Skip to main content

Bisnes

Ringgit ditutup rendah berbanding dolar AS, tinggi berbanding mata wang utama lain

81739793470_tbRINGGITMALAYSIA.jpg
Pada 6 petang, mata wang tempatan menurun berbanding dolar AS kepada 4.0945/0985 daripada 4.0935/0975 semasa ditutup pada Isnin. - Gambar hiassan
Advertisement

KUALA LUMPUR: KUALA LUMPUR, 4 Ogos (Bernama) -- Ringgit ditutup rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) tetapi mengukuh berbanding mata wang utama lain pada Selasa, apabila dolar AS terus disokong oleh data pembuatan negara itu yang lebih kukuh daripada jangkaan.

Pada 6 petang, mata wang tempatan menurun berbanding dolar AS kepada 4.0945/0985 daripada 4.0935/0975 semasa ditutup pada Isnin.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata dolar AS dijangka kekal disokong dengan baik berikutan data ekonomi yang positif dari AS mengukuhkan keyakinan terhadap kekuatan ekonomi negara itu.

“Indeks Dolar AS (DXY) sekali lagi melepasi paras 100 mata selepas Indeks Pembuatan Institut Pengurusan Bekalan AS pada Julai mencatatkan prestasi yang lebih baik daripada jangkaan,” katanya kepada Bernama.

Bagaimanapun, katanya ringgit kebanyakannya mendatar berbanding dolar AS dan bergerak dalam jajaran kecil sepanjang hari ini.

Pada penutup dagangan, ringgit diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.

Ia meningkat berbanding yen Jepun kepada 2.5929/5956 daripada 2.6062/6089 semasa ditutup pada Isnin, mengukuh berbanding euro kepada 4.7120/7166 daripada 4.7165/7211 dan tinggi berbanding pound kepada 5.5034/5088 daripada 5.5053/5107 sebelum ini.

Ringgit turut diniagakan tinggi berbanding mata wang serantau.

Mata wang tempatan mengukuh berbanding baht Thailand kepada 12.2487/2654 daripada 12.2663/2827 semasa ditutup semalam, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 227.1/227.4 daripada 227.4/227.7, naik berbanding peso Filipina kepada 6.69/6.70 daripada 6.72/6.73 dan tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.1899/1932 daripada 3.1911/1944 sebelum ini.

-- BERNAMA

 

 

Must Watch Video

Advertisement