KUALA LUMPUR: Ringgit meneruskan aliran menurunnya berbanding dolar US pada Khamis walaupun Indeks Dolar Amerika Syarikat (AS) merosot kerana pelabur kekal yakin mengenai penurunan kadar faedah AS akan berlaku tidak lama lagi, kata seorang penganalisis.
Pada 6 petang, ringgit susut kepada 4.7020/7055 berbanding dolar US daripada 4.6950/6985 ketika ditutup pada Selasa.
Pasaran ditutup pada Rabu (22 Mei) untuk cuti umum Hari Wesak.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata seperti yang dijangkakan, ringgit lebih lemah berbanding dolar US selepas pengumuman Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) malam tadi.
"Nampaknya, pilihan untuk kenaikan kadar faedah masih dipertimbangkan terutamanya jika risiko kenaikan inflasi menjadi kenyataan.
"Jelas sekali, Rizab Persekutuan (Fed) AS belum lagi menamatkan usahanya untuk menurunkan inflasi ke arah sasaran dua peratus dan kelihatan bersedia untuk tidak memperoleh pertumbuhan demi mencapai objektif inflasinya," katanya kepada Bernama.
Beliau berkata mata wang pasaran sedang pesat membangun dijangka kekal tidak menentu.
"Di United Kingdom, kadar inflasi telah turun dengan ketara kepada 2.3 peratus pada April tetapi masih melebihi sasaran dua peratus.
"Inflasi teras juga kekal kerana ia kekal pada tahap tinggi pada 3.9 peratus. Oleh itu, masih belum dapat dilihat sama ada Bank of England akan memilih melaksanakan pelonggaran dasar monetari dalam tempoh terdekat," katanya.
Pada penutup dagangan hari ini, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding beberapa mata wang utama.
Unit tempatan meningkat berbanding yen Jepun kepada 3.0012/0036 daripada 3.0071/0095 ketika ditutup pada Selasa dan menokok berbanding euro kepada 5.0993/1031 daripada 5.1044/1082 sebelumnya, bagaimanapun merosot berbanding pound Britain kepada 5.9824/9868 daripada 5.9730/9774 sebelumnya.
Ringgit didagangkan bercampur-campur berbanding mata wang negara ASEAN.
Ia turun berbanding peso Filipina kepada 8.09/8.10 daripada 8.06/8.07, merosot berbanding rupiah Indonesia kepada 294.0/294.2 daripada 293.4/293.8 sebelumnya.
Bagaimanapun, ringgit naik berbanding dolar Singapura kepada 3.4843/4874 daripada 3.4863/489 ketika ditutup pada Selasa dan meningkat berbanding baht Thailand kepada 12.8688/8833 daripada 12.9264/9407 sebelumnya.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 23 2024
![Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-05/51683685084_EkonomiRinggit.jpg)
Pada penutup dagangan hari ini, ringgit diniagakan kebanyakannya tinggi berbanding beberapa mata wang utama. - Gambar fail/Bernama
![Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/51722040266_tbMustafaMuhammadA.jpg)
Pemimpin Hamas meninggal dunia dalam tahanan Israel
Mustafa Muhammad Abu Ara meninggal dunia selepas dipindahkan dari penjara di selatan Israel ke hospital.
![Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722039605_lelakibutalalat.jpg)
Lelaki buta mata selepas tampar lalat hinggap di muka
Wu dari Shenzen dilaporkan buta mata kiri selepas terkena jangkitan kuman dipercayai dibawa lalat itu.
![[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi? [KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-12/81701508558_Jaripengundi.jpg)
[KOLUMNIS] PRK Nenggiri: Petunjuk persepsi atau prestasi?
Kali ini pada bulan Ogos 2024, ia adalah giliran Kelantan iaitu negeri yang masyhur dengan sejarah pemerintahan Paduka Seri Maharaja Puteri Cik Siti Wan Kembang.
![Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039538_tbPositivedoping.jpg)
Olimpik Paris 2024: Judoka Iraq atlet pertama gagal ujian doping
Judoka Iraq Sajjad Sehen menjadi atlet pertama yang gagal dalam ujian doping di Sukan Olimpik Paris.
![Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/41722038584_TyphoonGaemi.jpg)
Perubahan iklim punca banjir buruk di Filipina
Sekurang-kurangnya 14 orang terkorban, sementara lebih 600,000 yang lain hilang tempat tinggal akibat Taufan Gaemi.
![Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/81722039049_TanSriDrSitiZaha.jpg)
Bekas Menteri Siti Zaharah meninggal dunia
Bekas Menteri Perpaduan Negara dan Pembangunan Masyarakat Tan Sri Dr Siti Zaharah Sulaiman meninggal dunia pada jam 11.23 malam tadi.
![Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/51718005586_UzirMahidin.jpg)
Sumbangan PMKS kepada KDNK berkembang 5.0 peratus - Perangkaan
Sumbangan PMKS kepada KDNK mencatatkan pertumbuhan 5.0 peratus pada 2023 dengan nilai ditambah berjumlah RM613.1 bilion atau 39.1 peratus kepada ekonomi Malaysia.
![Olimpik Paris 2024: Kontinjen Malaysia menelusuri Sungai Seine Olimpik Paris 2024: Kontinjen Malaysia menelusuri Sungai Seine](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-07/71722037332_ParisAtletMalaysia.jpg)
Olimpik Paris 2024: Kontinjen Malaysia menelusuri Sungai Seine
Kontinjen negara tampil mempersona apabila menggayakan busana 'The Malaya' berwarna hijau zaitun dengan motif keemasan.
#DahSampai terbitan Astro AWANI menang Program Pelancongan Terbaik
Menerusi program dan kempen #DahSampai, Astro AWANI selama tiga tahun berturut-turut menerbitkan program tersebut bagi mempromosikan tempat-tempat menarik serta keunikan pelancongan di Malaysia.
Kelonggaran pelaksanaaan e-Invois enam bulan bermula 1 Ogos
Kerajaan bersetuju memberikan kelonggaran kepada pembayar cukai dalam tempoh enam bulan daripada tarikh pelaksanaan mandatori e-Invois yang bermula 1 Ogos ini.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata kelonggaran itu diberikan bagi memastikan pelaksanaan e-Invois berjalan lancar.
Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) Datuk Dr Abu Tariq Jamaluddin berkata kelonggaran itu diberikan bagi memastikan pelaksanaan e-Invois berjalan lancar.
![Ringgit ditutup rendah menjelang Mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat Ringgit ditutup rendah menjelang Mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah menjelang Mesyuarat Rizab Persekutuan Amerika Syarikat
Ringgit ditutup rendah berbanding dolar US hari ini disebabkan peserta pasaran terus menumpukan kepada prospek penurunan kadar faedah Amerika Syarikat (AS), kata seorang penganalisis.
![Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS
Ringgit ditutup rendah sedikit berbanding dolar AS hari ini selepas diniagakan dalam jajaran kecil sepanjang hari, kata seorang penganalisis.
![Kadar faedah AS kekal di sebalik inflasi yang menyederhana Kadar faedah AS kekal di sebalik inflasi yang menyederhana](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-06/71718230463_JeromePowell.jpg)
Kadar faedah AS kekal di sebalik inflasi yang menyederhana
Pengerusi Fed Jerome Powell memberi indikasi bahawa satu pemotongan mungkin akan berlaku tahun ini, selewat-lewatnya pada Disember.
![Pasaran getah terus ditutup tinggi disokong kenaikan harga minyak mentah Pasaran getah terus ditutup tinggi disokong kenaikan harga minyak mentah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-05/71714826601_Penorehgetah.jpg)
Pasaran getah terus ditutup tinggi disokong kenaikan harga minyak mentah
Pasaran getah Kuala Lumpur sekali lagi ditutup pada paras tertingginya bagi tahun ini mendapat rangsangan daripada kenaikan harga minyak mentah dan penurunan ringgit berbanding dolar AS.
![FBM KLCI ditutup rendah berikutan minat beralih kepada saham berharga rendah FBM KLCI ditutup rendah berikutan minat beralih kepada saham berharga rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/61714480297_tbbursamalaysialog.jpg)
FBM KLCI ditutup rendah berikutan minat beralih kepada saham berharga rendah
Indeks barometer Bursa Malaysia ditutup rendah memandangkan pelabur mengalihkan tumpuan terhadap saham berharga rendah.
![Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup mengukuh berbanding dolar AS
Pada 6 petang, ringgit mengukuh kepada 4.6900/6940 berbanding dolar AS daripada 4.6935/6965 yang dicatatkan semalam.
![Pasaran getah ditutup rendah Pasaran getah ditutup rendah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-03/71710142417_TBPENOREHGETAHMONSOO.jpg)
Pasaran getah ditutup rendah
Pada 5 petang, harga rujukan LGM bagi SMR 20 fizikal berada pada 809 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 783.5 sen sekilogram.
![Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar US
Pada 6 petang, ringgit meningkat kepada 4.6970/6985 berbanding dolar US daripada paras penutup 4.7005/7030 semalam.
![Ringgit ditutup rendah menjelang pengumuman data inflasi AS Ringgit ditutup rendah menjelang pengumuman data inflasi AS](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2024-04/41713876066_TBringgitmalaysia.jpg)
Ringgit ditutup rendah menjelang pengumuman data inflasi AS
Ringgit mengakhiri urus niaga minggu ini dengan susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) selepas unit negara maju itu meneruskan peningkatan menjelang pengumuman data inflasi lewat hari ini.
![Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2023-10/71698295386_TBgetah.jpg)
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur
Pasaran getah Kuala Lumpur ditutup bercampur-campur hari ini seiring dengan pergerakan di pasaran niaga hadapan getah serantau, kata seorang peniaga.