KUALA LUMPUR: Ringgit dijangka terus diniagakan secara berhati-hati minggu depan kerana pelabur kekal bimbang dengan prospek ekonomi global.
Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes memberitahu Bernama mata wang tempatan dijangka didagangkan dalam julat yang ketat di antara 4.65 dan 4.67 berbanding dolar AS, dipacu oleh pengeluaran data ekonomi global.
"Kebanyakan paras harga minggu depan akan bergantung kepada data ekonomi global, termasuk data inflasi dari China, yang boleh menyebabkan ringgit diniagakan secara berhati-hati," katanya.
Sementara itu, Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) pada Khamis mengumumkan keputusan untuk mengekalkan kadar dasar semalaman (OPR) pada 3.00 peratus.
Bank pusat itu berkata ekonomi Malaysia terus berkembang apabila data pendapatan dan pekerjaan kekal menggalakkan dan akan terus menyokong perbelanjaan isi rumah.
Sehubungan itu, Ketua Ekonomi dan Kewangan Sosial Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata ringgit dijangka terus berlegar sekitar 4.66 berbanding dolar AS minggu depan.
Pada asas Jumaat ke Jumaat, ringgit diniagakan rendah sedikit berbanding dolar AS kepada 4.6655/6675 daripada 4.6635/6705 pada minggu sebelumnya.
Unit tempatan itu didagangkan lebih rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ia jatuh berbanding yen Jepun kepada 3.2601/2617 daripada 3.2220/2273 pada Jumaat sebelumnya, susut berbanding pound Britain kepada 5.9466/9492 daripada 5.8923/9012 dan turun berbanding euro kepada 5.0765/0787 berbanding 5.0571/0647 sebelum ini.
Ringgit juga diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang rakan Asean.
Ia mengukuh berbanding rupiah Indonesia kepada 308.0/308.3 daripada 309.5/310.1 sebelumnya dan meningkat berbanding peso Filipina kepada 8.39/8.39 berbanding 8.44/8.46 pada Jumaat lepas.
Bagaimanapun, unit tempatan itu diniagakan rendah berbanding dolar Singapura kepada 3.4511/4528 daripada 3.4376/4431 seminggu sebelumnya dan susut berbanding baht Thailand kepada 13.2471/2588 daripada 13.1529/1786.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jul 08 2023
Mata wang tempatan dijangka didagang dalam julat ketat di antara 4.65 dan 4.67 berbanding dolar AS. -Gambar hiasan/Bernama
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Kementerian Perpaduan kaji keperluan Pelan Tindakan Pendidikan, Penghargaan Rukun Negara
Pelan tindakan ini menggariskan modus operandi melibatkan Kementerian Perpaduan Negara, Kementerian Pendidikan, Kementerian Pengajian Tinggi, dan Kementerian Komunikasi.
PRK Kuala Kubu Baharu: Calon PH tayang sijil UPSR 7A, SPM 10A
Calon PH, Pang Sock Tao menyahut cabaran Ketua Penerangan Pas, Ahmad Fadhli Shaari supaya menunjukkan kelulusan pendidikan rendah dan menengahnya.
AWANI Ringkas: Wujudkan akta lindungi pekerja OKU/autistik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Isu stoking: Pengarah KK Mart, isteri akan kemuka representasi kepada AGC
Pengarah KK Mart yang berdepan dua pertuduhan melukakan perasaan orang Islam dalam isu berkaitan penjualan stoking tertera kalimah Allah akan mengemukakan representasi kepada Jabatan Peguam Negara.
Inisiatif IHH Healthcare lancar pemasangan panel solar wajar jadi contoh - Fadillah Yusof
IHH Healthcare Malaysia mencatatkan pencapaian baharu dengan melancarkan inisiatif pemasangan panel solar di seluruh rangkaian hospitalnya sekali gus menjadikannya pelopor.
Che'gu Bard akan didakwa di Johor Bahru esok
Che'gu Bard berkata, ia dipercayai berhubung kenyataannya mengenai isu kasino di Forest City, Johor.
Ahmad Zahid ucap tahniah kepada Farah Ain
Ahmad Zahid mengucapkan tahniah kepada atlet boling padang Nor Farah Ain Abdullah yang muncul juara pada Kejohanan Boling Padang Dalam Dewan Dunia 2024.
Raih RM31 juta sejak ditayangkan! Sheriff kini filem no. 1 di Malaysia
Berita gembira ini turut disokong oleh abang Syafiq, Syamsul Yusof yang turut bangga dengan kejayaan naskhah yang dihasilkan adiknya.
Letupan bom Sungai Golok: PDRM tingkat kawalan keselamatan sempadan Malaysia-Thailand
PDRM mempertingkatkan kawalan keselamatan di sempadan Malaysia-Thailand susulan insiden letupan bom dan bunyi tembakan di Sungai Golok.
Prospek ringgit dijangka positif tahun ini - Penganalisis
Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (Fed AS) berkemungkinan akan melonggarkan kitaran monetarinya tidak lama lagi.
Ringgit meningkat berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit menokok kepada 4.7750/7785 berbanding dolar AS daripada 4.7810/7855 semasa ditutup pada Jumaat lepas.
Ringgit terus meningkat berbanding dolar AS semasa ditutup
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.7810/7855 berbanding dolar AS daripada 4.7840/7870 semasa ditutup pada Khamis.
Ringgit kekal berdaya tahan meskipun dolar AS mengukuh
Semua mata wang sedang bergelut dengan penurunan berbanding mata wang dolar AS di peringkat global.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7945/7970 berbanding dolar AS 4.7785/7815 ketika ditutup pada Isnin.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit turun kepada 4.7505/7545 berbanding dolar AS daripada 4.7460/7490 ketika ditutup pada Jumaat lepas.
Usaha terselaras kukuhkan ringgit, tiada rancangan bagi kawalan modal - BNM
Sejak 26 Februari, ringgit merupakan satu-satunya mata wang serantau yang mengukuh berbanding dolar AS, iaitu meningkat sebanyak 0.6 peratus.
Ringgit ditutup tinggi berikutan permintaan yang bertambah baik
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7215/7280 berbanding dolar AS daripada 4.7320/7370 pada semalam.
Ringgit susut selepas peningkatan dua hari menjelang data inflasi AS
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7320/7370 berbanding dolar AS daripada 4.7109/7220 semasa ditutup pada Selasa.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7109/7220 berbanding dolar AS 4.7205/7270 ketika ditutup pada Isnin.