awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pas sebagai 'poster boy' berisiko hakis sokongan bukan Melayu kepada PN - Marzuki
Kajian Pilihan Raya Datuk Bandar KL: Jangan pandang rendah keupayaan UIAM - Fahmi
Kematian anjing bernama Ollie: Bicara kes saman kecuaian veterinar bermula 9 Feb
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Ringgit ditutup mengukuh selepas dolar AS diasak penurunan indeks DXY

Bernama
Bernama
26/05/2025
14:15 MYT
Ringgit ditutup mengukuh selepas dolar AS diasak penurunan indeks DXY
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2155/2220 berbanding dolar AS daripada paras 4.2285/2345 pada Jumaat lepas. - Gambar fail/Bernama
KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran peningkatannya sehingga akhir urus niaga Isnin berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) yang diasak penurunan Indeks Dolar (DXY) susulan perubahan mendadak dasar dagangan dan peningkatan kebimbangan berkaitan dasar fiskal negara maju itu.
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.2155/2220 berbanding dolar AS daripada paras 4.2285/2345 pada Jumaat lepas.
Selain itu, keputusan Presiden Donald Trump untuk menangguhkan rancangan mengenakan tarif 50 peratus ke atas barangan Kesatuan Eropah (EU) kepada 9 Julai ini, memberi lebih banyak masa kepada kedua-dua pihak untuk mencapai persetujuan bersama.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kebimbangan mengenai ekonomi AS terus ketara ketika hasil Bon Perbendaharaan AS yang lebih tinggi berkemungkinan besar memberi kesan ke atas ekonomi negara maju itu.
"Perkara lain yang menjadi tumpuan adalah sama ada rang undang-undang 'One Big Beautiful' yang dilihat sebagai hasil daripada defisit fiskal lebih meluas, akan diluluskan oleh Dewan Senat AS.
"Buat masa ini, persepsi terhadap kedudukan fiskal AS adalah agak negatif sepertimana dipaparkan menerusi kenaikan hasil Perbendaharaan dan prospek terhadap dolar AS," katanya kepada Bernama.
Dalam pada itu, ringgit diniagakan kebanyakannya rendah berbanding kumpulan mata wang utama lain kecuali mengukuh berbanding euro kepada 4.7972/8046 daripada 4.7985/8053.
Ringgit susut berbanding pound Britain kepada 5.7175/7263 daripada 5.7072/7153 dan turun sedikit berbanding yen Jepun kepada 2.9506/9553 daripada 2.9502/9546.
Unit tempatan itu bagaimanapun mencatat prestasi lebih meningkat berbanding mata wang ASEAN lain.
Ringgit meningkat berbanding dolar Singapura kepada 3.2826/2879 daripada 3.2891/2940 sebelum ini, mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.9231/9466 daripada 12.9744/13.0012 dan naik berbanding peso Filipina kepada 7.60/7.62 daripada 7.65/7.66.
Berbanding rupiah Indonesia, ringgit meningkat kepada 259.4/259.9 daripada 260.7/261.1.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#ASEAN
#Kesatuan Eropah
#Donald Trump
#mata wang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan