KUALA LUMPUR: Ringgit ditutup kukuh berbanding dolar AS hari ini berikutan harapan Rizab Persekutuan (Fed) Amerika Syarikat (AS) akan terus mengambil langkah menghentikan seketika kenaikan kadar faedahnya.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7600/7645 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7800 pada Jumaat minggu lepas.
Seorang penganalisis berkata para pelabur bersiap sedia menunggu keputusan Fed dan beberapa mesyuarat bank pusat pada minggu ini termasuk mesyuarat Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM).
Beliau berkata data perbelanjaan penggunaan peribadi (PCE) utama terbaharu AS memberikan sedikit keyakinan bahawa kadar dana Fed akan dikekalkan pada 5.50 peratus.
Data PCE September susut kepada 3.7 peratus seperti yang dijangkakan daripada 3.8 peratus pada Ogos, membayangkan penurunan dalam tekanan inflasi.
Di dalam negara, para pelabur dijangka memantau rapat mesyuarat MPC terakhir pada tahun ini untuk mengukur prestasi ekonomi dan kadar dasar semalaman yang juga dijangka kekal pada paras semasa pada 3.00 peratus.
AmBank Research berkata ringgit bakal menerima sokongan kemudian nanti apabila Fed dijangka menurunkan kadar faedahnya pada pertengahan 2024.
"Kami mengekalkan unjuran Fed akan menurunkan kadar faedahnya pada pertengahan 2024, dan dengan prospek Fed akan mengurangkan kadar faedah lebih rendah dalam jangka sederhana, ringgit dijangka bakal mendapat sokongan," katanya dalam satu nota penyelidikan hari ini.
Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain.
Ringgit meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.1810/1842 daripada paras penutup 3.1827/1862 pada Jumaat minggu lepas, naik berbanding euro kepada 5.0375/0423 daripada 5.0438/0491 dan menokok berbanding pound Britain kepada 5.7734/7789 daripada 5.7945/8005 sebelumnya.
Unit tempatan diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang negara-negara Asean lain.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.4841/4877 daripada 3.4867/4906 pada Jumaat minggu lepas dan naik berbanding peso Filipina kepada 8.37/8.38 daripada 8.38/8.39.
Ringgit hampir tidak berubah berbanding rupiah Indonesia kepada 299.5/299.9 daripada 299.5/300.0 dan turun berbanding baht Thai kepada 13.2351/2531 daripada 13.1808/2008.
-- BERNAMA
Bernama
Mon Oct 30 2023
Ringgit juga diniagakan tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain. - Gambar fail/Bernama
AWANI Ringkas: Bursa dijangka catat dagangan dalam julat kecil
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
#AWANIRingkas 27 Oktober 2024 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 27 Oktober 2024
1️⃣ Bursa dijangka catat dagangan dalam julat kecil
2️⃣ MARA sudah ambil tindakan undang-undang
3️⃣ Golongan rentan terperangkap akibat perang
1️⃣ Bursa dijangka catat dagangan dalam julat kecil
2️⃣ MARA sudah ambil tindakan undang-undang
3️⃣ Golongan rentan terperangkap akibat perang
Que Haidar dan Linda Jasmine sah bercerai
Mereka disahkan bercerai dengan talak satu pada 2 Julai lalu.
Bursa Malaysia dijangka berdepan dagangan sempit minggu depan
Ketidaktentuan geopolitik dan pilihan raya Jepun serta AS mungkin memberi kesan kepada Bursa Malaysia, dengan pelabur terus berhati-hati.
Kemudahan nuklear Iran tidak terjejas oleh serangan Israel - Ketua IAEA
Kemudahan nuklear Iran kekal tidak terjejas. Pemeriksa IAEA berada dalam keadaan selamat.
Budak 5 tahun ditemukan rentung
Kebakaran yang bermula dari salah sebuah rumah telah merebak dan menyebabkan seorang kanak-kanak maut akibat terperangkap.
Erdogan seru Iran bangkit selepas serangan Israel, amaran terhadap konflik serantau
Presiden Turki Erdogan menuduh Israel cuba mencetuskan konflik serantau melalui serangan ke atas Iran, sambil mengingatkan dunia agar tidak terpedaya dengan permainan ini.
Kerajaan pastikan belia peroleh akses pekerjaan - Tengku Zafrul
Bagaimanapun, Tengku Zafrul berkata, graduan perlu memiliki set kemahiran yang dinamik, dan menyesuaikan diri dengan trend pekerjaan baharu.
Anugerah E50 bantu ketengah kejayaan usahawan PKS
Pengiktirafan ini membolehkan mereka membina perkongsian yang kukuh, bukan sahaja dengan syarikat domestik tetapi juga dengan pelabur asing.
ASA 2024: Astro AWANI ungguli empat kategori
Astro AWANI dinobatkan pemenang kategori Liputan Berita TV Terbaik menerusi Pantau Agenda Reformasi, Grafik TV Terbaik dan PSA dan Kapsul TV Terbaik bagi kempen Enam Negeri Memilih dan Kesan Khas TV Terbaik bagi kempen Malaysia Memilih: Mari Keluar Mengundi.
Ringgit ditutup lebih teguh berbanding dolar AS, beberapa mata wang utama
Pada pukul 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.4200/4280 berbanding dolar AS daripada 4.4710/4750 ketika ditutup pada Khamis.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan penurunan dalam Indeks Dolar US (DXY), kata seorang penganalisis.
Ringgit melantun semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7535/7555 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7700/7750 pada Selasa.
Ringgit ditutup rendah susulan indeks dolar AS kukuh
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7765/7780 berbanding dolar AS daripada 4.7785/7820 ketika ditutup semalam.
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7785/7820 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7750/7785 pada Isnin.
Ringgit alami pemulihan teknikal, kembali mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mencecah paras 4.7910/7950 berbanding dolar AS daripada 4.7945/7970 yang dicatatkan semalam.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, meningkat berbanding mata wang utama lain
Pada 6 petang, ringgit menyusut kepada 4.7750/7795 daripada paras penutup 4.7710/7800 pada Khamis.
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.7570/7645 berbanding dolar AS daripada paras penutup 4.7655/7700 pada Selasa.
Ringgit teruskan aliran menurun berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS hari ini meneruskan aliran menurun pada minggu lepas susulan kekurangan pemangkin baharu.
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US pada Jumaat, diheret data indeks harga pengguna (IHP) yang menyederhana pada Oktober 2023, kata seorang penganalisis.