Skip to main content
Advertisement

Malaysia

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

berita tempatan
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 25 September 2026.
Advertisement

ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Jumaat, 25 September 2026.

1. Rais Yatim nafi keluar kenyataan hasutan berkaitan krisis adat Negeri Sembilan

Bekas Yang Dipertua Dewan Negara, Tan Sri Dr Rais Yatim mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh hari ini atas pertuduhan menghasut membabitkan krisis adat Negeri Sembilan, Jun lalu.  

2. Aminuddin gesa Ismail perincikan dakwaan terhadap kerajaan terdahulu

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun menggesa Menteri Besar Datuk Ismail Lasim menyatakan secara khusus kesalahan yang didakwa dilakukan kerajaan terdahulu sehingga mencetuskan kemelut adat dan institusi Raja di negeri itu.

3. Kes 1MDB: Permohonan Najib tangguh hukuman penjara 15 tahun didengar 14 Oktober

Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur menetapkan 14 Oktober untuk mendengar permohonan Datuk Seri Najib Razak supaya pelaksanaan hukuman penjara 15 tahun terhadapnya bagi kes 1Malaysia Development Berhad ditangguhkan sementara menunggu rayuan.

4. Akaun bank dibekukan, Najib tak mampu bayar denda RM50 juta - Peguam

Datuk Seri Najib Razak ketika ini tidak mampu untuk membayar denda RM50 juta yang dikenakan sebagai salah satu syarat untuk membolehkannya menjalani baki hukuman penjara bagi kes SRC International di bawah tahanan rumah, kata peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.

5. Bekas COO TH didakwa lagi terima kos ubah suai rumah lebih RM8,000

Bekas Ketua Pegawai Operasi Lembaga Tabung Haji, Datuk Adi Azuan Abdul Ghani mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas pertuduhan menerima kos pengubahsuaian rumah bernilai RM8,882.77, sembilan tahun lalu.

6.  Dua pelajar tahfiz didakwa cederakan rakan guna seterika

Dua pelajar lelaki dari sebuah maahad tahfiz dihadapkan ke Mahkamah Majistret Parit hari ini atas pertuduhan menyebabkan kecederaan terhadap seorang pelajar menggunakan seterika, minggu lalu.

7. Najib berpotensi keluar penjara, 'tinggal' di Langgak Duta selepas denda RM50 juta dijelaskan - Peguam

Bagaimanapun perkara itu masih tertakluk kepada proses pelaksanaan serta persoalan undang-undang yang mungkin timbul.

8. Kes KLVC: Dua bekas pengurusan kanan FELDA didakwa minggu depan - SPRM

Dua bekas pengurusan tertinggi FELDA yang disiasat berhubung dakwaan penyelewengan projek Kuala Lumpur Vertical City (KLVC) bakal berdepan pertuduhan minggu depan.

9. Tokoh perfileman L Krishnan meninggal dunia

Mendiang menghembuskan nafas terakhir pada 2.15 petang waktu tempatan akibat sakit tua.

10. Sukan Asia: Penantian 36 tahun tamat, Malaysia raih emas regu berpasukan

Skuad sepak takraw negara mencipta detik manis menamatkan penantian selama 36 tahun, untuk kembali meraih pingat emas acara regu berpasukan lelaki setelah menewaskan Thailand 2-0 pada aksi final Sukan Asia Aichi-Nagoya 2026, hari ini.

Must Watch Video

Advertisement