berikutan kebimbangan mengenai gangguan bekalan yang berterusan.

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar AS
Ringgit mencatat prestasi hampir tidak berubah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Selasa.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Urus niaga ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini selepas mata wang dolar menyusut berikutan permintaan untuk aset berisiko semakin baik.

Ringgit tidak banyak berubah berbanding dolar AS pagi ini
Mata wang tempatan disebut harga pada 4.0380/0430 berbanding dolar AS daripada 4.040/0440 ketika ditutup petang Khamis.

Ringgit dibuka tinggi sedikit berbanding dolar AS pagi ini
Mata wang tempatan mengukuh kepada 4.0350/0400 berbanding dolar AS daripada 4.0370/0420 ketika ditutup pada Rabu petang.

Ringgit teruskan kenaikan bagi sesi keenam berturut-turut pada awal dagangan
Ringgit meneruskan kenaikan bagi hari keenam berturut-turut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) pada awal dagangan Selasa.

Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar AS pagi ini
Pada pukul 9.07 pagi, mata wang tempatan meningkat kepada 4.0400/0450 berbanding dolar AS daripada 4.0405/0445 ketika ditutup pada urus niaga Khamis.

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini sejajar dengan prestasi mata wang negara Asia sedang pesat membangun susulan peningkatan harga minyak mentah dan penurunan mata wang AS.

Ringgit dibuka tinggi, kukuh 90 mata asas berbanding dolar AS
Unit tempatan meningkat 90 mata asas kepada 4.0590/0650 berbanding dolar AS daripada 4.0680/0730 ketika ditutup pada Jumaat petang.